PENGKHUTBAH 8:16-17 - Compare All Versions
PENGKHUTBAH 8:16-17 BM (Alkitab Berita Baik)
Apabila aku mencuba mendapat hikmat dan memahami segala yang berlaku di dunia ini, aku sedar bahawa walaupun kita berjaga siang dan malam, kita tidak memahami perbuatan Allah. Bagaimanapun kita mencuba, kita tidak akan memahaminya. Orang yang bijaksana mengaku bahawa mereka faham, tetapi sebenarnya tidak.
Kongsi
PENGKHUTBAH 8 BMPENGKHUTBAH 8:16-17 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Ketika kutetapkan hati untuk memahami hikmah dan melihat manusia berhemah menjalani kehidupan di dunia dengan penuh ketekunan hingga tidak tidur siang malam, nyatalah kepadaku bahawa manusia tidak dapat memahami erti segala perbuatan yang dilakukan Allah di bawah matahari. Betapa kuat ketekunan manusia berpenat lelah pun, dia tidak mampu menyelaminya. Bahkan orang bijaksana yang mendakwa dia mengetahuinya juga tidak dapat menyelaminya.
Kongsi
PENGKHUTBAH 8 AVB