Yesaya 7
7
Yesaya dan Raja Ahas
1 # 2Raj 16:5; 2Taw 28:5,6. Pada zaman Ahas anak Yotam anak Uzia, raja Yehuda, majulah Rezin, raja Aram, dan Pekah anak Remalya, raja Israel, ke Yerusalem untuk memerangi kota itu. Namun begitu, mereka tidak dapat mengalahkannya.
2Apabila diberitahukan kepada keturunan kaum Daud, “Orang Aram bersekutu dengan orang Efraim,” maka gementarlah hati raja dan hati rakyatnya, seperti pokok di hutan yang digoyangkan angin.
3Kemudian TUHAN berfirman kepada Yesaya, “Keluarlah engkau bersama-sama anakmu Syear Yasyub dan temuilah Ahas di hujung saluran kolam atas, di jalan raya yang menuju Padang Para Dobi. 4Katakanlah kepadanya, ‘Mantapkanlah hatimu dan tenanglah. Jangan takut dan jangan tawar hati kerana dua puntung kayu bakar yang berasap ini, iaitu panasnya amarah Rezin bersama orang Aram, dan anak Remalya. 5Orang Aram bersama orang Efraim dan anak Remalya memang telah merancangkan kejahatan terhadap engkau. Mereka berkata, 6“Mari kita maju menyerang Yehuda, membuatnya ketakutan, dan menaklukkannya bagi kita, lalu kita mengangkat anak Tabeel sebagai raja di tengah-tengahnya.” ’ 7Akan tetapi, beginilah firman Tuhan ALLAH,
‘Hal itu tidak akan terlaksana
dan tidak akan terjadi,
8kerana kepala Aram ialah Damsyik,
dan kepala Damsyik ialah Rezin.
Dalam enam puluh lima tahun,
Efraim akan terpecah belah sehingga tidak lagi menjadi satu bangsa.
9Kepala Efraim ialah Samaria,
dan kepala Samaria ialah anak Remalya.
Jika kamu tidak percaya,
maka tentu kamu tidak akan kekal teguh.’ ”
Pemberitaan mengenai Immanuel
10TUHAN berfirman lagi kepada Ahas, 11“Mintalah suatu tanda daripada TUHAN, Allahmu, entah dari tempat yang terdalam atau dari tempat yang tertinggi di atas.”
12Tetapi Ahas berkata, “Aku tidak mahu meminta. Aku tidak mahu menguji TUHAN.”
13Kata Nabi Yesaya, “Dengarlah, wahai keturunan kaum Daud! Belum cukupkah kamu menguji kesabaran manusia, sehingga kamu mahu menguji kesabaran Allahku juga? 14#Mat 1:23.Oleh sebab itu Tuhan sendiri akan memberikan tanda kepadamu: Sesungguhnya, seorang anak dara akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia akan menamainya Immanuel. 15Anak itu akan makan dadih dan madu sampai dia tahu menolak yang jahat dan memilih yang baik. 16Tetapi sebelum anak itu tahu menolak yang jahat dan memilih yang baik, negeri yang kedua-dua orang raja yang kautakuti itu akan ditinggalkan.
17TUHAN akan mendatangkan kepadamu, kepada rakyatmu, dan kepada kaum keluargamu suatu zaman yang belum pernah ada sejak zaman Efraim berpisah daripada Yehuda — Dia akan mendatangkan raja Asyur.”
18Pada waktu itu TUHAN akan memberikan isyarat supaya lalat yang ada di hulu anak-anak sungai Mesir datang, begitu pula lebah yang ada di Tanah Asyur. 19Semuanya akan datang dan tinggal di lembah-lembah yang curam, di celah-celah bukit batu, di segala semak duri, dan di segala lopak berair.
20Pada hari itu, Tuhan akan menggunakan pisau cukur yang disewa dari seberang Sungai Efrat, iaitu raja Asyur, untuk mencukur rambut dan bulu kaki. Pisau itu pun akan memangkas janggut.
21Pada hari itu, orang akan memelihara seekor lembu betina muda dan dua ekor domba. 22Kerana banyaknya air susu yang dihasilkan, mereka akan makan dadih. Sungguh, dadih dan madu akan dimakan oleh semua orang yang tertinggal dalam negeri itu.
23Pada hari itu, setiap tempat yang dahulu ditumbuhi seribu batang pokok anggur yang berharga seribu keping perak akan menjadi tempat duri dan onak. 24Orang akan datang ke sana dengan anak-anak panah dan busur, kerana seluruh negeri itu tertutup oleh duri dan onak. 25Gunung mana-mana pun yang dahulu digarap dengan cangkul tidak akan kaukunjungi kerana takut kepada duri dan onak. Semua itu hanya akan menjadi tempat melepaskan lembu dan tempat domba berkeliaran.
Terpilih Sekarang Ini:
Yesaya 7: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: