Kolose 4

4
1 # Ef 6:9. Kamu sekalian yang menjadi tuan, berilah apa yang adil dan wajar kepada hamba-hambamu, kerana kamu tahu bahawa kamu pun mempunyai Tuan di syurga.
Arahan-arahan lain
2Bertekunlah dalam doa dan berjaga-jaga serta mengucap syukur. 3Doakan kami juga, semoga Allah membukakan kami suatu pintu bagi firman-Nya, supaya kami bercakap tentang rahsia Kristus. Oleh sebab rahsia itulah aku terpenjara ini, 4semoga aku dapat menyatakannya dengan jelas, sebagaimana yang sewajarnya.
5 # Ef 5:16. Dekatilah orang luar dengan bijaksana, dan pergunakanlah setiap peluang dengan baik. 6#Keb 8:12.Perkataanmu hendaklah sentiasa penuh dengan kasih kurnia, digarami kebijaksanaan, supaya kamu tahu menjawab setiap orang dengan sewajarnya.
Salam akhir
7 # Kis 20:4; 2Tim 4:12. # Ef 6:21,22. Saudara kita Tikhikus yang dikasihi akan memberitahumu segala hal ehwalku. Dia seorang hamba yang beriman, dan teman sekerjaku dalam pekerjaan Tuhan. 8Aku mengutusnya kepadamu supaya dia mengetahui hal ehwal kamu dan menggalakkan hatimu. 9#Flm 1:10-12.Bersamanya ialah saudara kita Onesimus yang beriman dan dikasihi, dia orang kamu. Mereka berdua akan memberitahu kamu segala yang berlaku di sini.
10 # Kis 19:29; 27:2; Flm 1:24. Kis 12:12,25; 13:13; 15:37-39. Aristarkhus, temanku dalam penjara, berkirim salam kepadamu. Demikian juga Markus, saudara sepupu kepada Barnabas. (Kamu telah mendapat arahan tentangnya; kamu harus menyambut jika dia datang mengunjungimu.) 11Yesus,#4:11 Nama ini juga diterjemahkan sebagai Yesua. yang dipanggil Yustus, juga berkirim salam kepadamu. Mereka inilah sahaja orang bersunat yang bekerja bersamaku untuk kerajaan Allah, dan mereka menjadi penghibur hatiku.
12 # Kol 1:7; Flm 1:23. Epafras, seorang daripada kamu, juga berkirim salam kepadamu. Dia hamba Kristus Yesus dan sentiasa mendoakanmu bersungguh-sungguh, supaya kamu berdiri teguh dengan penuh keyakinan dan kematangan dalam segala yang dikehendaki Allah. 13Aku bersaksi bahawa dia amat berusaha untuk kamu dan orang di Laodikia serta di Hierapolis. 14#2Tim 4:11; Flm 1:24. 2Tim 4:10; Flm 1:24.Lukas, tabib yang dikasihi itu, pun berkirim salam kepadamu, begitu juga Demas.
15Sampaikan salamku kepada saudara-saudara di Laodikia, dan kepada Nimfa serta jemaah di rumahnya itu. 16Apabila surat ini dibacakan dalam kalanganmu, pastikan bahawa surat ini dibacakan pula dalam jemaah orang Laodikia. Kamu pula bacalah surat dari sana. 17#Flm 1:2.Katakan kepada Arkhipus, “Berilah perhatian kepada kerja yang telah kamu terima dalam Tuhan, supaya kamu dapat melaksanakannya.”
18Salam daripadaku, Paulus, dengan tulisan tanganku sendiri. Ingatlah bahawa aku terpenjara.
Semoga kasih kurnia Allah menyertaimu.

Terpilih Sekarang Ini:

Kolose 4: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk