2 Raja-Raja 6
6
Mata kapak diapungkan
1Pada suatu waktu rombongan nabi berkata kepada Elisa, “Lihatlah, tempat kami tinggal dengan tuan ini terlalu sempit bagi kami. 2Izinkan kami pergi ke Sungai Yordan lalu masing-masing mengambil sebatang kayu dari sana. Kami akan membuat tempat tinggal bagi kami di sana.”
Jawabnya, “Pergilah!”
3Kata seorang daripada mereka, “Sudilah sekiranya tuan pergi menyertai hamba-hambamu ini.” Jawabnya, “Baiklah, aku akan pergi.” 4Maka pergilah dia menyertai mereka. Setelah sampai di Sungai Yordan, mereka pun menebang pokok. 5Akan tetapi, pada waktu seseorang sedang menumbangkan sebuah gelegar, jatuhlah mata kapaknya ke dalam air. Dia pun berteriak, “Aduh, tuanku! Itu barang pinjaman!”
6Tanya hamba Allah, “Di manakah jatuhnya?”
Orang itu menunjukkan tempatnya. Lalu Elisa mengerat sepotong kayu dan mencampakkannya ke sana. Maka terapunglah mata kapak itu. 7Katanya, “Angkatlah!” Orang itu pun menghulurkan tangannya dan mengambilnya.
Tindakan Elisa dalam peperangan melawan Aram
8Raja Aram sedang berperang melawan orang Israel. Dia berunding dengan para pegawainya, katanya, “Di tempat sini dan situ aku akan mendirikan perkhemahanku.” 9Akan tetapi, hamba Allah menyuruh orang menemui raja Israel dengan pesan, “Hati-hati, jangan lalui tempat itu, kerana orang Aram sedang turun ke sana untuk mengadang.” 10Oleh sebab itu raja Israel menyuruh orang untuk memeriksa tempat yang disebutkan hamba Allah itu kepadanya. Lebih dari satu dua kali Elisa mengingatkan dia, sehingga hal itu memungkinkan dia untuk berjaga-jaga di sana.
11Maka gusarlah hati raja Aram kerana hal itu. Dipanggilnya para pegawainya lalu dia bertanya mereka, “Tidakkah kamu mahu memberitahukan kepadaku, Siapakah dari antara kita yang memihak kepada raja Israel?”
12Salah seorang pegawainya berkata, “Tidak ada, ya Tuanku Raja, tetapi Elisa, nabi yang di Israel itu, dialah yang menyampaikan kepada raja Israel apa yang tuanku titahkan di dalam bilik tidur tuanku.”
13Kata raja, “Pergilah, selidiki di mana dia berada supaya aku dapat menyuruh orang untuk menangkapnya.”
Lalu kepadanya dikhabarkan, “Ketahuilah, dia ada di Dotan.” 14Maka dikirimnya ke sana kuda, rata, dan pasukan yang besar. Mereka sampai pada malam hari lalu mengepung kota itu. 15Ketika pembantu hamba Allah bangun pagi-pagi dan pergi ke luar, dilihatnya suatu pasukan dengan kuda dan rata mengepung kota itu. Maka kata pembantu itu kepada tuannya, “Aduh, tuanku! Apakah yang harus kita lakukan?”
16Jawabnya, “Jangan takut, kerana yang menyertai kita lebih ramai daripada yang menyertai mereka.” 17Lalu Elisa berdoa, katanya, “Ya TUHAN, bukalah kiranya matanya supaya dia dapat melihat.” Maka TUHAN membuka mata pembantu itu sehingga dia dapat melihat bahawa sesungguhnya gunung itu penuh dengan kuda dan rata berapi mengelilingi Elisa.
18Ketika orang Aram itu turun ke arah Elisa, berdoalah Elisa kepada TUHAN, katanya, “Azablah kiranya bangsa itu dengan kebutaan.” Maka Allah mengazab mereka dengan kebutaan, selaras dengan permintaan Elisa. 19Sesudah itu Elisa berkata kepada mereka, “Bukan ini jalannya dan bukan ini kotanya. Ikuti aku, akan kuhantar kamu ke tempat orang yang kamu cari.” Lalu dia menghantar mereka ke Samaria.
20Sesampainya mereka di Samaria, berkatalah Elisa, “Ya TUHAN, bukalah mata orang ini supaya mereka dapat melihat.” Maka TUHAN membuka mata mereka sehingga mereka melihat. Ternyata mereka ada di tengah-tengah Samaria.
21Ketika raja Israel melihat mereka, berkatalah dia kepada Elisa, “Haruskah kubunuh mereka, Bapa? Haruskah kubunuh mereka?”
22Jawabnya, “Jangan bunuh mereka. Apakah orang yang sudah kautawan akan kaubunuh dengan pedang serta panahmu? Hidangkanlah makanan dan minuman di hadapan mereka. Biarkan mereka makan dan minum, lalu pulang kepada tuan mereka.” 23Maka raja menyediakan jamuan besar bagi mereka. Setelah mereka makan dan minum dilepaskannya mereka pergi, lalu mereka pun pulang kepada tuan mereka. Sejak itu gerombolan orang Aram tidak pernah datang lagi ke Tanah Israel.
Tindakan Elisa ketika Samaria dikepung
24Sesudah itu Benhadad, raja Aram, mengerahkan seluruh pasukannya lalu maju mengepung Samaria. 25Kerana pengepungan terus berlangsung, maka terjadilah bencana kebuluran yang besar di Samaria sehingga kepala seekor keldai dijual dengan harga lapan puluh keping perak, dan seperempat kab#6:25 Kab: Kira-kira 1.2 liter. kotoran burung merpati berharga lima keping perak.
26Suatu kali, ketika raja Israel berjalan di atas tembok kota, seorang perempuan berseru kepadanya, “Tolonglah, ya Tuanku Raja!”
27Jawabnya, “Jika TUHAN sahaja tidak menolong engkau, dengan apakah aku dapat menolong engkau? Adakah dengan hasil tempat pembantingan? Atau dengan hasil tempat pemerasan anggur?” 28Tetapi kemudian raja bertanya kepadanya, “Ada apa?”
Jawabnya, “Perempuan ini berkata kepada hamba, ‘Berikanlah anak lelakimu untuk kita makan hari ini. Esok, kita akan makan anak lelakiku.’ 29#Ul 28:57; Rat 4:10.Oleh sebab itu kami merebus anak hamba lalu memakannya. Keesokan harinya hamba berkata kepadanya, ‘Serahkanlah anakmu untuk kita makan.’ Tetapi dia malah menyembunyikan anaknya.”
30Apabila raja mendengar kata-kata perempuan itu, dikoyakkannyalah pakaiannya, dan kerana dia berjalan di atas tembok kota, maka orang ramai melihat bahawa dia memakai kain perkabungan pada tubuhnya. 31Katanya, “Biarlah Allah mengazab aku bahkan lebih lagi, jika pada hari ini kepala Elisa anak Safat masih tetap ada di atas bahunya.” 32Pada waktu itu Elisa sedang duduk-duduk di rumahnya bersama dengan para tua-tua.
Raja mengutus seorang berjalan mendahuluinya. Akan tetapi, sebelum pesuruh itu sampai di hadapan Elisa, berkatalah Elisa kepada para tua-tua itu, “Tahukah kamu bahawa anak si pembunuh itu menyuruh orang untuk memenggal kepalaku? Perhatikan, tutuplah pintu dan tahanlah pesuruh itu di pintu ketika dia datang. Bukankah bunyi langkah kaki tuannya terdengar di belakangnya?” 33Pada waktu dia sedang bercakap dengan mereka, tampaklah pesuruh itu datang menemuinya. Raja pun berkata, “Sesungguhnya, malapetaka ini berasal daripada TUHAN. Apa gunanya aku berharap kepada TUHAN lagi?”
Terpilih Sekarang Ini:
2 Raja-Raja 6: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: