2 Tawarikh 10
10
Pecahnya kerajaan Israel
1Rehabeam pergi ke Sikhem, kerana semua orang Israel telah datang ke Sikhem untuk menobatkan dia menjadi raja. 2Pada waktu itu Yerobeam anak Nebat masih berada di Mesir kerana sebelumnya dia melarikan diri daripada Raja Salomo. Setelah Yerobeam mendengar khabar itu, kembalilah dia dari Mesir. 3Maka beberapa orang diutus untuk memanggil dia. Lalu Yerobeam serta semua orang Israel menemui Rehabeam dan berkata demikian, 4“Ayah tuanku telah memberatkan tanggungan kami. Sekarang, mohon ringankanlah perhambaan yang keras daripada ayah tuanku itu dan tanggungan berat yang dipikulkannya kepada kami, maka kami akan menjadi hamba tuanku.”
5Jawabnya kepada mereka, “Kembalilah menghadap aku tiga hari lagi.” Lalu pulanglah rakyat itu.
6Kemudian Raja Rehabeam berunding dengan para tua-tua yang dahulu melayani Salomo, ayahnya, sewaktu Salomo masih hidup. Tanyanya, “Apakah nasihatmu untuk menjawab rakyat ini?”
7Jawab mereka kepadanya, “Jika tuanku mahu berbuat baik kepada rakyat ini, menyenangkan mereka, dan menjawab mereka dengan kata-kata yang baik, maka mereka akan menjadi hamba tuanku sepanjang waktu.”
8Akan tetapi, dia mengabaikan nasihat yang diberikan kepadanya oleh para tua-tua itu, lalu berunding dengan pemuda-pemuda yang membesar bersama-samanya dan yang melayani dia. 9Tanyanya kepada mereka, “Apakah nasihatmu? Bagaimanakah kita harus menjawab rakyat yang berkata kepadaku, ‘Ringankanlah tanggungan yang dipikulkan ayah tuanku kepada kami’?”
10Pemuda-pemuda yang membesar bersama-samanya itu menjawab, “Beginilah harus tuanku katakan kepada rakyat yang berkata kepada tuanku, ‘Ayah tuanku telah memberatkan tanggungan kami, tetapi mohon sudilah tuanku meringankannya bagi kami.’ Beginilah harus tuanku katakan kepada mereka, ‘Jari kelengkengku lebih besar daripada pinggang ayahku. 11Ayahku telah membebankan tanggungan yang berat kepadamu, tetapi aku akan menambah tanggunganmu. Ayahku telah mengajar kamu dengan cemeti, tetapi aku akan mengajar kamu dengan kala jengking.’ ”
12Kemudian datanglah Yerobeam dan seluruh rakyat menghadap Rehabeam pada hari ketiga, sebagaimana kata-kata raja, “Kembalilah menghadap aku tiga hari lagi.” 13Raja menjawab mereka dengan kasar. Dia mengabaikan nasihat para tua-tua, 14dan menjawab rakyat menurut nasihat pemuda-pemuda itu, katanya, “Ayahku telah memberatkan tanggunganmu, tetapi aku akan menambahnya. Ayahku telah mengajar kamu dengan cemeti, tetapi aku akan mengajar kamu dengan kala jengking.” 15Dengan demikian raja tidak mendengar permintaan rakyat. Perkara itu memang ditetapkan Allah, kerana TUHAN hendak melaksanakan firman yang disampaikan-Nya kepada Yerobeam anak Nebat dengan perantaraan Ahia, orang Silo itu.
16 # 2Sam 20:1. Setelah semua orang Israel melihat bahawa raja tidak mahu mendengar permintaan mereka, maka rakyat menjawab raja demikian, “Bahagian apakah yang kita peroleh daripada Daud? Kita tidak memperoleh harta pusaka daripada anak Isai itu! Pulanglah ke khemah masing-masing, wahai Israel! Sekarang, uruslah rumah tanggamu sendiri, wahai Daud!”
Maka pergilah semua orang Israel ke khemah masing-masing. 17Namun demikian, Rehabeam masih bertakhta atas orang Israel yang tinggal di kota-kota Yehuda.
18Kemudian Raja Rehabeam mengutus Hadoram, yang mengepalai buruh paksa. Akan tetapi, orang Israel melontarnya dengan batu sehingga dia mati. Raja Rehabeam pun segera menaiki ratanya untuk melarikan diri ke Yerusalem. 19Demikianlah orang Israel memberontak terhadap keluarga Daud sampai hari ini.
Terpilih Sekarang Ini:
2 Tawarikh 10: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: