2 Raja-Raja 11
11
Atalya tewas, Yoas jadi raja Yehuda
1Apabila Atalya, ibu Ahazia, melihat bahawa anaknya sudah mati, maka dibunuhnya segera semua keturunan raja. 2Tetapi salah seorang anak Raja Yoram, iaitu Yoseba, saudara perempuan Ahazia, mengambil Yoas anak Ahazia dan membawanya pergi dengan diam-diam daripada kalangan anak-anak raja yang hendak dibunuh itu. Yoseba memasukkan dia bersama inang penyusunya ke dalam bilik tidur dan menyembunyikan dia dari Atalya, sehingga dia tidak terbunuh. 3Yoas tetap bersembunyi dengannya di Bait TUHAN selama enam tahun sementara Atalya bertakhta atas negeri itu.
4Pada tahun ketujuh, Imam Yoyada menyuruh agar dikumpulkan para pemimpin pasukan seratus daripada orang Kari dan daripada pasukan bentara. Mereka dibawa masuk menemuinya di Bait TUHAN, lalu dia mengikat perjanjian dengan mereka dan menyuruh mereka bersumpah di Bait TUHAN. Kemudian dia menunjukkan kepada mereka anak raja. 5Dia memberikan perintah kepada mereka, “Inilah hal yang harus kamu lakukan: sepertiga daripada kamu yang bertugas pada hari Sabat harus menjaga istana raja, 6sepertiga lagi harus berada di Pintu Gerbang Sur, dan sepertiga yang lain di pintu gerbang di belakang para bentara untuk menjaga istana dan mempertahankannya. 7Sementara itu, kedua-dua pasukanmu yang selebihnya, iaitu semua orang yang bebas tugas pada hari Sabat, harus menjaga Bait TUHAN bagi raja. 8Kelilingilah raja dari segala penjuru dengan senjata di tangan masing-masing. Sesiapa pun yang mendekati barisan itu harus dibunuh. Sertailah raja ke mana-mana pun dia pergi.”
9Para pemimpin pasukan seratus itu melaksanakan semua yang diperintahkan Imam Yoyada. Mereka mengumpulkan orang masing-masing, baik yang bertugas pada hari Sabat mahupun yang bebas tugas pada hari Sabat, lalu datang menghadap Imam Yoyada. 10Kemudian imam menyerahkan kepada para pemimpin pasukan seratus itu tombak-tombak dan perisai-perisai milik Raja Daud yang ada di Bait TUHAN. 11Para bentara berdiri di sisi kanan Bait sampai ke sisi kiri Bait dengan senjata di tangan masing-masing. Mereka mengelilingi raja dekat mazbah, dan dekat Bait itu. 12Kemudian Yoyada membawa anak raja ke luar, mengenakan mahkota padanya, dan menyerahkan hukum Allah kepadanya. Mereka menobatkan dia sebagai raja dan mentahbiskan dia. Mereka bertepuk tangan dan berseru, “Hidup Sang Raja!”
13Ketika Atalya mendengar suara para bentara dan rakyat, pergilah dia mendatangi rakyat di Bait TUHAN. 14#2Raj 23:3.Dilihatnya raja berdiri dekat tiang menurut kebiasaan, sementara para pemimpin dan para peniup nafiri berdiri di sisinya. Seluruh rakyat negeri bersuka ria sambil meniup nafiri, tetapi Atalya mengoyakkan pakaiannya sambil berseru, “Pengkhianatan! Pengkhianatan!”
15Lalu Imam Yoyada memerintahkan para pemimpin pasukan seratus, iaitu orang yang mengetuai pasukan, “Keluarkan dia daripada barisan! Matikanlah dengan pedang siapa yang berpihak kepadanya!” Imam memang telah berpesan, “Jangan biar dia dibunuh di Bait TUHAN.” 16Jadi, mereka menangkap perempuan itu ketika dia memasuki kawasan istana raja melalui pintu masuk kuda, lalu dia dibunuh di situ.
17Yoyada mengikat perjanjian antara TUHAN dengan raja dan rakyat, bahawa mereka akan menjadi umat TUHAN, dan juga antara raja dengan rakyat. 18Kemudian pergilah seluruh rakyat negeri ke kuil Baal dan merobohkannya. Mereka menghancurkan sama sekali mazbah-mazbahnya dan patung-patungnya serta menewaskan Matan, imam Baal, di depan mazbah-mazbah itu.
Lalu Imam Yoyada mengangkat pengawas-pengawas atas Bait TUHAN. 19Sesudah itu dia mengajak ketua-ketua pasukan seratus, orang Kari, para bentara, dan seluruh rakyat negeri untuk membawa raja turun dari Bait TUHAN. Mereka pun masuk ke istana raja melalui pintu gerbang para bentara. Maka duduklah raja di atas takhta kerajaan. 20Seluruh rakyat negeri bersuka ria dan kota itu pun sentosa setelah Atalya dibunuh dengan pedang di istana raja.
21Yoas berumur tujuh tahun pada waktu dia menaiki takhta.
Terpilih Sekarang Ini:
2 Raja-Raja 11: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: