Yesaya 9
9
Kelahiran Raja Damai
1 # Mat 4:15. Meskipun begitu, tidak akan ada lagi kesuraman bagi mereka yang dahulu berada dalam kesusahan. Pada zaman dahulu Dia memandang rendah Tanah Zebulon dan Tanah Naftali, tetapi pada kemudian hari Dia akan memuliakan jalan dekat laut di seberang Sungai Yordan, Galilea, daerah bangsa-bangsa asing.
2 # Mat 4:16; Luk 1:79. Bangsa yang berjalan dalam kegelapan
telah melihat cahaya yang gemilang.
Bagi mereka yang tinggal di negeri yang di bawah bayangan maut,
cahaya telah bersinar.
3Engkau melipatgandakan jumlah bangsa itu,
Engkau memperbesar sukacita mereka.
Mereka bersukacita di hadapan-Mu,
seperti orang bersukacita pada musim menuai,
seperti orang bergembira
apabila membahagi-bahagikan jarahan,
4kerana kuk yang ditanggung mereka
dan kayu pikulan di bahu mereka,
iaitu tongkat para penindas mereka,
telah Kauhancurkan seperti pada zaman orang Midian.
5Setiap sepatu yang berderap dalam deru peperangan
dan pakaian yang berlumuran darah
akan dibakar dan menjadi bahan bakar untuk api.
6Sesungguhnya, seorang anak telah lahir bagi kita,
seorang putera telah dikurniakan bagi kita.
Di atas bahunya tampuk pemerintahan,
dan namanya akan disebut:
Penasihat Ajaib, Allah Perkasa,
Bapa Kekal, Raja Damai.
7 # Luk 1:32,33. Pertumbuhan pemerintahan-Nya serta damai
tidak akan ada habisnya atas takhta Daud dan atas kerajaannya.
Dia akan mengukuhkan dan menopangnya dengan keadilan dan perbenaran dari sekarang untuk selama-lamanya.
Semangat TUHAN alam semesta,
yang meluap-luap bagi umat-Nya
akan membuat semua hal ini terjadi.
Murka Allah terhadap Efraim
8Tuhan menyampaikan firman kepada Yakub dan firman itu akan menimpa Israel.
9Seluruh bangsa itu akan mengetahuinya,
iaitu Efraim dan penduduk Samaria,
yang berkata dalam keangkuhan dan kesombongan hatinya,
10“Tembok bata telah roboh!
Tetapi kita akan membina kembali dengan batu pahat.
Pokok-pokok ara telah ditebang!
Tetapi kita akan menggantikannya dengan pokok-pokok araz.”
11TUHAN membangkitkan lawan-lawan Rezin untuk menyerang mereka
dan menggerakkan musuh-musuh mereka.
12Orang Aram dari timur dan orang Filistin dari barat
melahap Israel dengan mulut ternganga.
Meskipun semua ini terjadi, belum juga murka-Nya surut,
dan tangan-Nya masih tetap terhulur.
13Tetapi bangsa itu tidak kembali kepada Dia yang masih menghulurkan tangan-Nya,
dan tidak mencari hadirat TUHAN alam semesta.
14Oleh sebab itu TUHAN akan mengerat dari Israel baik kepala mahupun ekor,
baik pelepah palma mahupun gelagah dalam sehari sahaja.
15Para tua-tua dan yang terhormat, itulah kepala,
sedangkan para nabi yang mengajarkan dusta, itulah ekor.
16Para pemimpin menyesatkan bangsa ini,
dan orang yang dipimpin mereka menjadi kacau.
17Oleh sebab itu Tuhan tidak bersukacita dengan kaum muda mereka,
dan tidak mengasihani anak-anak yatim serta balu-balu mereka,
kerana mereka semua munafik dan jahat,
setiap mulut mengucapkan kekejian.
Meskipun semua ini terjadi,
belum juga murka-Nya surut
dan tangan-Nya masih tetap terhulur.
18Sungguh, kefasiqan menyala-nyala seperti api, melahap duri dan onak,
membakar belukar di hutan sehingga asapnya berkepul-kepul naik.
19Oleh murka TUHAN alam semesta,
negeri itu hangus,
dan bangsa itu menjadi seperti bahan bakar untuk api.
Tiada seorang pun menyayangkan saudaranya.
20Mereka merenggut di sebelah kanan tetapi tetap lapar,
mereka makan di sebelah kiri tetapi tidak juga kenyang.
Masing-masing memakan daging lengannya sendiri.
21Manasye memakan Efraim, Efraim memakan Manasye,
dan bersama-sama mereka melawan Yehuda.
Meskipun semua ini terjadi,
belum juga murka-Nya surut,
dan tangan-Nya masih tetap terhulur.
Terpilih Sekarang Ini:
Yesaya 9: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited

: