1 Korintus 16

16
Bantuan untuk jemaah di Yerusalem
1 # Rm 15:25,26. Sekarang aku menyentuh tentang pengumpulan bantuan bagi orang salih. Lakukanlah sebagaimana yang telah kutentukan bagi semua jemaah di Galatia. 2Pada hari pertama setiap minggu, setiap orang daripada kamu hendaklah mengasingkan wang menurut kemampuan masing-masing dan menyimpannya. Janganlah setelah aku datang baru kamu mula mengumpulnya. 3Setelah aku tiba, aku akan menghantar sesiapa yang kamu anggap sesuai untuk membawa pemberianmu itu bersama surat ke Yerusalem. 4Sekiranya aku perlu pergi juga, mereka akan pergi bersamaku.
Permintaan Paulus
5 # Kis 19:21. Aku akan datang ke tempatmu selepas Makedonia kerana aku akan datang melalui Makedonia. 6Mungkin aku akan tinggal beberapa waktu denganmu, malah mungkin sepanjang musim dingin; kemudian kamu boleh menolongku meneruskan perjalanan. 7Kali ini aku tidak mahu singgah sahaja; aku berharap akan dapat tinggal agak lama denganmu jika diizinkan Tuhan.
8 # Im 23:15-21; Ul 16:9-11. # Kis 19:8-10. Namun demikian, aku akan tetap berada di Efesus sampai hari Pentakosta, 9kerana pintu untuk melakukan pekerjaan besar telah terbuka luas bagiku walaupun ramai orang yang menentang.
10 # 1Kor 4:17. Jika Timotius datang ke tempatmu, jangan biarkan dia berasa takut tinggal dalam kalanganmu, kerana dia juga melakukan pekerjaan untuk Tuhan, sama sepertiku. 11Oleh itu, jangan sesiapa memandang ringan kepadanya. Setiap orang hendaklah menolongnya, supaya dia dapat meneruskan perjalanan dengan sejahtera dan datang menemuiku, kerana aku dan beberapa orang saudara lain menunggu kedatangannya.
12Tentang saudara kita Apolos, aku telah mendesaknya mengunjungimu bersama saudara-saudara yang lain, tetapi dia enggan pergi sekarang ini. Jika ada kesempatan, dia akan datang juga.
13Berhati-hatilah, berdiri teguh dalam iman, sentiasa berani dan gigih. 14Lakukan segala-galanya dalam kasih.
15 # 1Kor 1:16. Saudara-saudaraku, ada satu permintaanku kepadamu. Kamu sedia maklum bahawa Stefanus sekeluarga merupakan hasil pertama pelayananku di Akhaya, dan mereka telah bertekad untuk mengabdikan diri kepada orang salih. 16Aku meminta supaya kamu tunduk kepada orang yang demikian, dan kepada semua yang turut berusaha dengan kami.
17Aku gembira bahawa Stefanus, Fortunatus dan Akhaikus telah datang, kerana apa-apa kekuranganku telah dilengkapkan oleh mereka. 18Mereka telah menyenangkan hatiku dan hatimu. Oleh itu, hargailah orang yang demikian.
Salam
19 # Kis 18:2. Jemaah-jemaah di Asia berkirim salam kepadamu. Akwila dan Priskila, serta jemaah di rumah mereka, berkirim salam mesra kepadamu dalam Tuhan. 20Semua saudara seiman juga berkirim salam kepadamu.
Bersalamanlah dengan ciuman suci.
21Aku juga menyampaikan salam yang kutulis dengan tanganku sendiri — Paulus.
22Jika ada yang tidak mengasihi Tuhan, terkutuklah dia. Ya Tuhan, datanglah segera!
23Kasih kurnia Tuhan Yesus Kristus menyertaimu.
24Kasihku menyertai kamu semua dalam Kristus Yesus. Amin.

Terpilih Sekarang Ini:

1 Korintus 16: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk