Injil Lukas 13
13
FATSAL XIII.
1SHAHADAN maka adalah bĹrhalir bĹbrapa orang pada masa itu tĹlah bĹrkata kapada Isa derihal orang orang Galilia yang ampunya darah dichamporkan ulih Pilatus bĹrsama dĹngan korbannya.
2Maka jawab Isa, katanya, Adakah kamu sangkakan orang Galilia itu tĹrlebih bĹsar dosanya deripada sagala orang orang Galilia yang lain, sĹbab disĹngsarakannya dĹmkian?
3Aku kata tidak; tĹtapi jikalau kamu tiada bĹrtaubat, kamu skalian pun akan binasa.
4Atau dĹlapan blas orang yang ditimpah ulih mĹnara dalam Siloam sampie mati, pada sangkamu itu pun orang bĹrdosakah tĹrlebih deripada sagala orang yang diam diJerusalem?
5Aku kata tidak; tĹtapi jikalau kamu tiada bĹrtaubat, kamu skalian pun akan binasa juga.
6¶ Maka Isa bĹrkata lagi pula akan pĹrumpamaan ini, maka adalah sa’orang tĹlah mĹnanam sa’pohon ara dalam kĹbon anggornya, maka datanglah iya handak mĹnchari buahnya, satu pun tiadalah didapatinya.
7SĹtlah itu katanya kapada tukang kĹbon itu, Tengoklah, tiga tahun aku tĹlah datang mĹnchari buah deripada pohon ara ini satu pun tiada dapat, potongkanlah dia, apa buat iya mĹnyĹmakkan tanah ini.
8Maka jawabnya, Tuan, biarkanlah dia pada tahun ini pun, sampie aku changkol kulilingnya, sĹrta mĹmbuboh baja;
9Maka jikalau kiranya iya bĹrbuah, baiklah, maka jikalau tidak, kumdian bulihlah kĹlak tuan hamba potong.
10Maka pada hari sabtu Isa mĹngajar dalam suatu kĹnisa.
11¶ Maka sĹsungguhnya adalah sa’orang pĹrampuan yang tĹlah tĹrkĹna hantu dĹlapan blas tahun lamanya, lĹmah lĹmah badannya, sampielah blakangnya bĹrlipat dua, tiadalah bulih skali kali iya mĹngangkatkan dirinya.
12Maka apabila dilihat ulih Isa akan dia, lalu dipanggilnya akan dia, sĹrta katanya, Hie pĹrampuan, tĹrlĹpaslah angkau deripada kĹlĹmahanmu itu.
13Maka ditarohkannyalah tangannya ka’atasnya, maka dĹngan sĹbĹntar bĹntaran itu juga jadilah iya bĹtol, lalu iya mĹmuliakan Allah.
14Adapun pĹgghulu kĹnisa itu mĹnjawablah dĹngan gĹramnya, sĹbab Isa itu tĹlah mĹnyĹmbohkan orang pada hari sabtu; maka katanya kapada kaum itu, Dalam anam hari lamanya orang patutlah bĹkĹrja, maka dalamnya itulah datang kamu supaya disĹmbohkan, janganlah pada hari sabtu.
15Maka kumdian Tuhan mĹnjawab akan dia, katanya, Hie munafik, bukankah masing masing kamu pada hari sabtu mĹlĹpaskan lĹmbu, atau kaldiemu deri kandangnya mĹmbawa dia katĹmpat ayer?
16Maka bukankah patut pĹrampuan ini, sa’orang anak chuchu Ibrahim yang tĹlah diikat ulih Shietan, amboi sampie dĹlapan blas tahun! iya itu dilĹpaskan deripada ikatannya pada hari sabtu?
17Maka sĹtlah iya bĹrkata akan pĹrkara pĹrkara ini, skalian musohnya itu pun kĹmaluanlah; maka sagala kaum itu pun bĹrsuka sukaanlah, kĹrna sagala pĹrkara yang mulia itu tĹlah dipĹrbuatnya.
18¶ SĹtlah itu maka katanya, DĹngan apakah krajaan Allah disamakan, dan dĹngan apakah handak kusrupakan?
19Maka adalah iya itu srupa dĹngan sa’biji sĹsawi yang diambil ulih sa’orang ditabornya kĹdalam kĹbonnya, maka bĹrtumbohlah iya sĹrta dĹngan subornya mĹnjadi sa’pohon bĹ sar, maka onggas yang diudara bĹrsarang dipĹlpanya.
20Dan lagi pula kata Isa, DĹngan apakah aku handak samakan krajaan Allah itu?
21Maka adalah iya itu spĹrti ragi yang diambil ulih sa’orang pĹrampuan dimasokkannya kĹdalam tiga bahgian tĹpong, maka sampie khamirlah skaliannya.
22Maka Isa pun pĹrgilah kuliling nĹgri nĹgri, dan kampong kampong mĹngajar, dan bĹrjalan mĹnuju kaJerusalem.
23SĹtlah itu maka kata sa’orang kapadanya, Tuhan, sĹdikitkah sahja orang yang mĹndapat slamat? Maka katanya kapada marika itu:
24Susahkanlah dirimu masok pada pintu yang sĹmpit, kĹrna aku bĹrkata kapadamu, banyaklah orang yang handak mĹnchari jalan masok kĹdalamnya, tiada akan bulih.
25Maka apabila tuan yang ampunya rumah itu bangun sĹrta mĹrta, lalu ditutopkannyalah pintu itu, maka kamu tĹngah bĹrdiri dipintu sambil mĹngĹtok pintu, bĹrkata, Tuhan, Tuhan, bukakanlah pintu bagie kami. Maka iya kĹlak akan mĹnjawab, sĹrta bĹrkata, Aku tiada mĹngĹnal akan dikau deri mana datangmu.
26SĹtlah itu kamu kĹlak akan bĹrkata, Kami tĹlah makan minum dihadapanmu, dan angkau tĹlah mĹngajar dilorong lorong kami.
27TĹtapi iya kĹlak akan mĹnjawab, katanya, Aku tiadalah mĹngĹnal akan dikau deri manakah datanmu; undorlah deripadaku, hie sagala kamu yang bĹrbuat jahat.
28Maka disanalah akan ada tangis tangisan dan kĹrtak gigi, apabila kamu kĹlak mĹlihat Ibrahim, dan Isahak, dan Yakob, dan sagala nabi nabi dalam krajaan Allah, maka angkau sĹndiri diri akan ditolakkan kluar.
29Maka marika itu akan datang deri timor, dan deri barat, dan deri utara, dan deri sĹlatan, akan dudok dalam krajaan Allah.
30Maka sĹsungguhnya yang tĹrkumdian itu akan mĹnjadi pĹrtama, dan yang pĹrtama itu akan mĹnjadi tĹrkumdian.
31¶ Pada hari itu juga datanglah bĹbrapa orang anu deripada orang Farisia, katanya kapadanya, Kluarlah angkau pĹrgi deri sini, kĹrna Herodis akan mĹmbunoh dikau.
32Maka katanya kapada marika itu, PĹrgilah kamu katakan kapada sĹrigala itu, sĹsungguhnya aku buangkan jin, maka aku sĹmbohkan pada hari ini dan esok, maka hari yang katiga aku kĹlak mĹnjadi samporna.
33Tapi patutlah aku bĹrjalan pada hari ini, dan esok, dan lusanya, kĹrna tiada bulih sa’orang nabi binasa diluar Jerusalem.
34Hie Jerusalem! Jerusalem! yang tĹlah mĹmbunoh nabi nabi, sĹrta dirĹjam akan orang orang yang tĹlah disurohkan kapadamu, maka brapa kali aku handak mĹngampongkan kanak kanakmu skalian spĹrti ayam sa’ekor mĹngampongkan anak anaknya dibawah kĹpak kĹpaknya, maka kamu tiada mahu.
35SĹsungguhnya rumah kamu kĹlak akan tĹrtinggal sunyi, maka sĹsungguhnya aku bĹrkata kapadamu, kamu tiada kĹlak mĹlihat akan daku, sahingga pada waktu yang datang apabila kamu bĹrkata kĹlak, Slamatlah kiranya orang yang datang dĹngan nama Tuhan.
Terpilih Sekarang Ini:
Injil Lukas 13: KEAS
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
First published by the British and Foreign Bible Society in 1866