Galatia 4
4
FATSAL IV.
1SKARANG maka kataku, adapun warith itu slagi iya kanak kanak, maka tiadalah iya bĹrbetha skalipun dĹngan hamba, jikalau iya mĹnjadi tuan atas sagala sĹsuatu skalipun.
2MĹlainkan iya itu dibawah prentah guru, dan pĹmrentah, sahingga pada masa yang akan ditĹntukan ulih ayahnya.
3Maka dĹmkian pula kami inipun tĹtkala lagi kanak kanak, kami adalah pĹrhambaan dibawah alif ba ta dunia.
4TĹtapi apabila sampie gĹnap waktunya itu, maka disuroh Allah akan Anaknya itu yang tĹlah jadi deripada sa’orang pĹrampuan, tĹrta’lok dibawah hukum tauret;
5Supaya ditĹbusnya akan sagala orang yang tĹrta’lok dibawah hukum tauret, supaya kami bĹrulih pangkat anak anak angkat.
6Adapun ulih sĹbab kamu anak anak adanya, maka Allah tĹlah mĹnyurohkan Roh Anaknya laki laki itu masok kadalam hati kamu yang bĹrsru, Abba, Ayah.
7Maka sĹbab itulah kamu bukannya lagi sa’orang hamba, mĹlainkan sa’orang anak, dan jikalau sa’orang anak, maka bahwasanya sa’orang warithlah bagie Allah dĹngan bĹrkat Almasih.
8Akan tĹtapi tĹtkala bĹlom kamu mĹngĹnal Allah, kamu tĹlah dipĹrhambakan kapada yang bukannya mĹmpunyai tabiat Allah.
9TĹtapi skarang kumdian deripada kamu tĹlah mĹngĹnal akan Allah, atau tĹrutamalah dikĹnal ulih Allah akan kamu, maka bĹtapakah kamu handak bĹrpaling pula kapada sagala pĹngajaran alif ba ta yang lĹmah dan mĹskin itu, sĹrta handak pĹrhambakan lagi pula dirimu kapadanya?
10Bahwa kamu mĹngindahkan hari, dan bulan, dan waktu, dan tahun.
11Maka kutakotlah akan hal kamu itu, asal jangan tĹrbuang lĹlahku atas kamu dĹngan sia sia.
12Saudara saudaraku, kupintalah kapada kamu, jadilah spĹrti aku, kĹrna aku ini spĹrti kamu adanya; kamu tiada skali kali mĹmbuat susah bagieku.
13Maka kamu tĹlah mĹngatahui, bahwa aku mĹngajar Injil pada kamu mula mulanya dĹngan kalĹmahan tubohku,
14Dan pĹrchobaanku yang ada dalam tubohku itu tiada kamu kĹjikan, atau mĹnolakkan dia, mĹlainkan kamu tĹlah mĹnĹrima akan daku spĹrti sa’orang mĹliekat Allah, spĹrti Isa Almasih juga.
15Manakah bĹrkat yang kamu mĹngatakan itu? KĹrna aku mĹnjadi saksi, bahwa jikalau dapat kiranya, tĹntu kamu handak mĹnyongkilkan biji matamu sĹndiri itu mĹmbrikan padaku.
16Maka deri sĹbab itu, aku mĹnjadi sĹtrumukah, sĹbab aku kata padamu yang bĹnar itu?
17Maka marika itu chĹndrong kapada kamu dĹngan rajin, tĹtapi bukan dĹngan baiknya; iya mahu mĹnchĹriekan kamu, supaya kamu chĹndrong kapada dia.
18TĹtapi baik juga mĹnjadi rajin slalu dalam pĹrkara yang baik, bukannya pada waktu aku ada bĹrhadapan dĹngan kamu sahja.
19Hie anak anakku yang kugandongkan kabratan akan mĹmpranakkan kamu pula, sahingga Almasih disifatkan dalam kamu;
20Maka kahandakku bĹrhadapan dĹngan kamu skarang ini, dan mĹnukarkan pĹrkataanku, kĹrna bimbanglah hatiku sĹbab kamu.
21Katakanlah kapadaku, hie orang yang handak ta’lok dibawah hukum tauret itu, tiadakah kamu mĹnĹngar akan pĹrkataan tauret itu?
22KĹrna tĹlah tĹrsurat, Ibrahim itu adalah dua anak laki lakinya, iya itu sa’orang deripada sahya pĹrampuan, dan sa’orang deripada pĹrampuan mĹrdehka.
23TĹtapi anak deripada sahya pĹrampuan itu tĹlah dipranakkan dĹngan pri hawa nafsu, tĹtapi anak deripada pĹrampuan mĹrdehka itu sudah jadi sĹbab pĹrjanjian.
24Maka pĹrkara itulah mĹnjadi suatu ibarat, kĹrna iya itu dua pĹrjanjian adanya, maka yang suatu itu asalnya deri bukit TĹrsina yang mĹmpranakkan pĹrhambaan, iya itulah Hagar.
25Adapun Hagar itu ibaratnya bukit TĹrsina ditanah Arab, maka iya itu stuju dĹngan Jerusalem yang ada skarang ini mĹnjadi hamba sĹrta dĹngan anak anaknya.
26Akan tĹtapi Jerusalem yang ada diatas itu mĹrdehka adanya, maka iya itulah bondah kami skalian.
27KĹrna tĹlah tĹrsurat, BĹrsuka sukaanlah hie pĹrampuan mandol yang tiada branak; bĹrsoraklah sĹrta bĹrsru, hie angkau yang bĹlom kĹna sakit branak, kĹrna yang kosong itulah ada tĹrlebih banyak anak anak deripada yang bĹrswami.
28Adapun kami ini skarang hie saudara saudara, spĹrti ka’adaan Isahak, anak anak pĹrjanjian itu.
29Adapun spĹrti tĹtkala dahulu itu, yang tĹlah dipranakkan dĹngan hawa nafsu itu, tĹlah mĹngannyayai akan yang tĹlah dipranakkan deri pada Roh itu, maka dĹmkian lagi sampie kapada skarang ini.
30KĹndatilah, apakah pĹrkataan kitab? Buangkanlah sahya pĹrampuan ini bĹsĹrta anaknya, kĹrna anak sahya pĹrampuan itu tiada kĹlak mĹnjadi warith sama dĹngan anak pĹrampuan mĹrdehka itu.
31DĹmkianlah hie saudara saudaraku, bukannya kami anak anak deripada sahya pĹrampuan itu, mĹlainkan anak anak deripada pĹrampuan mĹrdehka itu.
Terpilih Sekarang Ini:
Galatia 4: KEAS
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
maintained by the British and Foreign Bible Society