Kejadian 37
37
Yusuf dan saudara-saudaranya
1Yakub tinggal di negeri tempat ayahnya menjadi pendatang, iaitu di Tanah Kanaan. 2Inilah salasilah keturunan Yakub.
Maka Yusuf anaknya yang berusia tujuh belas tahun itu menggembalakan kawanan ternakan bersama-sama para saudaranya. Dia yang masih muda itu menyertai anak Bilha dan Zilpa, kedua-dua isteri ayahnya, dan Yusuf sering menyampaikan laporan yang buruk tentang saudara-saudaranya kepada ayahnya.
3Israel memang lebih mengasihi Yusuf daripada semua anaknya yang lain, kerana dialah anak yang lahir pada masa tuanya. Maka dia membuatkan untuk Yusuf sehelai jubah indah yang berlengan panjang. 4Apabila para saudaranya melihat betapa ayah mereka lebih mengasihi Yusuf berbanding dengan kesemua saudaranya, mereka pun membencinya dan tidak mahu ramah mesra jika berbicara dengannya.
5Yusuf yang mendapat satu mimpi menceritakan mimpinya itu kepada para saudaranya lalu mereka menjadi semakin benci kepadanya. 6Kata Yusuf kepada mereka, “Dengarlah mimpi yang kudapat ini. 7Sewaktu kita sedang mengikat berkas-berkas gandum di ladang, tiba-tiba berkas gandumku bangkit dan berdiri tegak, lalu datanglah berkas-berkas gandummu mengelilingi berkas gandumku dan sujud memberi hormat.”
8Kata para saudaranya kepadanya, “Masakan engkau mahu bertakhta atas kami atau berkuasa atas kami?” Tentunya mereka menjadi semakin benci kepadanya atas sebab mimpinya serta kata-katanya itu.
9Setelah itu Yusuf bermimpi suatu mimpi yang lain, lalu dia menceritakannya kepada para saudaranya, katanya, “Dengar, aku bermimpi lagi. Kelihatan matahari, bulan, dan sebelas butir bintang sujud memberi hormat kepadaku.”
10Tetapi, ketika Yusuf menceritakan mimpinya itu kepada ayahnya serta para saudaranya, ayahnya mengherdiknya dan berkata kepadanya, “Mimpi apa itu? Akankah aku, ibumu, dan para saudaramu datang dan sujud memberi hormat kepadamu?” 11#Kis 7:9.Maka para saudaranya menaruh hasad dengki terhadap dia namun ayahnya menyimpan hal itu dalam hatinya.
Yusuf dijual oleh para saudaranya
12Ketika para saudara Yusuf pergi menggembala kawanan ternakan ayah mereka dekat Sikhem, 13berkatalah Israel kepada Yusuf, “Para saudaramu sedang menggembala kawanan ternakan dekat Sikhem, bukan? Marilah, aku mahu menyuruh kamu pergi menemui mereka.”
Jawab Yusuf, “Ya, ayah.”
14Lalu dia berpesan kepada Yusuf, “Pergi dan lihatlah sama ada para saudaramu serta seluruh kawanan ternakan dalam keadaan baik. Setelah itu, kembalilah dan khabarkan kepadaku.” Lalu dia menyuruh Yusuf pergi melalui Lembah Hebron.
Yusuf pun sampai di Sikhem. 15Dia berjalan ke sana ke mari di padang, lalu bertemu dengan seorang lelaki. Tanya orang itu kepadanya, “Apakah yang kamu cari?”
16Jawabnya, “Aku mencari para saudaraku. Tolong beritahu aku, di mana mereka menggembala ternakan mereka.”
17Kata orang itu, “Mereka sudah berangkat dari sini, kerana kudengar mereka berkata, ‘Mari kita pergi ke Dotan.’ ” Maka pergilah Yusuf menyusul para saudaranya, lalu menemui mereka di Dotan.
18Para saudaranya melihat dia dari jauh. Tetapi sebelum Yusuf tiba dekat mereka, bermuafakatlah mereka untuk membunuhnya. 19Kata mereka sesama sendiri, “Lihat, si tukang mimpi itu datang! 20Sekarang, mari kita bunuh dia dan kita humban mayatnya ke dalam salah sebuah perigi di sini. Kita katakan sahaja bahawa dia dimakan oleh binatang buas. Nanti kita lihat, apa yang akan terjadi dengan segala mimpinya itu!”
21Tetapi ketika Ruben mendengar hal itu, dia berusaha menyelamatkan Yusuf daripada perbuatan tangan mereka itu. Katanya, “Jangan kita bunuh dia.” 22Kata Ruben lagi kepada mereka, “Jangan tumpahkan darah. Lemparkan dia sahaja ke dalam perigi yang ada di gurun ini, tetapi jangan cederakan dia.” Maksudnya adalah untuk menyelamatkan Yusuf daripada penganiayaan mereka dan membawanya kembali kepada ayahnya. 23Maka setibanya Yusuf di tempat para saudaranya, mereka menanggalkan jubahnya, iaitu jubah indah berlengan panjang yang dipakainya itu, 24lalu membawa dia dan melemparkannya ke dalam sebuah perigi yang kosong, tidak berair.
25Setelah itu, mereka pun duduk untuk makan roti. Ketika mendongak, mereka terlihat ada sebuah kafilah bani Ismael yang datang dari Gilead. Unta mereka sarat dengan muatan rempah-ratus, balsam, dan damar wangi#37:25 Atau: Perkataan lain: Damar wangi ialah mir. untuk dibawa ke Mesir. 26Lalu berkatalah Yehuda kepada para saudaranya, “Apa untungnya kita membunuh adik kita dan menyembunyikan darahnya? 27Mari kita jualkannya kepada bani Ismael ini. Jangan kita cederakan dia, kerana dia memang adik kita, darah daging kita.” Maka para saudaranya pun menyetujui kata-katanya. 28#Keb 10:13; Kis 7:9.Ketika para saudagar Midian itu tiba berdekatan mereka, Yusuf ditarik dan diangkat keluar dari dalam perigi, lalu dijual kepada bani Ismael itu dengan harga dua puluh keping perak. Maka kumpulan orang itu pun membawa Yusuf ke Mesir.
29Ketika Ruben kembali ke perigi itu, dilihatnya Yusuf sudah tiada di dalam perigi. Maka dia pun mengoyakkan pakaiannya. 30Dia kembali kepada para saudaranya dan berkata, “Budak itu tidak ada lagi! Ke manakah aku harus pergi sekarang?”
31Lalu mereka menyembelih seekor kambing jantan lalu mengambil jubah Yusuf dan mencelupkan jubah tersebut ke dalam darah kambing tadi. 32Setelah itu, mereka membawa jubah indah berlengan panjang itu kepada ayah mereka lalu berkata, “Kami menemukan jubah ini. Periksalah, adakah ini jubah anak Bapa atau bukan?”
33Yakub memeriksanya, lalu berkata, “Ini jubah anakku! Binatang buas menyerangnya! Pasti Yusuf telah dikoyak-koyakkan oleh binatang itu!” 34Lalu Yakub mengoyakkan pakaiannya dan mengenakan pakaian berkabung lalu diratapinya anaknya itu berhari-hari lamanya. 35Semua anaknya baik lelaki mahupun perempuan berusaha menghiburkannya, tetapi dia enggan dihiburkan. Katanya, “Tidak! Dengan meratap aku akan turun mendapatkan anakku di alam kubur.” Demikianlah Yusuf ditangisi oleh ayahnya.
36Sementara itu, di negeri Mesir Yusuf dijual oleh orang Midian itu kepada Potifar, seorang pegawai istana Firaun iaitu ketua pengawal diraja.
Terpilih Sekarang Ini:
Kejadian 37: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: