2 Raja-Raja 12
12
Yoas memperbaik Bait Suci
1Pada tahun ketujuh pemerintahan Yehu, Yoas menaiki takhta. Empat puluh tahun lamanya dia bertakhta di Yerusalem. Nama ibunya ialah Zibya, dari Bersyeba. 2Yoas melakukan apa yang benar di mata TUHAN seumur hidupnya, selama Imam Yoyada mengajar dia. 3Hanya, bukit-bukit pemujaan tidak disingkirkannya. Rakyat masih mempersembahkan korban dan membakar dupa di bukit-bukit pemujaan itu.
4 # Kel 30:11-16. Berkatalah Yoas kepada para imam, “Hendaklah semua wang persembahan suci yang dibawa ke Bait TUHAN, iaitu wang yang masuk daripada pendaftaran penduduk, wang tebusan jiwa menurut penilaian yang berlaku bagi setiap orang, dan semua wang yang dibawa ke Bait TUHAN kerana niat seseorang, 5diterima sendiri oleh para imam daripada kenalan masing-masing. Hendaklah mereka memakainya untuk memperbaik kerosakan Bait, di mana sahaja terdapat kerosakan.”
6Akan tetapi, hingga tahun kedua puluh tiga pemerintahan Raja Yoas, para imam masih belum lagi memperbaik kerosakan Bait itu. 7Oleh sebab itu Raja Yoas memanggil Imam Yoyada dan para imam lain serta berkata kepada mereka, “Mengapakah kamu belum juga memperbaik kerosakan Bait itu? Sekarang, jangan lagi terima wang daripada para dermawan kenalanmu, tetapi serahkanlah itu untuk memperbaik kerosakan Bait.” 8Para imam setuju untuk tidak lagi menerima wang daripada rakyat, dan mereka pun tidak lagi harus memperbaik kerosakan Bait itu sendiri.
9Kemudian Imam Yoyada mengambil sebuah peti dan membuat lubang pada tutupnya. Ditaruhnya peti itu di sisi mazbah, letaknya di sebelah kanan apabila orang masuk ke Bait TUHAN. Lalu imam-imam penjaga pintu memasukkan ke dalamnya semua wang yang dibawa orang ke Bait TUHAN. 10Apabila mereka melihat bahawa jumlah wang di dalam peti itu sudah banyak, maka datanglah jurutulis raja bersama imam besar untuk menghitung wang yang terdapat dalam Bait TUHAN itu dan membungkusnya. 11Wang yang ditimbang itu kemudian diserahkan kepada para pekerja yang dipilih untuk mengawasi Bait TUHAN. Selanjutnya para pengawas itu membayarkannya kepada tukang kayu serta tukang binaan yang mengerjakan Bait TUHAN, 12juga kepada tukang tembok serta tukang pahat batu. Wang itu juga digunakan untuk membeli kayu dan batu pahat bagi memperbaik kerosakan Bait TUHAN, serta untuk segala perbelanjaan bagi pembaikan Bait itu. 13Tetapi wang yang dibawa ke dalam Bait TUHAN itu tidak digunakan untuk membuat mangkuk perak, sepit, bokor, nafiri, atau perkakas emas dan perak lainnya bagi Bait TUHAN, 14kerana wang itu diserahkan kepada para pekerja untuk digunakan memperbaik Bait TUHAN. 15#2Raj 22:7.Para imam penjaga pintu itu tidak mengadakan perhitungan dengan para pengawas yang diserahi wang untuk kemudian memberikannya kepada para pekerja, kerana para pengawas itu bekerja dengan jujur. 16#Im 7:7.Sementara itu, wang korban penebus kesalahan dan wang persembahan penghapus dosa tidaklah dibawa ke dalam Bait TUHAN. Wang itu menjadi bahagian para imam.
17Pada waktu itu Hazael, raja Aram, maju berperang melawan Gat dan merebutnya. Lalu Hazael pun berniat maju menyerang Yerusalem. 18Oleh sebab itu Yoas, raja Yehuda, mengambil semua persembahan suci yang telah ditakdiskan oleh para leluhurnya — Yosafat, Yoram, dan Ahazia, raja-raja Yehuda — serta persembahan-persembahan sucinya sendiri, juga semua emas yang terdapat dalam perbendaharaan Bait TUHAN dan istana raja, lalu mengirimkannya kepada Hazael, raja Aram. Maka Hazael pun mundur dari Yerusalem.
19Riwayat Yoas selebihnya dan semua yang dilakukannya, bukankah semuanya tertulis dalam kitab hikayat raja-raja Yehuda?
20Pegawai-pegawainya mengadakan komplot, lalu membunuh Yoas di rumah Milo, di jalan menurun ke Sila. 21Yozakar anak Simeat dan Yozabad anak Somer ialah dua pegawainya yang menyerangnya hingga dia mati. Lalu dia dimakamkan di sisi nenek moyangnya di Kota Daud. Maka Amazia, anaknya, menaiki takhta menggantikannya.
Terpilih Sekarang Ini:
2 Raja-Raja 12: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: