Injil Mathius 27
27
FATSAL XXVII.
1MAKA apabila datanglah pagi hari, lalu bĹrbicharalah imam bĹsar, dan orang orang tua tua deripada kaum itu deri hal Isa, supaya dibunohnya akan dia.
2Maka sĹtlah sudah diikatnya, maka dibawanyalah sĹrta disĹrahkannya dia kapada Raja Pontius Pilatus.
3¶ Apabila dilihat ulih Yudas yang mĹnyĹrahkan dia, bahwa sudah tĹntu hukum Isa itu, maka mĹnyĹsallah iya akan dirinya, lalu dikĹmbalikannyalah tiga puloh kĹping perak itu kapada imam imam yang bĹsar, dan orang tua tua itu.
4Katanya, Aku sudah bĹrdosa, sĹbab tĹlah mĹnyĹrahkan darah orang yang suchi deripada salah itu. Maka dijawab ulih marika itu, Apa kami pĹduli, itu pulanglah kapadamu.
5SĹtlah sudah dichampakkan ulih Yudas kĹping perak itu dalam ka’abah, maka kluarlah iya pĹrgi mĹnggantong dirinya.
6Maka diambillah ulih imam imam bĹsar kĹping kĹping perak itu, sĹrta bĹrkata, Tiadalah patut dimasokkan wang ini kadalam pĹrbandaharan, kĹrna iya ini harga darah adanya.
7Maka sĹtlah sudah marika itu mufakat, maka diblikannyalah dĹngan wang itu suatu tanah tukang priok blanga, iya itu dijadikannya tĹmpat pĹkuboran sagala orang orang dagang.
8Maka sĹbab itulah dinamai orang akan tanah itu, tanah darah sampie hari ini.
9Maka tĹtkala itu tĹlah gĹnaplah barang yang dikatakan ulih nabi Jeremia, katanya, Marika itu tĹlah mĹngambil tiga puloh kĹping perak itu, iya itu harga orang yang tĹlah diniliekan ulih bĹni Israil.
10Maka wang itu dibuatnya pĹmbayar harga tanah tukang priok blanga itu, spĹrti yang disurohkan Tuhan padaku.
11¶ Maka Isa pun bĹrdirilah mĹngadap Raja; bĹrtanyalah Raja itu padanya, Angkaukah Raja orang Yahudi? Maka jawab Isa, SpĹrti angkau kata.
12Maka apabila iya sudah ditudoh ulih imam imam yang bĹsar, dan orang tua tua itu, maka suatu pun tiada disahutnya.
13TĹtkala itu bĹrkatalah Pilatus padanya, Tiadakah angkau mĹnĹngar bĹbrapa pĹrkara marika itu bĹrsaksi mĹlawan dikau?
14TĹtapi sa’patah pun tiada disahutnya akan dia, sampie hieranlah Raja itu sangat.
15¶ Adapun pada hari raya itu Raja handak mĹlĹpaskan sa’orang rayat yang tĹrbĹlunggu bagie kaum itu, yang mana dikahandaki ulih marika itu.
16Maka tĹtkala itu adalah sa’orang tĹrbĹlunggu yang tĹrmashor jahatnya, namanya BĹraba.
17Shahadan sĹtlah bĹrhimpunlah marika itu skalian, maka bĹrkatalah Pilatus pada marika itu, Siapakah yang kamu kahandaki kulĹpaskan, BĹrabakah, atau Isa yang tĹrsĹbut Almasihkah?
18KĹrna Raja tĹlah mĹngtahui, bahwa marika itu mĹnyĹrahkan Isa itu dĹngan dĹngkinya.
19¶ TĹtkala Raja dudok diatas tĹmpat bicharanya itu, maka disuroh ulih istrinya akan orang datang kapadanya, mĹngatakan, Janganlah angkau buat barang sasuatu akan orang yang bĹnar itu, kĹrna pada hari ini aku tĹlah bĹrmimpi dĹngan mĹrasai bĹbrapa susah deri sĹbabnya.
20Adapun imam imam yang bĹsar itu, sĹrta orang tua tua pun mĹmbujok akan sagala kaum, supaya iya skalian minta lĹpaskan BĹraba, dan biarlah Isa dibinasakan.
21Maka kata Raja kapada marika itu, Dalam antara kadua orang ini, siapakah yang kamu kahandaki aku lĹpaskan? Maka bĹrkatalah marika itu, BĹraba.
22Kata Pilatus pada marika itu, Kalau dĹmkian, apakah kĹlak kupĹrbuat akan Isa yang tĹrsĹbut Almasih itu? Maka bĹrkatalah skalian marika itu, Biarlah iya disalebkan.
23Maka jawab Raja, Apakah salah yang dipĹrbuatnya? Maka makinlah bĹrtriak marika itu, katanya, Biarlah iya disalebkan.
24Maka apabila dilihat ulih Pilatus, bahwa tiadalah bĹrguna lagi pĹrkataannya, mĹlainkan makinlah lebih jadi gĹmpar, maka diambilnyalah ayer, lalu dibasohnya kadua bĹlah tangannya dihadapan kaum itu, katanya, Aku tĹlah suchilah deri pada dosa mĹnumpahkan darah orang yang bĹnar ini, tanggonglah ulihmu.
25Maka mĹnyahutlah skalian orang itu, sĹrta bĹrkata, Biarlah darahnya itu tĹrtanggong ka’atas kami, dan atas anak anak chuchu kami.
26Maka tĹtkala itu dilĹpaskannya BĹraba, tĹtapi Isa dipalunya dĹngan jari ampi, sĹrta disĹrahkannya supaya disalebkan.
27TĹtkala itu maka diambillah ulih sagala lashkar Raja akan Isa, maka dibawanyalah bĹrsama sama kabalierong, maka bĹrkamponglah sagala pasukan lashkar itu kapadanya.
28Lalu ditanggalkannya pakieannya, maka dipakiekannya suatu baju yang ungu warnanya.
29Maka dianyamkannya pula suatu mahakota deripada duri, dipakiekannya ka’atas kapalanya, sĹrta dibrinya sa’batang buloh katangan kanannya, maka bĹrtĹlotlah marika itu dihadapannya, diolok olokkannya akan dia, katanya, Slamatlah hie Raja orang Yahudi.
30Maka diludahinya akan dia, sĹrta diambilnya tongkat itu dipukolkannya kakĹpalanya.
31Maka apabila sudahlah marika itu mĹngolok olokkan dia, maka ditanggalkannya baju itu, lalu dipakiekannya pakieannya sĹndiri, sambil dibawanyalah kluar handak disalebkannya akan dia.
32Maka apabila marika itu kluar, lalu didapatinya sa’orang orang Siereni yang bĹrnama Simon, maka iya pun dipaksainya mĹmikol kayu saleb itu.
33Maka sĹtlah sampie marika itu kapada tĹmpat yang bĹrnama Golgotha, iya itu artinya tĹmpat tĹngkorak.
34Maka dibrinyalah akan Isa minom chuka bĹrchampor dĹngan hĹmpĹdu, maka apabila dichobainya, maka tiada iya mahu minom itu.
35Maka disalebkannya akan dia, lalu dibahgi ulih marika itu pakieannya dĹngan mĹmbuang undi, supaya gĹnaplah barang yang dikatakan ulih Nabi, Bahwa marika itu tĹlah mĹmbahgi pakieanku diantara marika itu, maka diatas bajuku marika itu mĹmbuang undi.
36Maka dudoklah marika itu mĹnunggui akan dia disana.
37Lalu dibubohkannya pula ka’atas kapalanya surat tudohan dĹmkian bunyinya, IYA INILAH ISA RAJA ORANG YAHUDI.
38Maka ada pula bĹrsama sama dĹngan dia dua orang pĹnyamun disalebkan, sa’orang sĹblah kanannya, sa’orang sĹblah kirinya.
39Maka sagala orang yang lalu lalang pun mĹnchĹla akan dia sambil mĹngonchang kapala.
40SĹrta bĹrkata, Hie angkau yang mĹmĹchahkan ka’abah, dan dapat mĹmbangunkan dia dalam tiga hari, lĹpaskanlah dirimu. Jikalau sungguh angkau anak Allah, turonlah deri atas saleb itu.
41Maka dĹmkian lagi imam imam yang bĹsar, dan khatib khatib, dan orang tua tua pun, dan orang Farisia mĹngolok olokkan dia, sĹrta bĹrkata,
42Iya tĹlah mĹlĹpaskan orang lain, tĹtapi dirinya tiada dapat dilĹpaskannya. Maka jikalau kiranya iya Raja orang Israil, biarlah iya turon deri atas saleb itu, bahrulah kita pĹrchaya akan dia.
43Iya tĹlah harap pada Allah, maka biarlah dilĹpaskan Allah akan dia skarang jikalau direlainya akan dia, kĹrna iya tĹlah bĹrkata, Bahwa akulah anak Allah.
44Maka pĹnyamun pĹnyamun yang disalebkan sĹrtanya itupun dĹmkian juga mĹnista akan dia.
45¶ Maka adalah kira kira deripada pukol dua blas tĹngah hari, maka datanglah gĹlap ka’atas sagala bĹnua itu sampielah kira kira pukol tiga pĹtang.
46Maka adalah sĹkira kira jam pukol tiga, lalu bĹrsrulah Isa dĹngan suara yang nyaring, katanya, Elie, Elie, lama sabahthani, iya itu artinya, Allahku, Allahku, mĹngapa angkau tĹlah mĹninggalkan aku?
47Adapun sĹparoh orang yang ada disitu, apabila didĹngarnya itu, lalu bĹrkatalah iya, Bahwa iya ini mĹmanggil Ilias.
48Maka skutika itu juga larilah sa’orang deripada marika itu, sĹrta mĹngambil satu lumot karang yang diisinya dĹngan chuka, lalu dibubohnya ka’atas sa’batang buloh, maka dibrikannya minom akan dia.
49Maka bĹrkata orang lain, Nanti juga supaya kita lihat kalau kalau Ilias datang mĹlĹpaskan dia.
50Maka bĹrtriaklah pula Isa dĹngan suara yang nyaring, lalu putuslah nyawanya.
51Maka hieran, sĹtlah itu tirie ka’abah itu pun bĹlahlah dua deri atas sampie kĹbawah, maka bumi pun gĹmpalah, dan batu batu pun habislah bĹlah bĹlah.
52Dan kubor kubor pun tĹrbukalah, maka bĹbrapa mayat orang orang saleh yang tĹlah mati pun hidoplah.
53Maka kluarlah skalian marika itu deri dalam kubornya, iya itu kumdian deripada Isa hidop pula, lalu masoklah marika itu kadalam Bethalmukadis, iya itu klihatan kapada orang banyak.
54Maka apabila PĹnghulu sratus orang, dan orang orang yang sĹrtanya mĹnunggu Isa pun mĹlihat gĹmpah bumi, dan sagala pĹrkara yang tĹlah jadi itu, maka kĹtakotanlah iya sangat, katanya, Bahwa sĹbĹnarnyalah iya ini Anak Allah.
55Maka adapun pĹrampuan banyak disana yang mĹlihat deri jauh, yang tĹlah mĹngikot Isa deri Galilia, bĹrkhodmat padanya.
56Maka diantara marika itu adalah MĹriam Magdalini, dan MĹriam ibu Yakob dan Yuses, dan bonda anak laki laki Zabdi.
57¶ BĹrmula sĹtlah pĹtang hari, maka datanglah sa’orang kaya deri nĹgri Aremathia, yang bĹrnama Yosof, adapun iya itu sa’orang murid Isa juga.
58Maka pĹrgilah iya kapada Pilatus mĹminta mayat Isa. Maka disuroh Pilatus brikan mayat itu padanya.
59SĹtlah sudah diambil ulih Yosof akan mayat itu, maka dikafankannya dĹngan kain puteh halus yang pĹrsih.
60Maka ditanamkannya kadalam kubornya sĹndiri, iya itu yang bahru dipahatkannya dalam batu, maka digulingkannya pula sa’buah batu yang bĹsar kapintu kubor itu, lalu pulanglah iya.
61Maka adalah MĹriam Magdalini, dan MĹriam yang lain itu, dudok pada fiak hadapan kubor itu.
62¶ Maka pada kaesokkan harinya turutan hari bĹrsĹdia akan hari bĹsar, maka imam imam yang bĹsar, dan orang Farisia pun bĹrkumpollah mĹngadap Pilatus.
63Katanya, Ya Tuan, bahwa kami skalian tĹringat, adapun orang pĹnipu itu tĹlah bĹrkata tĹtkala iya lagi hidop, Maka kumdian deripada tiga hari aku akan hidop pula.
64SĹbab itu handaklah angkau surohkan mĹnjaga kubornya sampie hari yang katiga, kalau kalau murid muridnya datang mĹnchuri akan dia pada malam, lalu bĹrkata pada kaum itu, iya sudah hidop deripada matinya; maka salah yang tĹrkumdian itu tĹrlebih pula jahatnya deripada yang pĹrtama.
65Maka bĹrkatalah Pilatus pada marika itu, Orang yang bĹrkawal itu ada kapadamu juga, pĹrgilah kamu kawali dia dĹngan sĹbulih bulihnya.
66Hata maka marika itu pun pĹrgilah mĹnĹgohkan kubor itu, maka dimutriekan batu tutop kubor itu, sĹrta disurohkannya lashkar bĹrkawal.
Terpilih Sekarang Ini:
Injil Mathius 27: KEAS
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
maintained by the British and Foreign Bible Society