Injil Mathius 8
8
FATSAL VIII.
1SŬBARMULA apabila Isa tĹlah turon deri atas bukit itu, maka pĹrhimpunan orang tĹrlalu banyak mĹngikot dia.
2Maka hieran, datanglah sa’orang bĹrkusta sujud akan dia, sĹraya katanya, Tuhan, jikalau angkau mahu kiranya, bulihlah Tuhan mĹnjadikan hamba suchi.
3Maka Isa pun mĹmanjangkan tangannya, lalu dijamahnya akan dia, katanya, Kumahu angkau suchilah; maka dĹngan skutika itu juga suchilah dia deripada kustanya itu.
4Maka kata Isa padanya, Ingatlah angkau baik baik, jangan bri tahu kapada sa’orang pun, mĹlainkan pĹrgilah tunjokkan dirimu kapada Imam, sĹrta pĹrsĹmbahkanlah pĹmbrian yang dipĹsan ulih Musa akan mĹnjadi tandah bagie marika itu.
5¶ Maka apabila masoklah Isa kadalam nĹgri KapĹrnaum, maka datanglah kapadanya sa’orang PĹnghulu orang sratus, mĹminta kapadanya;
6Katanya, Tuhan ada hambaku tĹrhantar sakit tepok dalam rumah dĹngan tĹrlalu sĹngsaranya.
7Maka kata Isa padanya, Bulihlah aku datang mĹnyĹmbohkan dia.
8Maka disahut ulih PĹnghulu itu, katanya, Tuhan, bahwa tiadalah layak angkau masok kabawah atap gĹntingku, mĹlainkan dĹngan spatah kata juga Tuhan bĹrkata, hambaku itu bulih sĹmboh:
9KĹrna adalah hamba ini pun sa’orang orang yang dibawah prentah, maka adalah pula rayat rayat dibawah hamba; maka hamba surohkan sa’orang pĹrgi, maka iya pĹrgi, dan kapada sa’orang datang, maka datanglah iya, dan kusuroh bĹrbuat barang apa kapada hambaku, maka dipĹrbuatnya.
10Maka apabila didĹngar Isa akan pĹrkataannya, hieranlah iya, sambil iya bĹrkata kapada orang yang mĹngikot dia, Maka dĹngan sasungguhnya aku bĹrkata kapadamu, maka bĹlom pĹrnah aku mĹndapat iman yang stĹgoh ini diantara orang orang, kapada orang Israil pun tidak.
11TĹtapi aku bĹrkata kapadamu, bahwa banyaklah orang akan datang deri sĹblah barat dan timor dudok bĹrsama sama dĹngan Ibrahim, dan Isahak, dan Yakob dalam krajaan shorga.
12TĹtapi anak anak krajaan itu akan ditolakkan kadalam gĹlap yang jauh skali deripada trang itu, maka disanalah ada ratap dan gĹrtak gigi.
13Maka kata Isa pada PĹnghulu itu, Pulanglah angkau, maka sĹbagimana yang angkau pĹrchaya, sĹbĹgitulah jadi bagiemu; maka hambanya itu pun sĹmbohlah pada waktu itu juga.
14¶ SĹbarmula maka Isa pun masoklah karumah Petros, maka dilihatnya mĹntua pĹrampuannya ada tĹrhantar sakit dĹngan dĹmam.
15Maka dijamah ulih Isa tangannya, maka dĹmamnya pun tĹrbanglah, maka pĹrampuan itu pun bangunlah lalu mĹlayani dia.
16¶ SĹtlah pĹtang hari, maka dibawa oranglah kapadanya bĹbrapa orang yang tĹrkĹna jin, maka dibuangkannya sagala jin itu dĹngan pĹrkataannya juga, dan sagala orang yang sakit itu pun disĹmbohkannyalah.
17Maka supaya gĹnaplah barang yang dikatakan ulih nabi Jasia, katanya, Bahwa iyalah juga yang mĹnanggong sagala kalĹmahan kami, sĹrta mĹnahan sagala kĹsakitan kami.
18¶ Maka apabila dilihat Isa pĹrhimpunan orang tĹrlalu banyak mĹnglilingi akan dia, maka disurohnya pĹrgi kasĹbrang sana.
19Maka datanglah sa’orang khatib, sĹrta bĹrkata padanya, Guru, bahwa aku handak mĹngikot akan dikau barang kamana angkau pĹrgi.
20Maka bĹrkatalah Isa padanya, Pada anjing hutan ada lobang, dan burong diudara pun ada bĹrsarang, tĹtapi pada anak manusia itu tiada bĹrtĹmpat akan mĹmbaringkan kapalanya.
21Maka ada pula sa’orang muridnya yang lain bĹrkata akan dia, Tuhan, biarlah hamba pĹrgi mĹnanamkan ayahku dahulu.
22Maka kata Isa padanya, Ikotlah aku, maka biarlah orang mati itu mĹnanamkan orangnya yang mati itu.
23¶ Maka apabila naiklah Isa kapĹrahu, maka murid muridnya itu pun adalah mĹngiringkan dia.
24Maka hieran, turonlah suatu ribot yang bĹsar ditasik itu, sampielah pĹrahu itu pun ditimbus ulih ombak, akan tĹtapi Isa lagi tĹngah tidor.
25Maka datanglah murid muridnya mĹmbangunkan dia, katanya, Tuhan, lĹpaskanlah kami, bahwa binasalah kami.
26Maka kata Isa pada marika itu, MĹngapa kamu takot? hie orang yang korang iman? maka dĹmi bangunlah iya, sĹrta ditĹngkingnya akan angin dan ombak itu, maka tĹdohlah skali.
27Maka hieranlah sagala orang, katanya, Orang manakah ini, bahwa angin dan ombak pun mĹnurot prentahnya!
28¶ Apabila sampielah iya kasĹbrang dinĹgri orang Gadara, maka bĹrtĹmulah dĹngan dia dua orang yang tĹrkĹna jin, iya itu datang deri antara kubor dĹngan sangat garangnya, sampie sa’orang pun tiada bulih lalu lalang dijalan itu lagi.
29Maka hieran, bĹrtriaklah orang itu, katanya, Apakah bichara kami kapada kamu, hie Isa anak Allah, maka sudahkah angkau sampie kamari akan mĹnyeksakan kami dahulu deri pada waktunya?
30Shahadan adalah jauh sĹdikit deripada marika itu, sa’kawan babi mĹnchari makan:
31Maka jin jin itu pun mĹminta kapada Isa, katanya, Jikalau angkau handak mĹmbuangkan kami, maka biarlah kami masok kadalam kawan babi itu.
32Maka bĹrkata Isa padanya, PĹrgilah. Apabila kluarlah jin jin itu, lalu masoklah iya kadalam kawan babi itu, maka hieran, sagala kawan babi itu pun tĹrjunlah deri atas tĹbing itu kadalam tasik, maka matilah iya dalam ayer itu.
33Maka bĹrlari larilah sagala gombalanya masok kadalam nĹgri, lalu dikhabarkannyalah sagala pĹrkara ini, dan barang yang tĹlah bĹrlaku atas orang yang tĹrkĹna jin itu.
34Maka sasungguhnya kluarlah sagala orang isi nĹgri itu datang bĹrtĹmu dĹngan Isa, sĹrta dilihatnya akan dia, lalu marika itu mĹminta supaya iya undor deripada batasan nĹgrinya.
Terpilih Sekarang Ini:
Injil Mathius 8: KEAS
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
maintained by the British and Foreign Bible Society