Yesaya 8
8
Anak nabi sebagai tanda
1TUHAN berfirman kepadaku, “Ambillah sebuah batu tulis yang besar dan pahatkanlah di atasnya dengan huruf-huruf biasa: Maher-Syalal Has-Bas.” 2Maka aku memanggil saksi-saksi yang dapat dipercayai untuk naik saksi, iaitu Imam Uria dan Zakharia anak Yeberekhya.
3Kemudian aku menghampiri isteriku, nabiah itu lalu dia mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Lalu TUHAN berfirman kepadaku, “Namailah dia Maher-Syalal Has-Bas, 4kerana sebelum anak itu tahu menyebut, ‘Ayahku’ atau ‘Ibuku’ kekayaan Damsyik dan hasil jarahan Samaria akan diangkut ke hadapan raja Asyur.”
Penyerbuan Asyur ke Yehuda
5TUHAN berfirman lagi kepadaku demikian,
6“Kerana bangsa ini menolak
air Syiloah yang mengalir perlahan-lahan,
dan bergirang kerana Rezin serta anak Remalya,
7maka sesungguhnya Tuhan mendatangkan air sungai yang mengalir deras dan berlimpahan bagi mereka,
iaitu raja Asyur dengan segala kemuliaannya.
Air ini akan meluap melampaui segala salurannya dan akan mengalir melampaui segala tepiannya
8lalu menerobos meliputi Yehuda
dan melandanya hingga mencapai leher.
Sayap-sayapnya yang terkembang
akan memenuhi luas negerimu, wahai Immanuel!
9Hancurlah, wahai bangsa-bangsa! Bertaburanlah!
Perhatikanlah, wahai segala negeri yang jauh!
Lengkapilah dirimu, dan bertaburanlah!
Lengkapilah dirimu, dan bertaburanlah!
10Susunkanlah rancangan, tetapi itu akan dibatalkan.
Ajukanlah usul, tetapi itu tidak akan terlaksana,
kerana Allah menyertai kami.”
Yesaya terpaksa bersembunyi
11Sesungguhnya, beginilah firman TUHAN apabila tangan-Nya menguasai aku dan apabila Dia mendidik aku supaya tidak mengikuti jalan bangsa ini,
12 # 1Ptr 3:14,15. “Semua yang disebut bangsa ini sebagai persekongkolan
jangan kamu sebut persekongkolan.
Apa yang ditakuti mereka jangan kamu takuti,
dan jangan gentar kerananya.
13Tetapi TUHAN alam semesta,
Dialah yang patut kamu sebut suci,
kepada-Nyalah kamu harus takut,
dan kepada-Nyalah kamu harus gentar.
14 # 1Ptr 2:8. Dia akan menjadi suatu tempat suci.
Tetapi bagi kedua-dua keturunan kaum Israel
Dia akan menjadi batu sandungan yang menyebabkan orang tersandung
dan batu pejal yang membuat mereka terjatuh.
Bagi penduduk Yerusalem
Dia akan menjadi perangkap dan jerat.
15Ramai orang akan tersandung kepadanya,
lalu jatuh dan terluka,
terjerat dan tertangkap.”
16Tutupkanlah peringatan Ilahi ini
dan materaikanlah hukum Taurat dalam kalangan muridku.
17 # Ibr 2:13. Aku hendak menanti-nantikan TUHAN
yang menyembunyikan hadirat-Nya daripada keturunan kaum Yakub.
Aku hendak berharap kepada-Nya.
18 # Ibr 2:13. Sesungguhnya, aku dan anak-anak yang diberikan TUHAN kepadaku ialah tanda dan lambang di Israel daripada TUHAN alam semesta, yang bersemayam di Gunung Sion.
19Apabila orang berkata kepada kamu, “Carilah petunjuk daripada para pemanggil arwah serta para ahli sihir yang meracau dan terkumat-kamit,” maka jawablah, “Bukankah sesuatu bangsa patut meminta petunjuk daripada Allah mereka? Patutkah petunjuk untuk orang yang hidup dicari mereka daripada orang yang mati?”
20Carilah hukum Taurat dan peringatan Ilahi! Jika mereka tidak berbicara selaras dengan perkataan ini, maka bagi mereka tidak ada cahaya fajar.
21Mereka akan melintasi negeri itu dengan susah payah dan kelaparan. Apabila mereka lapar, mereka akan marah dan mengutuk raja serta Allah mereka sambil menengadah ke langit. 22Kemudian mereka akan memandang ke bumi, dan tampaklah kesesakan serta kegelapan, iaitu kesuraman yang menyesakkan. Lalu mereka akan dihalau ke dalam kekelaman.
Terpilih Sekarang Ini:
Yesaya 8: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: