Kejadian 36
36
Keturunan Esau
1Inilah keturunan Esau, yang juga dikenali sebagai Edom. 2#Kej 26:34.Esau memperisteri kaum perempuan Kanaan, iaitu Adah anak Elon, orang Het; Oholibama, anak Ana, anak Zibeon, orang Hewi; 3#Kej 28:9.dan juga Basmat anak Ismael, adik Nebayot. 4Untuk Esau, Adah melahirkan Elifas, Basmat melahirkan Rehuel, 5manakala Oholibama melahirkan Yeus, Yaelam, dan Korah. Itulah anak-anak Esau yang dilahirkan untuknya di Tanah Kanaan.
6Esau membawa para isterinya, para anaknya baik lelaki mahupun perempuan, semua orang yang ada di rumahnya, ternakannya, segala haiwannya, dan segala harta benda yang diperolehnya di Tanah Kanaan pergi ke sebuah negeri, jauh daripada Yakub, adiknya. 7Memang harta benda kedua-dua saudara itu terlalu banyak, sehingga tidak mungkin bagi mereka untuk tinggal bersama-sama. Selain itu, negeri tempat mereka tinggal sebagai pendatang itu pun tidak dapat menampung mereka kerana ternakan mereka begitu banyak sekali. 8Maka tinggallah Esau, iaitu Edom, di Pergunungan Seir.
9Inilah urutan salasilah Esau, leluhur orang Edom di Pergunungan Seir. 10Nama para anak Esau ialah Elifas, daripada isterinya, Adah, dan Rehuel, daripada isterinya, Basmat. 11Para anak Elifas ialah Teman, Omar, Zefo, Gaetam, dan Kenas. 12Timna, gundik Elifas anak Esau, melahirkan Amalek untuk Elifas. Itulah keturunan Adah, isteri Esau. 13Anak-anak Rehuel ialah Nahat, Zerah, Syama, dan Miza. Itulah keturunan Basmat, isteri Esau.
14Oholibama anak Ana anak Zibeon, isteri Esau, melahirkan anak iaitu Yeus, Yaelam dan Korah untuk Esau.
15Inilah para ketua kaum bani Esau. Keturunan Elifas, anak sulung Esau, menjadi ketua kaum Teman, ketua kaum Omar, ketua kaum Zefo, ketua kaum Kenas, 16ketua kaum Korah, ketua kaum Gaetam, dan ketua kaum Amalek. Itulah ketua kaum Elifas di Tanah Edom, dan itulah keturunan Adah.
17Keturunan Rehuel anak Esau menjadi ketua kaum Nahat, ketua kaum Zerah, ketua kaum Syama, dan ketua kaum Miza. Itulah ketua kaum Rehuel di Tanah Edom, dan itulah keturunan Basmat, isteri Esau.
18Keturunan Oholibama, isteri Esau, menjadi ketua kaum Yeus, ketua kaum Yaelam, dan ketua kaum Korah. Itulah para ketua keturunan kaum Oholibama anak Ana, isteri Esau itu.
19Demikianlah daftar keturunan bani Esau, iaitu Edom, dan itulah para ketua kaum mereka.
20Ini ialah anak-anak Seir,#36:20 Anak-anak Seir: Bangsa Hori, penduduk asli Tanah Edom yang dipunahkan oleh keturunan Esau (lihat Ul. 2:12). orang Hori, penduduk negeri itu, iaitu Lotan, Syobal, Zibeon, Ana, 21Disyon, Ezer, dan Disyan. Itulah keturunan Seir yang menjadi ketua kaum orang Hori di Tanah Edom.
22Anak Lotan ialah Hori dan Heman dan Timna ialah saudara perempuan Lotan.
23Anak Syobal ialah Alwan, Manahat, Ebal, Syefo, dan Onam.
24Anak Zibeon ialah Aya dan Ana. Dan Ana inilah yang menemukan mata air panas di gurun sewaktu dia menggembala keldai Zibeon, ayahnya. 25Ana mempunyai seorang anak lelaki, iaitu Disyon, dan seorang anak perempuan, iaitu Oholibama. 26Anak Disyon ialah Hemdan, Esyban, Yitran, dan Keran.
27Anak Ezer ialah Bilhan, Zaawan, dan Akan. 28Anak Disyan ialah Us dan Aran.
29Inilah ketua kaum orang Hori iaitu ketua kaum Lotan, ketua kaum Syobal, ketua kaum Zibeon, ketua kaum Ana, 30ketua kaum Disyon, ketua kaum Ezer, dan ketua kaum Disyan. Itulah susunan ketua kaum orang Hori menurut kaum mereka di Tanah Seir.
31Inilah barisan raja yang bertakhta di Tanah Edom sebelum ada seorang raja yang bertakhta di atas orang Israel: 32Bela anak Beor bertakhta di Edom, nama kotanya ialah Dinhaba.
33Setelah Bela mati, Yobab anak Zerah dari Bozra menaiki takhta menggantikannya.
34Setelah Yobab mati, Husyam dari negeri orang Teman menaiki takhta menggantikannya.
35Setelah Husyam mati, Hadad anak Bedad, yang mengalahkan orang Midian di daerah Moab, menaiki takhta menggantikannya. Nama kotanya ialah Awit.
36Setelah Hadad mati, Samla dari Masreka menaiki takhta menggantikannya.
37Setelah Samla mati, Saul dari Rehobot, yang terletak di tepi sungai, menaiki takhta menggantikannya.
38Setelah Saul mati, Baal-Hanan anak Akhbor menaiki takhta menggantikannya.
39Setelah Baal-Hanan anak Akhbor mati, Hadar menaiki takhta menggantikannya, nama kotanya ialah Pahu. Isterinya bernama Mehetabeel anak Matred anak Mezahab.
40Inilah nama pemimpin keturunan Esau menurut kaum dan tempat tinggal mereka, dengan nama masing-masing: ketua kaum Timna, ketua kaum Alwa, ketua kaum Yetet, 41ketua kaum Oholibama, ketua kaum Ela, ketua kaum Pinon, 42ketua kaum Kenas, ketua kaum Teman, ketua kaum Mibzar, 43ketua kaum Magdiel, dan ketua kaum Iram. Itulah para ketua kaum Edom menurut tempat tinggal mereka di tanah milik mereka. Itulah Esau, bapa leluhur orang Edom.
Terpilih Sekarang Ini:
Kejadian 36: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: