Injil Lukas 19

19
FATSAL XIX.
1MAKA Isa pun masoklah lalu mĹ­nĹ­rusi nĹ­gri Jeriko.
2Maka sŭsungguhnya adalah disana sa’orang bŭrnama Zakius, iya itu kŭpala diantara orang orang yang mŭmŭgang chukie, lagi iya itu kaya adanya.
3Maka iya mĹ­nchari handak mĹ­lihat Isa siapakah dia itu; ulih sĹ­sak orang, tiadalah iya bulih, kĹ­rna iya orang rĹ­ndah.
4Maka bĹ­rlarilah iya dahulu, sĹ­raya mĹ­manjat pohon kĹ­rtau handak mĹ­lihat akan Isa, kĹ­rna iya handak lalu dijalan itu.
5Maka apabila datanglah Isa katĹ­mpat itu, tĹ­ngadahlah iya, lalu dilihatnya akan dia, sĹ­raya katanya, Zakius, lĹ­kaslah turon, kĹ­rna pada hari ini aku handak mĹ­numpang dirumahmu.
6Maka dĹ­ngan sĹ­gralah iya turon, sĹ­rta disambutnya akan Isa dĹ­ngan suka chitanya.
7Maka apabila dilihat ulih marika itu, maka bŭrsungotlah skalian, katanya, Iya sudah pŭrgi mŭnjadi jamu kapada sa’orang bŭrdosa.
8Maka Zakius pun bŭrdirilah, sŭraya bŭrkata kapada Tuhan, Bahwa sŭsungguhnya sŭparoh hartaku ini akan kubrikan kapada orang mŭskin, maka jikalau aku sudah mŭngambil barang apa deripada barang sa’orang dŭngan tudohan dusta, maka aku kŭmbalikanlah kapadanya dŭngan ampat kali gandah.
9Maka kata Isa kapadanya, Bahwa pada hari inilah slamat itu tŭlah sampie kŭrumah ini, kŭrna iya itu pun sa’orang anak Ibrahim adanya.
10KĹ­rna Anak manusia itu datang akan mĹ­nchari, dan mĹ­mliharakan yang tĹ­lah hilang.
11Maka tĹ­ngah orang orang mĹ­nĹ­ngar akan pĹ­rkara pĹ­rkara ini, maka ditambahi ulih Isa pula suatu pĹ­rumpamaan, kĹ­rna iya tĹ­lah hampirlah kaJerusalem, dan kĹ­rna disangkakan ulih marika itu krajaan Allah itu akan nyata dĹ­ngan sĹ­granya.
12Sŭbab itu maka kata Isa, Adalah sa’orang bangsawan anu pŭrgi kapada sa’buah nŭgri yang jauh handak mŭnŭrima bagie dirinya suatu krajaan, kumdian handak balek.
13Maka dipanggilnyalah sa’puloh orang hambanya, lalu dibrinya kapada marika itu sa’puloh pond, sŭrta katanya kapada marika itu, Jalankanlah akan dia sampie aku balek.
14TĹ­tapi orang nĹ­grinya itu mĹ­mbĹ­nchikanlah akan dia, sĹ­rta diutusnya akan dia, katanya, Tiadalah kami mahu orang ini mĹ­mrentahkan kami.
15SĹ­barmula maka apabila kĹ­mbalilah iya sĹ­bab sudah mĹ­nĹ­rima krajaan itu, disurohnya akan hamba hambanya itu datang kapadanya, iya itu orang yang tĹ­lah dibrinya wang itu, supaya dikĹ­tahuinya brapakah masing masing marika itu tĹ­lah mĹ­ndapat untong deripada bĹ­rniaga.
16Maka orang yang pŭrtama itu datang bŭrkata, Pondmu itu tŭloh untong sa’puloh pond.
17Maka katanya kapadanya, Sabaslah hie hamba yang baik, ulih sŭbab sŭtialah angkau dalam pŭrkara yang sŭdikit itu, maka handaklah angkau mŭmrentahkan sa’puloh buah nŭgri.
18Maka datanglah yang kadua, katanya, Tuan, pondmu dapat untong lima pond.
19Maka katanya pula kapadanya, Angkau pun jadilah pĹ­mrentah atas lima buah nĹ­gri.
20Datanglah yang lain, katanya, Tuan, initah pondmu yang tĹ­lah kusimpan dalam kain.
21Kŭrna aku takot akan dikau, sŭbab angkau sa’orang kŭras, angkau mŭngambil yang tiada angkau lŭtakkan, dan mŭnuwie yang tiada angkau mŭnanam.
22Maka jawab Tuan itu kapadanya, Deripada pŭrkataan yang kluar deri mulotmu itu juga aku handak mŭnghukumkan dikau, hamba jahat; angkau tŭlah mŭngŭtahui aku sa’orang kŭras, mŭngambil yang tiada kulŭtakkan, dan mŭnuwie yang tiada aku mŭnanam.
23MĹ­ngapakah tiada angkau tarohkan wangku itu ditĹ­mpat bĹ­rbunga, supaya apabila aku datang bulihlah aku mĹ­ndapat wangku sĹ­ndiri itu dĹ­ngan bunganya.
24Maka katanya kapada orang yang bŭrdiri dŭkat itu, Ambillah deripadanya pond itu, brikanlah kapada orang yang ada sa’puloh pond.
25Maka kata marika itu kapadanya, Tuan, ada kapadanya sa’puloh pond.
26KĹ­rna aku bĹ­rkata kapadamu, kapada barang siapa yang ada akan dibri, dan kapada orang yang tiada itu, mĹ­ski pun apa yang ada kapadanya akan diambil deripadanya.
27TĹ­tapi orang orang yang musohku itu yang tiada mahu kuprentahkan akan dia, bawalah kĹ­mari, bunohlah akan dia dihadapanku.
28¶ Maka apabila Isa sudah bŭrkata kata dŭmkian, bŭrjalanlah iya kahadapan sŭrta naik kaJerusalem.
29Maka skali pĹ­rstua apa bila hampirlah iya kaBethpagi dan Bethani, diatas bukit yang bĹ­rnama bukit Zieton, maka disurohkannya dua orang muridnya,
30Katanya, Pŭrgilah kamu kŭduson disŭblah hadapan kamu, maka jikalau kamu masok kŭsana, maka kamu akan mŭndapat sa’ekor anak kaldie tŭrtambat, yang bŭlom pŭrnah dinaikki orang, luchutkanlah akan dia bawalah kŭmari.
31Maka jikalau barang siapa bĹ­rtanya kapadamu, mĹ­ngapa kamu luchutkan dia, katalah kapadanya dĹ­mkian, KĹ­rna ada bĹ­rguna kapada Tuhan akan dia.
32Maka orang orang yang disurohkannya itu pun pĹ­rgilah, maka didapatinya spĹ­rti yang dikatakannya itu.
33Maka tĹ­ngah diluchutkan ulih marika itu akan kaldie itu, maka kata orang yang ampunya itu, MĹ­ngapa angkau luchutkan anak kaldie itu?
34Maka jawab marika itu, Tuhan ada bĹ­rguna akan dia.
35Maka dibawalah ulih marika itu akan dia kapada Isa, maka dibŭntangkan ulih marika itu bajunya ka’atas kaldie itu, sŭrta didudokkannya Isa ka’atasnya.
36Maka adalah tĹ­ngah iya bĹ­rjalan itu, dibĹ­ntangkan ulih marika itu pakieannya dijalan.
37Maka apabila iya sudah datang dĹ­kat sampielah dichuram bukit Zieton itu, maka sagala bĹ­latantara murid muridnya mĹ­mulailah bĹ­rsuka suka, sĹ­rta mĹ­muji akan Allah dĹ­ngan swara yang nyaring, ulih sĹ­bab sagala pĹ­kĹ­rjaan yang amat kwasa itu tĹ­lah dilihatnya.
38Katanya, Slamatlah kiranya Raja yang datang dĹ­ngan nama Tuhan, sĹ­jahtralah dalam shorga, dan kĹ­muliaan dalam kĹ­tinggian.
39Maka bĹ­brapa orang Farisia deri antara bĹ­latantara itu bĹ­rkata kapadanya, Guru, tĹ­ngkinglah akan murid muridmu itu.
40Maka jawabnya sĹ­rta bĹ­rkata kapadanya, Aku bĹ­rkata kapadamu, jikalau kiranya marika itu diam, nĹ­schaya batu batu itu dĹ­ngan skutika ini kĹ­lak bĹ­rtriak.
41¶ Maka apabila datanglah iya hampir, dipandangnya akan nŭgri itu, lalu ditangisinyalah akan dia.
42Katanya, Jikalau kiranya angkau mĹ­ngĹ­tahui, mĹ­ski pun angkau pada masamu ini pun, akan pĹ­rkara pĹ­rkara yang mĹ­ndatangkan sĹ­jahtralah bagiemu, tĹ­tapi skarang iya itu ada tĹ­rlindong deripada matamu.
43Kŭrna zaman itu kŭlak akan datang ka’atasmu, maka musoh musohmu itu akan mŭndirikan suatu kubu klilingmu, sŭrta mŭngŭpong akan dikau bŭrkliling, dihimpetnya angkau deripada tiap tiap fihak.
44Maka angkau kĹ­lak akan diratakan sama dĹ­ngan tanah sĹ­rta anak anakmu yang ada dalamu, maka tiadalah akan ditinggalkan dalammu suatu batu bĹ­rsuson diatas suatu, sĹ­bab angkau tiada mĹ­ngĹ­tahui akan waktu pĹ­rtĹ­mnanmu
45Maka masoklah Isa kŭdalam ka’abah, lalu dimulainyalah mŭnghalaukan sagala orang orang yang bŭrjual bŭli dalamnya.
46Katanya kapada marika itu, TĹ­lah tĹ­rtulis, adapun rumahku itu rumah sĹ­mbahyang, tĹ­tapi kamu tĹ­lah mĹ­njadikan dia itu goa tĹ­mpat pĹ­nchuri pĹ­nchuri.
47Maka pada tiap tiap hari iya mŭngajar dalam ka’abah, tŭtapi kŭpala kŭpala imam, dan khatib khatib, dan orang tua tua kaum itu, mŭnchari jalan handak mŭmbinasakan dia.
48Maka tiadalah didapati marika itu apakah handak dibuatnya, kĹ­rna sagala kaum itu bĹ­rgantong hatinya handak mĹ­nĹ­ngar akan pĹ­ngajarannya.

Terpilih Sekarang Ini:

Injil Lukas 19: KEAS

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk