Pengkhutbah 8:16-17

Pengkhutbah 8:16-17 AVB

Ketika kutetapkan hati untuk memahami hikmah dan melihat manusia berhemah menjalani kehidupan di dunia dengan penuh ketekunan hingga tidak tidur siang malam, nyatalah kepadaku bahawa manusia tidak dapat memahami erti segala perbuatan yang dilakukan Allah di bawah matahari. Betapa kuat ketekunan manusia berpenat lelah pun, dia tidak mampu menyelaminya. Bahkan orang bijaksana yang mendakwa dia mengetahuinya juga tidak dapat menyelaminya.