1 Yohanes 5:11-13
1 Yohanes 5:11-13 AVB
Kesaksian itu ialah: Allah memberi kita hidup yang kekal dan hidup ini ada di dalam Anak-Nya. Sesiapa yang memperoleh Anak itu, memperoleh hidup itu. Dan sesiapa yang tidak memperoleh Anak Allah, tidak memperoleh hidup itu. Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada nama Anak Allah agar kamu mengetahui bahawa kamu memperoleh hidup yang kekal.



