1 Petrus 5

5
Jemaah umat Allah
1Kepada tua-tua jemaah dalam kalanganmu, kutujukan pesanan ini. Aku, sebagai seorang tua-tua juga yang telah menyaksikan penderitaan Kristus dan yang akan turut dimuliakan apabila kemuliaan-Nya ternyata, menyerumu: 2#Yoh 21:15-17.Jagalah jemaah Allah sekitarmu seperti gembala menjaga kawanan domba. Awasi mereka — bukan secara terpaksa tetapi dengan rela; bukan untuk mendapat keuntungan yang tidak wajar, tetapi dengan sepenuh hati; 3bukan sebagai tuan bagi mereka yang diamanahkan kepadamu, tetapi sebagai teladan untuk mereka. 4Apabila Gembala Agung datang kelak, kamu akan menerima mahkota kemuliaan yang kekal.
5 # Ams 3:34. Demikian juga kamu, orang muda, tunduklah kepada orang tua yang memimpinmu. Ya, kamu semua hendaklah saling menghormati dan merendah diri, kerana,
“Allah menentang orang yang angkuh
tetapi memberikan anugerah kepada orang yang rendah hati.”
6 # Mat 23:12; Luk 14:11; 18:14. Oleh itu, rendahkan dirimu di bawah kuasa Allah, supaya kamu ditinggikan-Nya pada waktu yang telah ditetapkan. 7#Sir 2:1-18.Serahkan segala kerunsinganmu kepada Allah, kerana Dia mengambil berat tentangmu.
8Kawallah dirimu dan berwaspadalah, kerana musuhmu Iblis merayau seperti singa yang mengaum mencari mangsa. 9Lawanlah Iblis dengan iman yang teguh. Kamu tahu bahawa penderitaan yang sama sedang ditanggung oleh saudara-saudara seimanmu serata dunia. 10Tetapi setelah kamu menderita beberapa waktu, Allah, sumber segala kasih kurnia, yang telah memanggil kamu dalam Kristus untuk turut menikmati kemuliaan-Nya yang kekal, akan menyempurnakan, menegakkan, mengukuhkan dan menenteramkan kamu. 11Bagi Allah segala kemuliaan dan kekuasaan selama-lamanya. Amin.
Salam akhir
12 # Kis 15:22,40. Aku menulis surat ringkas ini kepadamu dengan pertolongan Silwanus, yang kuanggap saudara kita yang setia. Tujuanku ialah menasihatimu dan memberi ringkasan kesaksianku bahawa inilah kasih kurnia sejati daripada Allah untukmu. Berdiri teguhlah di dalamnya.
13 # Kis 12:12,25; 13:13; 15:37-39; Kol 4:10; Flm 1:24. Jemaah di Babel, yang sepertimu juga dipilih Allah, berkirim salam kepadamu, begitu juga anakku Markus. 14Bersalamanlah dengan ciuman kasih sayang.
Selamat sejahtera kepada kamu semua yang ada dalam Kristus.

Terpilih Sekarang Ini:

1 Petrus 5: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk