1 YOHANES 5:11-13 - Bandingkan Semua Versi
1 YOHANES 5:11-13 BM (Alkitab Berita Baik)
Inilah kesaksian itu: Allah sudah memberi kita hidup sejati dan kekal, dan hidup itu berasal daripada Anak-Nya. Sesiapa yang mempunyai Anak Allah, mempunyai hidup itu; dan sesiapa yang tidak mempunyai Anak Allah, tidak mempunyai hidup itu. Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada Anak Allah, supaya kamu tahu bahawa kamu sudah mempunyai hidup sejati dan kekal.
1 YOHANES 5:11-13 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Kesaksian itu ialah: Allah memberi kita hidup yang kekal dan hidup ini ada di dalam Anak-Nya. Sesiapa yang memperoleh Anak itu, memperoleh hidup itu. Dan sesiapa yang tidak memperoleh Anak Allah, tidak memperoleh hidup itu. Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada nama Anak Allah agar kamu mengetahui bahawa kamu memperoleh hidup yang kekal.
1 YOHANES 5:11-13 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Maka inilah saksi itu, bahwa Allah tŭlah mŭngurniakan pada kami hayat kŭkal, adapun hayat ini ada dalam anaknya itu. Maka barang sa’orang yang ada padanya anak itu, maka adalah padanya hayat itupun; maka barang sa’orang tiada padanya anak Allah itu, tiadalah padanya hayat itu pun. Maka sagala pŭrkara ini tŭlah kusuratkan kapada kamu yang pŭrchaya akan nama anak Allah; supaya kamu kŭlak mŭngatahui bahwa kamu adalah mŭmpunyai hayat kŭkal itu, dan supaya kami pŭrchaya akan nama anak Allah itu.