Kejadian 22
22
Terujinya iman Abraham
1 # Keb 10:5; Sir 44:20; Ibr 11:17-19. Selepas pelbagai peristiwa itu, Allah menguji Abraham. Firman-Nya kepadanya, “Abraham.” Jawabnya, “Ya, aku ada di sini.”
2 # 2Taw 3:1. Firman-Nya, “Bawalah anakmu, anak tunggal yang kamu kasihi, iaitu Ishak, dan pergilah ke Tanah Moria. Persembahkanlah dia di sana sebagai korban bakaran, di atas salah sebuah gunung yang akan Kusebutkan kepadamu.”
3Abraham pun bangun pagi-pagi. Dia memasang pelana pada keldainya lalu mengajak dua orang hambanya untuk menyertainya, dan juga Ishak, anaknya. Dia membelah kayu untuk korban bakaran lalu segera berangkat menuju tempat yang disebutkan Allah kepadanya. 4Pada hari ketiga, ketika Abraham melayangkan pandangannya, terlihatlah tempat itu dari jauh. 5Maka kata Abraham kepada hamba-hambanya, “Tinggallah di sini dengan keldai ini. Aku dan anak ini hendak pergi ke sana. Kami akan beribadat dan kemudian akan kembali lagi kepadamu.”
6Abraham mengambil kayu untuk korban bakaran dan menaruhnya pada bahu Ishak, anaknya. Dia sendiri membawa api dan sebilah pisau. Lalu berjalanlah kedua-duanya bersama-sama. 7Kata Ishak kepada Abraham, ayahnya, “Ayah!”
Jawabnya, “Ya, anakku?”
Kata Ishak, “Di sini ada api dan kayu api, tetapi di manakah anak domba untuk korban bakaran itu?”
8Jawab Abraham, “Allah sendirilah yang akan menyediakan bagi diri-Nya anak domba untuk korban bakaran itu, anakku.” Lalu berjalanlah kedua-duanya bersama-sama.
9 # Yak 2:21. Sesampainya mereka di tempat yang disebutkan Allah kepadanya, Abraham mendirikan sebuah mazbah, iaitu tempat pembakar korban. Dia mengatur kayu bakar, mengikat Ishak, anaknya, lalu meletakkannya di atas kayu api, di atas mazbah itu. 10Kemudian Abraham menghulurkan tangannya, mengambil pisau untuk menyembelih anaknya. 11Akan tetapi, malaikat TUHAN berseru kepadanya dari langit, “Abraham! Abraham!”
Jawabnya, “Ya, aku ada di sini.”
12Firman-Nya, “Jangan mudaratkan anak itu dan jangan kamu apa-apakan dia, kerana sekarang Aku tahu bahawa kamu takut kepada Allah dan reda menyerahkan anakmu, anakmu yang tunggal itu, kepada-Ku.”
13Apabila Abraham mengangkat mukanya dan mengamati di sekelilingnya, nampaklah di belakangnya seekor domba jantan yang tanduknya tersangkut di dalam belukar. Abraham pergi mengambil domba jantan itu, lalu menjadikannya persembahan korban bakaran untuk menggantikan anaknya. 14Maka Abraham menamai tempat itu “TUHAN menyediakan.” Oleh sebab itu sehingga kini ini orang mengatakan, “Di atas gunung TUHAN, peruntukan akan disediakan.”
15Kemudian untuk kali keduanya, malaikat TUHAN berseru kepada Abraham dari langit, 16#Ibr 6:13,14.sabda-Nya, “Demi diri-Ku sendiri Aku bersumpah, demikianlah firman TUHAN, kerana kamu telah melakukan hal ini dan dengan reda menyerahkan kepada-Ku anakmu, anak tunggalmu itu, 17#Ibr 11:12.maka pastilah Aku memberkatimu dan pastilah Aku memperbanyak keturunanmu seperti bintang di langit dan seperti pasir di tepi laut. Keturunanmu akan menguasai segala pintu gerbang#22:17 Atau: Kubu. musuh mereka, 18#Kis 3:25.dan melalui benihmu semua bangsa di bumi akan diberkati, kerana kamu telah mematuhi kata-kata-Ku.” 19Setelah itu, kembalilah Abraham kepada hamba-hambanya. Mereka pun bersiap-siap lalu pergi bersama-sama ke Bersyeba. Kemudian menetaplah Abraham di Bersyeba.
20Sesudah berbagai-bagai peristiwa itu, Abraham mendapat khabar demikian, “Ketahuilah, Milka pun telah melahirkan anak-anak lelaki bagi Nahor, saudara tuan. 21Us, anak yang sulung, kemudian Bus, adiknya, selanjutnya Kemuel (bapa Aram), 22Kesed, Hazo, Pildas, Yidlaf, dan Betuel.” 23Betuel mempunyai anak, iaitu Ribka. Kelapan-lapan orang ini dilahirkan Milka bagi Nahor, saudara Abraham. 24Selain itu, daripada gundik Nahor yang bernama Reuma lahir juga Tebah, Gaham, Tahas, dan Maakha.
Terpilih Sekarang Ini:
Kejadian 22: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: