1 Raja-Raja 11
11
Salomo membelakangi TUHAN
1 # Ul 17:17. Di samping puteri Firaun, Raja Salomo turut mencintai ramai perempuan asing, iaitu perempuan Moab, Amon, Edom, Sidon, dan Het. 2#Kel 34:16; Ul 7:3,4.Mereka itu berasal daripada bangsa-bangsa yang telah difirmankan TUHAN kepada orang Israel: “Jangan kamu menikahi mereka dan jangan mereka bercampur-baur dengan kamu. Mereka pasti membuat hatimu menyimpang untuk mengikuti tuhan mereka.” Namun demikian, Salomo terpaut pada mereka kerana cinta. 3Dia mempunyai tujuh ratus orang isteri keturunan bangsawan dan tiga ratus orang gundik. Lalu para isterinya itu menyesatkan hatinya. 4Ketika Salomo sudah tua, para isterinya menyimpangkan hatinya untuk mengikuti tuhan-tuhan lain, sehingga hatinya tidak lagi tulus kepada TUHAN, Allahnya, seperti hati Daud, ayahnya. 5Salomo mengikuti Asytoret, iaitu dewi orang Sidon, dan juga Milkom, dewa#11:5 Harfiah: Tuhan. kejijikan sembahan orang Amon. 6Demikianlah Salomo melakukan apa yang jahat di mata TUHAN dan tidak sepenuhnya mengikuti TUHAN seperti Daud, ayahnya. 7Lalu Salomo membina bukit pemujaan bagi Kamos, dewa kejijikan sembahan orang Moab, di gunung di sebelah timur Yerusalem, juga bagi Molokh, dewa kejijikan sembahan bani Amon. 8Demikian pulalah dilakukannya bagi semua isterinya, iaitu perempuan asing yang membakar dupa dan mempersembahkan korban kepada tuhan mereka.
9Maka TUHAN pun murka kepada Salomo, kerana hatinya menyimpang daripada TUHAN, Allah Israel, yang telah menampakkan diri kepadanya dua kali 10dan yang telah memberinya perintah supaya dia tidak mengikuti tuhan-tuhan lain. Dia tidak berpegang teguh pada apa yang diperintahkan TUHAN kepadanya. 11Lalu berfirmanlah TUHAN kepada Salomo, “Kerana begitu kelakuanmu dan engkau tidak berpegang teguh pada perjanjian-Ku serta segala ketetapan-Ku yang telah Kuperintahkan kepadamu, maka Aku pasti mengoyakkan kerajaan itu daripadamu dan mengurniakannya kepada seorang pegawaimu. 12Namun demikian, Aku tidak akan melakukannya pada masa hidupmu kerana Daud, ayahmu. Aku akan mengoyakkannya daripada tangan anakmu. 13Meskipun begitu, Aku tidak akan mengoyakkan seluruh kerajaan itu. Satu suku akan Kukurniakan kepada anakmu kerana Daud, hamba-Ku, dan kerana Yerusalem yang telah Kupilih.”
Seteru Raja Salomo
14Kemudian TUHAN membangkitkan seorang seteru bagi Salomo, iaitu Hadad, orang Edom. Dia berasal daripada keturunan raja Edom. 15Dahulu, pada waktu Daud berada di Edom, Yoab panglima tenteranya pergi menguburkan kalangan yang terbunuh dan menewaskan semua lelaki di Edom. 16Yoab dan semua orang Israel tinggal di sana selama enam bulan sehingga dia melenyapkan semua lelaki di Edom. 17Hadad melarikan diri bersama dengan beberapa orang Edom, iaitu pegawai ayahnya, ke Mesir. Pada waktu itu Hadad masih muda belia. 18Mereka berangkat dari Midian, lalu sampai ke Paran. Dari Paran mereka membawa serta beberapa orang, lalu sampailah mereka di Mesir. Mereka menghadap Firaun, raja Mesir, lalu raja memberinya sebuah rumah, menentukan peruntukan makanannya, dan memberikan sebidang tanah kepadanya. 19Firaun sangat berkenan kepada Hadad, sehingga dia memberinya seorang isteri, iaitu adik isterinya sendiri, adik permaisuri Tahpenes. 20Adik Tahpenes itu melahirkan bagi Hadad seorang anak lelaki, Genubat namanya. Tahpenes menyapihnya di istana Firaun, dan Genubat dibesarkan di istana Firaun, di antara anak Firaun.
21Ketika Hadad mendengar di Mesir bahawa Daud telah dibaringkan bersama-sama nenek moyangnya dan bahawa Yoab, panglima tentera itu, sudah mati, berkatalah Hadad kepada Firaun, “Izinkanlah hamba pergi. Hamba hendak pulang ke negeri hamba.”
22Tanya Firaun kepadanya, “Apakah kekurangan engkau bersama denganku di sini, sehingga tiba-tiba engkau ingin pulang ke negerimu?”
Jawabnya, “Tidak ada kekurangan apa-apa, tetapi mohon izinkan hamba pergi.”
23Kemudian Allah membangkitkan seorang lawan lagi bagi Salomo, iaitu Rezon anak Elyada. Orang ini melarikan diri daripada tuannya, iaitu Hadadezer, raja Zoba. 24Dikumpulkannya sejumlah orang, lalu dia menjadi pemimpin suatu gerombolan. Ketika Daud membunuh orang Zoba, pergilah mereka ke Damsyik. Mereka tinggal di sana dan mendirikan kerajaan di Damsyik. 25Dia menjadi lawan orang Israel seumur hidup Salomo dan menambahi kesusahan yang dibuat oleh Hadad. Dia yang amat membenci orang Israel itu bertakhta atas Aram.
Pemberontakan Yerobeam
26Yerobeam anak Nebat, seorang Efraim dari Zereda, seorang pegawai Salomo (nama ibunya ialah Zerua, seorang balu), juga menentang dan memberontak terhadap raja. 27Inilah alasan mengapa dia memberontak terhadap raja: Salomo membina Milo dan menutup lubang tembok Kota Daud, ayahnya. 28Yerobeam memang seorang yang sangat berkemahiran. Ketika Salomo melihat bahawa pemuda itu rajin bekerja, dia mengangkatnya untuk menjadi pengawas atas semua tukang pikul daripada keturunan kaum Yusuf. 29Suatu kali, ketika Yerobeam keluar dari Yerusalem, nabi Ahia, orang Silo itu, menemui dia di jalan. Ahia mengenakan sehelai pakaian baru, dan mereka berdua sahaja di padang. 30Ahia mencengkam pakaian baru yang dikenakannya itu dan mengoyakkannya untuk menjadi dua belas cebisan. 31Katanya kepada Yerobeam, “Ambillah untukmu sepuluh cebisan, kerana beginilah firman TUHAN, Allah Israel, ‘Sesungguhnya, Aku akan mengoyakkan kerajaan itu daripada tangan Salomo dan akan mengurniaimu sepuluh suku. 32Tetapi satu suku akan tetap padanya kerana Daud, hamba-Ku, dan kerana Yerusalem, kota yang telah Kupilih daripada semua suku Israel. 33Hal ini terjadi kerana dia telah meninggalkan Aku dan sujud menyembah Asytoret, dewi orang Sidon, dan Kamos, tuhan#11:33 Atau: Dewa. orang Moab, serta Milkom, tuhan bani Amon. Dia tidak hidup menurut jalan-Ku dengan melakukan apa yang benar di mata-Ku dan berpegang teguh pada segala ketetapan-Ku serta peraturan-Ku seperti Daud, ayahnya. 34Namun demikian, Aku tidak akan mengambil seluruh kerajaan itu daripada tangannya. Aku akan membiarkan dia menjadi pemimpin seumur hidupnya kerana Daud, hamba-Ku yang telah Kupilih, yang berpegang teguh pada segala perintah-Ku dan ketetapan-Ku. 35Aku akan mengambil kerajaan itu daripada tangan anaknya dan akan mengurniakan sepuluh suku kepadamu. 36Kepada anaknya Aku akan mengurniakan satu suku, supaya sentiasa ada suatu pelita bagi Daud, hamba-Ku, di hadirat-Ku di Yerusalem, kota yang telah Kupilih untuk menegakkan nama-Ku di sana. 37Engkau Kupilih untuk bertakhta atas semua yang dikehendaki hatimu. Engkau akan menjadi raja atas Israel. 38Jika engkau mendengar semua yang Kuperintahkan kepadamu, hidup menurut jalan-Ku, dan melakukan apa yang benar di mata-Ku dengan berpegang teguh pada segala ketetapan-Ku serta perintah-Ku seperti yang telah dilakukan oleh Daud, hamba-Ku, maka Aku akan menyertai engkau, akan membina bagimu suatu keluarga yang teguh seperti yang telah Kubina bagi Daud, dan akan mengurniakan orang Israel kepadamu. 39Untuk itu Aku akan merendahkan keturunan Daud, tetapi bukan untuk selama-lamanya.’ ”
40Salomo berikhtiar membunuh Yerobeam, tetapi Yerobeam segera melarikan diri ke Mesir. Dia menghadap Sisak, raja Mesir, dan tinggal di Mesir sampai Salomo mati.
Raja Salomo mati
41Riwayat Salomo selebihnya, juga semua yang dilakukannya dan kebijaksanaannya, bukankah semuanya tertulis dalam kitab riwayat Salomo? 42Empat puluh tahun lamanya Salomo bertakhta di Yerusalem atas seluruh Israel. 43Lalu Salomo dibaringkan bersama dengan nenek moyangnya dan dimakamkan di Kota Daud, ayahnya. Maka Rehabeam, anaknya, menaiki takhta untuk menggantikan dia.
Terpilih Sekarang Ini:
1 Raja-Raja 11: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited