2 Tawarikh 9
9
Kunjungan ratu negeri Syeba
1 # Mat 12:42; Luk 11:31. Ratu negeri Syeba mendengar khabar tentang Salomo. Maka dia pun datang ke Yerusalem untuk menguji Salomo dengan teka-teki. Dia diiringi pasukan yang amat besar serta unta-unta yang mengangkut rempah-ratus, emas yang begitu banyak, dan permata. Ketika dia bertemu dengan Salomo, dia bercakap dengan Salomo tentang segala isi hatinya. 2Salomo menjawab semua pertanyaannya. Bagi Salomo, tidak ada hal tersembunyi yang tidak dapat dijelaskannya kepada ratu itu. 3Maka setelah ratu negeri Syeba melihat kebijaksanaan Salomo, istana yang dibangunkannya, 4santapan di mejanya, cara duduk pegawainya, cara pelayanan pegawainya dan pakaian mereka, jururasa santapan dan pakaian mereka, serta segala korban bakaran yang dipersembahkannya di Bait TUHAN, amat takjublah dia.
5Katanya kepada raja, “Ternyata benarlah khabar yang kudengar di negeriku tentang tuan dan tentang kebijaksanaan tuan. 6Aku tidak mempercayai khabar-khabar orang sampai aku datang dan melihatnya dengan mataku sendiri. Sesungguhnya, apa yang dikhabarkan kepadaku belumlah sampai setengah daripada ukuran kebijaksanaan tuan. Tuan melebihi khabar yang kudengar! 7Berbahagialah anak buah tuan dan berbahagialah para pegawai tuan ini, yang sentiasa melayani tuan dan mendengar kebijaksanaan tuan. 8Segala puji bagi TUHAN, Allahmu, yang telah berkenan kepada tuan sehingga Dia mendudukkan tuan di takhta kerajaan yang ditetapkan-Nya sebagai raja mewakili TUHAN, Allahmu! Kerana Allahmu mengasihi Israel dan hendak meneguhkan mereka untuk selama-lamanya, maka Dia pun mengangkat tuan menjadi raja atas mereka, supaya tuan menegakkan keadilan dan perbenaran.#9:8 Perbenaran: Lihat Kamus Alkitab bagi keterangan makna perkataan ini.”
9Kemudian ratu itu memberi raja seratus dua puluh talenta emas, rempah-ratus dalam jumlah yang sangat banyak, serta permata. Tidak pernah ada rempah-ratus sebanyak pemberian ratu negeri Syeba kepada Raja Salomo itu.
10Tambahan pula anak buah Hiram dan anak buah Salomo yang membawa emas dari Ofir, membawa kayu cendana dan permata juga. 11Daripada kayu cendana itu raja membuat tangga-tangga untuk Bait TUHAN dan istana raja, serta kecapi dan gambus bagi para penyanyi. Hal-hal seperti itu belum pernah dilihat sebelumnya di Tanah Yehuda.
12Raja Salomo memberi ratu negeri Syeba semua yang dikehendakinya dan yang dimintanya, melebihi apa yang telah dibawanya untuk raja. Lalu ratu itu berangkat pulang ke negerinya bersama-sama para pegawainya.
Penghasilan dan kekayaan Raja Salomo
13Dalam setahun, emas yang dibawa kepada Salomo ialah seberat enam ratus enam puluh enam talenta, 14belum termasuk yang dibawa oleh para saudagar dan pedagang. Semua raja Arab dan para pembesar di negeri itu juga membawa emas dan perak kepada Salomo. 15Kemudian Raja Salomo membuat dua ratus buah perisai besar daripada emas tempaan. Enam ratus syikal emas tempaan digunakan untuk sebuah perisai besar. 16Dia juga membuat tiga ratus buah perisai kecil daripada emas tempaan. Tiga ratus syikal emas terpakai untuk sebuah perisai kecil. Lalu raja menaruh semua itu di dalam gedung “Hutan Lebanon.”
17Raja juga membuat sebuah takhta besar daripada gading dan menyalutnya dengan emas tulen. 18Takhta itu mempunyai enam anak tangga dan sebuah alas kaki daripada emas yang dilekatkan pada takhta itu. Pada sisi tempat duduknya ada pegangan tangan. Di sebelah pegangan-pegangan tangan itu pula berdirinya dua ekor patung singa, 19manakala di atas keenam-enam anak tangga berdirinya dua belas ekor patung singa sebelah-menyebelah. Belum pernah dibuat barang yang demikian itu di mana-mana kerajaan pun.
20Segala alat kelengkapan minuman Raja Salomo terbuat daripada emas dan segala alat kelengkapan gedung “Hutan Lebanon” terbuat daripada emas murni. Pada zaman Raja Salomo perak tidak lagi dianggap berharga. 21Raja mempunyai kapal-kapal yang berlayar ke Tarsis bersama hamba-hamba Hiram. Tiga tahun sekali kapal-kapal Tarsis itu datang mengangkut emas, perak, gading, kera, dan burung merak.
22Dari segi kekayaan dan kebijaksanaan, Raja Salomo melebihi semua raja di bumi. 23Semua raja di bumi berusaha untuk datang menghadap Salomo untuk mendengar kebijaksanaan yang ditaruh Allah dalam hatinya. 24Tahun demi tahun mereka datang membawa persembahan masing-masing, iaitu barang-barang perak, barang-barang emas, pakaian, senjata, rempah-ratus, kuda, dan baghal.
25 # 1Raj 4:26. Salomo mempunyai empat ribu kandang untuk kuda-kuda dan rata-ratanya serta dua belas ribu orang pasukan berkuda yang ditempatkannya di kota-kota rata dan juga di Yerusalem bersama-sama raja. 26#Kej 15:18; 1Raj 4:21.Dia menjadi penguasa atas semua raja, mulai Sungai Efrat sampai ke negeri orang Filistin dan sampai ke perbatasan Mesir. 27Raja membuat perak di Yerusalem sama seperti batu kerana banyaknya, dan pokok araz sama banyaknya seperti pokok ara yang ada di Dataran Rendah. 28#Ul 17:16.Kuda untuk Salomo dibawa masuk dari Mesir dan dari segala negeri.
Raja Salomo mati
29Riwayat Salomo yang selebihnya dari awal sampai akhir, bukankah semuanya tertulis dalam riwayat Nabi Natan, dalam kitab nubuat Ahia, orang Silo itu, dan dalam kitab penglihatan Ido, pelihat itu, mengenai Yerobeam anak Nebat? 30Selama empat puluh tahun Salomo bertakhta di Yerusalem atas seluruh Israel. 31Lalu Salomo dibaringkan bersama-sama nenek moyangnya dan dimakamkan di Kota Daud, ayahnya. Maka Rehabeam, anaknya, menaiki takhta menggantikannya.
Terpilih Sekarang Ini:
2 Tawarikh 9: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: