1 Yohanes 3
3
1 # Yoh 1:12. Ketahuilah betapa kasihnya Bapa kepada kita sehingga kita disebut anak-anak Allah! Dan sememanglah begitu! Sebabnya dunia ini tidak mengenal kita ialah kerana dunia ini tidak mengenal Allah. 2Sahabat-sahabat yang kukasihi, sekarang ini kita anak-anak Allah, tetapi belum nyata bagaimana keadaan kita kelak. Tetapi kita tahu bahawa apabila Kristus datang, kita akan menjadi seperti-Nya, kerana kita akan melihat-Nya dalam keadaan-Nya yang sebenar. 3Sesiapa yang menaruh harapan ini kepada Kristus akan memelihara dirinya supaya suci, sebagaimana Kristus itu suci.
4Sesiapa yang berbuat dosa, dia melakukan keleluasaan kerana dosa itu perbuatan keleluasaan. 5#Yoh 1:29.Kamu tahu bahawa Kristus dihantar untuk menghapuskan dosa umat manusia; dalam diri-Nya tiada dosa. 6Oleh itu, sesiapa yang tetap di dalam Kristus tidak akan berbuat dosa berterusan. Sesiapa yang terus berbuat dosa belum melihat dan mengenal Dia.
7Anak-anakku, jangan biarkan sesiapa pun menyesatkanmu. Sesiapa yang melakukan apa yang benar adalah orang yang benar, seperti Kristus. 8Orang yang terus berbuat dosa itu berasal daripada Iblis, kerana dari mulanya lagi Iblis telah berbuat dosa. Itulah sebabnya Anak Allah datang untuk membinasakan pekerjaan Iblis.
9Sesiapa yang lahir#3:9 Juga diterjemahkan sebagai anak Allah. daripada Allah tidak akan berbuat dosa berterusan kerana benih Allah ada dalam dirinya. Oleh sebab dia lahir daripada Allah#3:9 Atau: Juga diterjemahkan sebagai ‘Oleh sebab Allah itu Bapanya.’ , dia tidak mungkin berbuat dosa berterusan. 10Dengan demikian nyatalah perbezaan antara anak-anak Allah dengan anak-anak Iblis. Orang yang tidak melakukan apa yang benar bukanlah anak Allah, demikian juga orang yang tidak mengasihi saudaranya.
Saling mengasihi
11 # Yoh 13:34. Kamu telah mendengar perkhabaran ini dari mulanya: Kita harus kasih-mengasihi. 12#Kej 4:8.Janganlah kita bertindak seperti Kain yang asalnya daripada Iblis dan membunuh adiknya sendiri. Mengapakah dia membunuh adiknya? Semata-mata kerana perbuatannya salah sedangkan perbuatan adiknya benar.
13Oleh itu, saudara-saudaraku, janganlah hairan jika kamu dibenci oleh orang di dunia ini. 14#Yoh 5:24.Kita tahu bahawa kita terus hidup dan tidak akan binasa kerana kita mengasihi saudara-saudara kita. Sesiapa yang tidak mengasihi saudaranya akan tetap dikuasai oleh maut. 15Sesiapa yang benci akan saudaranya ialah pembunuh. Kamu tahu bahawa seorang pembunuh tidak mempunyai hidup yang kekal dalam dirinya. 16Dengan demikian kita tahu bagaimana cara mengasihi seseorang: Yesus Kristus telah menyerahkan nyawa-Nya untuk kita. Oleh itu kita harus menyerahkan nyawa kita untuk saudara-saudara kita. 17Jika seorang yang berharta melihat saudaranya yang miskin memerlukan bantuan tetapi tidak mahu menolongnya, bagaimanakah kasih Allah dapat hidup dalam dirinya? 18Anak-anakku, janganlah kasih kita di mulut sahaja. Kita hendaklah kasih-mengasihi melalui perbuatan dan kebenaran yang sejati.
19Dengan demikian kita tahu bahawa kita anak-anak Allah yang benar dan hati kita tetap damai di hadirat Allah 20sekiranya hati nurani kita menyalahkan kita. Sebabnya kita tahu bahawa Allah lebih besar daripada hati kita dan Allah Maha Mengetahui. 21Oleh yang demikian, saudara-saudara yang kukasihi, jika hati nurani kita tidak menyalahkan kita, kita dapat menghadap Allah dengan tetap hati. 22Kita menerima apa yang kita minta daripada-Nya kerana kita taat akan perintah-Nya dan melakukan apa yang diredai-Nya. 23#Yoh 13:34; 15:12,17.Perintah-Nya adalah: kita harus percaya akan nama Anak-Nya, Yesus Kristus, dan kasih-mengasihi seperti suruhan Kristus. 24Sesiapa yang taat akan perintah-Nya tetap ada di dalam Allah dan Allah ada di dalamnya. Kita tahu bahawa Allah tetap ada di dalam kita kerana Dia telah mengurniakan Roh-Nya kepada kita.
Terpilih Sekarang Ini:
1 Yohanes 3: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited