Kejadian 21
21
Kelahiran Ishak anak Abraham
1TUHAN memperhatikan Sarah seperti yang telah difirmankan-Nya, dan TUHAN melakukan kepada Sarah seperti yang telah dijanjikan-Nya. 2#Ibr 11:11.Maka mengandunglah Sarah, lalu melahirkan seorang anak lelaki bagi Abraham pada masa tuanya, iaitu pada waktu yang telah ditentukan, selaras dengan janji Allah kepadanya. 3Abraham menamai anaknya yang baru lahir itu Ishak,#21:3 Dlm bhs Ibrani nama Ishak bererti, ‘tertawa.’ iaitu anak yang dilahirkan Sarah baginya. 4#Kej 17:12; Kis 7:8.Lalu Abraham menyunat Ishak anaknya itu pada usia delapan hari, seperti yang diperintahkan Allah kepadanya. 5Umur Abraham seratus tahun sewaktu anaknya, Ishak, dilahirkan. 6Sarah berkata, “Allah telah membuat aku tertawa. Setiap orang yang mendengarnya akan tertawa bersama-samaku.” 7Katanya pula, “Siapakah yang dahulu dapat mengatakan kepada Abraham bahawa Sarah menyusui anak? Namun begitu, aku telah melahirkan seorang anak lelaki baginya pada masa tuanya.”
Hagar dan Ismael disuruh pergi
8Anak itu kian membesar lalu dia dicerai susu. Abraham membuat kenduri besar pada hari Ishak dicerai susu itu.
9Pada suatu hari, Sarah melihat anak yang dilahirkan Hagar, seorang perempuan Mesir, bagi Abraham, tertawa#21:9 Ada terjemahan disertakan ayat, ‘bermain dengan Ishak.’. 10#Gal 4:29,30.Maka berkatalah Sarah kepada Abraham, “Usirlah hamba perempuan itu bersama-sama anaknya, kerana anak hamba perempuan ini tidak boleh menjadi ahli waris bersama-sama anakku, Ishak.” 11Hal itu sangat menyusahkan hati Abraham kerana Ismael juga anaknya. 12#Rm 9:7; Ibr 11:18.Tetapi Allah berfirman kepada Abraham, “Janganlah bersusah hati kerana anak itu dan hamba perempuanmu itu. Semua yang dikatakan Sarah kepadamu haruslah kamu dengar, kerana keturunan daripada Ishak yang akan disebut sebagai keturunanmu. 13Namun demikian, anak daripada hamba perempuan itu pun akan Kujadikan satu bangsa, kerana dia juga keturunanmu.”
14Keesokan harinya Abraham bangun pagi-pagi. Diambilnya roti serta sebuah kantung kulit berisi air, lalu diberikan kepada Hagar dengan meletakkannya pada bahunya. Anaknya juga diserahkan lalu disuruhnya perempuan itu pergi. Maka berjalanlah Hagar dan berkelana di Gurun Bersyeba. 15Apabila kehabisan air di dalam kantung kulit itu, Hagar merebahkan anaknya di bawah sepohon pokok renek. 16Lalu pergilah dia duduk agak jauh berseberangan dengan anak itu, kira-kira sejauh jarak tembakan panah, kerana katanya, “Semoga janganlah aku melihat anak itu mati.” Sambil duduk berhadapan dari jauh dengan anaknya itu, diangkatlah suaranya dan menangis dengan nyaring.
17Allah mendengar suara anak itu, lalu malaikat Allah memanggil Hagar dari langit. Sabda-Nya kepadanya, “Ada apa dengan kamu, Hagar? Jangan takut, kerana Allah mendengar suara anak itu dari tempat dia direbahkan itu. 18Bangkitlah, angkatlah anak itu, dan tuntunlah dia, kerana Aku akan menjadikannya satu bangsa yang besar.” 19Kemudian Allah membuka mata Hagar sehingga dia melihat sebuah perigi. Maka pergilah dia mengisi kantung kulitnya dengan air, lalu memberi anak itu minum. 20Allah menyertai anak itu yang kian membesar. Dia tinggal di gurun itu lalu menjadi seorang pemanah. 21Tinggallah dia di Gurun Paran, dan seterusnya, ibunya mendapatkan seorang isteri dari Tanah Mesir untuknya.
Perjanjian Abraham dengan Abimelekh
22 # Kej 26:26. Pada waktu itu berkatalah Abimelekh dan Pikhol, panglima tenteranya, kepada Abraham, “Allah menyertai kamu dalam segala sesuatu yang kamu lakukan. 23Sekarang, bersumpahlah kepadaku di sini demi Allah bahawa kamu tidak akan bertindak curang terhadapku, terhadap anak-anakku, atau terhadap cucu-cicitku. Sebagaimana aku telah melayan kamu dengan baik, berlaku jugalah demikian terhadap aku dan terhadap negeri ini, tempat kamu tinggal sebagai pendatang.”
24Kata Abraham, “Aku bersumpah.”
25Kemudian Abraham merungut kepada Abimelekh fasal perigi yang dirampas oleh para hamba Abimelekh. 26Abimelekh menjawab, “Aku tidak tahu siapa yang melakukan hal itu. Apatah lagi, kamu tidak memberitahu fasal itu kepadaku. Belum pernah aku dengar fasalnya sehingga hari ini.” 27Maka Abraham mengambil beberapa ekor domba dan beberapa ekor lembu daripada ternakannya lalu memberikannya kepada Abimelekh dan dengan itu kedua-duanya mengikat perjanjian. 28Seterusnya Abraham mengasingkan tujuh ekor anak domba betina daripada ternakannya itu. 29Bertanyalah Abimelekh kepada Abraham, “Apakah maksudmu mengasingkan tujuh ekor anak domba betina ini?”
30Jawabnya, “Kamu hendaklah mengambil ketujuh-tujuh ekor anak domba betina ini daripada tanganku sebagai kesaksian bahawa akulah yang menggali perigi ini.” 31Maka itulah sebabnya tempat itu dinamai Bersyeba,#21:31 Dlm bhs Ibrani ‘Bersyeba’ ini bererti ‘sumur sumpah.’ kerana kedua-duanya telah mengangkat sumpah di sana.
32Setelah mereka mengikat perjanjian di Bersyeba, bersiaplah Abimelekh dan Pikhol, panglima tenteranya, lalu kembalilah mereka ke negeri orang Filistin. 33Abraham menanam sebatang pokok tamariska di Bersyeba, dan mengadakan sembah kepada TUHAN, Allah Yang Kekal. 34Tinggallah Abraham sebagai pendatang di negeri orang Filistin buat beberapa lama.
Terpilih Sekarang Ini:
Kejadian 21: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: