Lukas 8

8
Beberapa orang perempuan menyertai Yesus
1Tidak lama kemudian, Yesus pergi dari bandar ke bandar dan dari kampung ke kampung untuk menyampaikan perkhabaran baik tentang kerajaan Allah. Dua belas murid itu pergi bersama-Nya. 2#Mat 27:55,56; Mrk 15:40,41; Luk 23:49.Begitu juga beberapa orang perempuan yang telah disembuhkan daripada kerasukan roh iblis dan daripada berbagai-bagai penyakit, iaitu Maria (yang disebut orang Magdalena) yang daripadanya telah diusir tujuh roh iblis; 3Yohana, isteri Khuza, pegawai istana Raja Herodes; Susana dan ramai perempuan lain yang menggunakan harta benda mereka untuk membantu Yesus serta murid-murid-Nya.
Ibarat tentang seorang penyemai
4Ketika orang ramai sedang berkumpul, dan orang dari beberapa buah bandar terus-menerus datang kepada-Nya, Dia menceritakan suatu ibarat: 5“Seorang penyemai pergi menabur benihnya. Semasa dia menabur, ada yang jatuh di tepi jalan dan dipijak orang lalu dimakan burung di udara. 6Ada pula yang jatuh di tempat berbatu, dan setelah bercambah, tumbuhan itu menjadi layu kerana kurangnya air. 7Ada pula yang jatuh di tengah-tengah semak duri, lalu semak membesar bersama-sama dan membantutkannya. 8Tetapi ada benih yang jatuh di tanah yang subur lalu bertunas dan mengeluarkan hasil seratus ganda.”
Kemudian Yesus berseru, “Sesiapa yang bertelinga, dengarlah!”
Maksud ibarat itu
9Murid-murid Yesus bertanya kepada-Nya, “Apakah erti ibarat ini?” 10#Yes 6:9.Yesus berkata, “Kamu telah diberi anugerah untuk mengetahui rahsia kerajaan syurga, tetapi orang lain diberitahu melalui ibarat, supaya mereka terus melihat tetapi tidak nampak, mereka terus mendengar tetapi tidak mengerti.”
Yesus menerangkan ibarat penyemai
11“Inilah maksud ibarat tadi: Benih itu ialah firman Allah. 12Benih yang jatuh di tepi jalan itu menggambarkan mereka yang mendengar firman itu tetapi kemudian Iblis datang dan mengambil firman itu daripada hati mereka supaya mereka tidak percaya dan diselamatkan. 13Benih yang jatuh di tempat berbatu itu bermaksud mereka yang mendengar firman itu dan terus menerima firman itu dengan sukacita tetapi mereka tidak berakar. Mereka itu hanya percaya untuk seketika dan pada waktu dugaan, iman mereka pun luntur. 14Benih yang jatuh di tengah-tengah semak duri itu ialah mereka yang telah mendengar firman itu, tetapi dalam hidup sehari-hari mereka terhimpit oleh kerunsingan dan kekayaan serta kesenangan hidup sehingga mereka tidak menghasilkan buah yang matang. 15Benih yang ditabur di tanah yang baik bermaksud orang yang mendengar firman itu dan menyimpannya dalam hati yang tulus ikhlas lalu dengan usaha tekun dia mengeluarkan buah.”
Pelita di bawah pasu
16 # Mat 5:15; Luk 11:33. “Tiada seorang pun memasang pelita lalu menutupinya dengan sebuah pasu atau meletakkannya di bawah katil. Tetapi dia meletakkannya di atas kaki pelita supaya orang yang masuk dapat melihat cahayanya.
17 # Mat 10:26; Luk 12:2. Tiada sesuatu pun yang tersembunyi yang tidak didedahkan; tiada sesuatu rahsia pun yang tidak diketahui.
18 # Mat 25:29; Luk 19:26. Oleh sebab itu, berhati-hatilah bagaimana kamu mendengar. Sesiapa yang mempunyai sesuatu akan diberi lebih banyak lagi; tetapi sesiapa yang tidak mempunyai sesuatu, sedikit yang disangka ada padanya pun akan diambil daripadanya.”
Ibu Yesus dan saudara-saudara-Nya
19Ibu Yesus dan saudara-saudara-Nya#8:19 Atau: Adik-beradik-Nya datang tetapi mereka tidak dapat bertemu dengan-Nya kerana kesesakan orang ramai. 20Yesus diberitahu, “Ibu dan saudara-saudara-Mu ada di luar dan hendak bertemu dengan-Mu.”
21Yesus menjawab kepada mereka, “Ibu-Ku dan saudara-saudara-Ku ialah mereka yang mendengar firman Allah dan melaksanakannya.”
Yesus meredakan ribut
22Pada suatu hari Yesus bersama murid-murid-Nya menaiki sebuah perahu. Yesus berkata kepada mereka, “Marilah kita pergi ke seberang tasik.” Lalu mereka bertolak. 23Ketika mereka sedang belayar, Yesus tertidur. Angin ribut bertiup ke tasik itu dan perahu itu pun dimasuki air sehingga mereka cemas. 24Para murid-Nya datang kepada Yesus dan membangunkan-Nya. Mereka berkata, “Tuan, Tuan, kita hampir karam!”
Yesus bangun lalu menegur angin dan ombak yang bergelora itu. Ribut itu pun berhenti dan segalanya tenang. 25Yesus berkata kepada mereka, “Di manakah kepercayaanmu?”
Mereka pun menjadi takut dan tercengang sambil berkata sesama sendiri, “Siapakah Dia ini sehingga angin dan ombak pun mengikut perintah-Nya?”
Yesus menyembuhkan seorang yang dirasuk roh iblis
26Mereka belayar ke daerah Gerasa yang di seberang Galilea. 27Setelah Yesus mendarat, seorang lelaki dari bandar itu datang menemui-Nya. Orang itu telah dirasuk roh-roh iblis dan sudah lama dia tidak berpakaian. Dia tidak tinggal di rumahnya lagi tetapi di gua kubur. 28Ketika dia melihat Yesus, dia berteriak lalu sujud di hadapan-Nya dan berseru dengan suara keras, “Apa urusan-Mu dengan aku, ya Yesus, Anak Allah Yang Maha Tinggi? Aku minta janganlah seksa aku.” 29Dia berkata demikian kerana Yesus telah memerintah roh jahat itu keluar daripadanya. Dia sering kali dikuasai oleh roh jahat itu. Oleh sebab itu, dia dikawal ketat dan tangan serta kakinya dirantai orang. Tetapi dia dapat memutuskan rantai itu dan dibawa oleh roh jahat ke padang gurun.
30Yesus bertanya kepadanya, “Siapakah namamu?”
Dia menjawab, “Legion” kerana dia telah dirasuk oleh ramai roh iblis. 31Roh-roh iblis itu memohon kepada Yesus supaya tidak menghalau mereka ke neraka.
32Kebetulannya, di bukit itu ada sekawan babi sedang makan. Roh-roh iblis itu memohon kepada Yesus supaya Dia membenarkan mereka masuk ke dalam babi-babi itu dan Yesus membenarkannya. 33Roh-roh iblis itu keluar daripada orang tadi dan masuk ke dalam babi. Kemudian kawanan babi itu menyerbu ke tempat curam dan terjun ke dalam tasik lalu mati lemas.
34Setelah penjaga-penjaga babi itu menyaksikan apa yang telah terjadi, mereka berlari untuk menyebarkan hal itu di bandar dan di kampung-kampung sekitarnya. 35Orang ramai pun keluar untuk melihat apa yang telah terjadi. Mereka datang kepada Yesus dan mendapati orang yang telah dibebaskan daripada roh-roh iblis itu duduk di kaki Yesus. Orang itu berpakaian dan sudah siuman. Oleh itu, mereka pun ketakutan. 36Orang yang telah menyaksikan kejadian itu menceritakan kepada mereka bagaimana orang yang kerasukan roh iblis itu telah disembuhkan. 37Lalu semua penduduk daerah Gerasa meminta Yesus supaya meninggalkan mereka kerana mereka ketakutan. Yesus pun menaiki perahu untuk pulang.
38Orang yang telah dibebaskan daripada roh-roh iblis itu meminta Yesus membenarkan dia mengikut bersama-Nya tetapi Yesus menyuruh dia pulang 39dan berkata, “Pulanglah ke rumahmu dan khabarkanlah segala yang dilakukan Allah untukmu.” Orang itu pergi menyebarkan segala yang dilakukan Yesus untuknya di seluruh bandar itu.
Anak perempuan Yairus dan perempuan yang menyentuh jubah Yesus
40Sekembalinya Yesus ke seberang tasik, orang ramai pun menyambut-Nya kerana mereka menanti-nantikan-Nya. 41Seorang lelaki yang bernama Yairus, iaitu ketua saumaah #8:41 Saumaah: Tempat ibadat bani Israel. Juga dikenali sebagai rumah ibadat.datang kepada-Nya. Dia sujud pada kaki Yesus dan memohon kepada-Nya supaya datang ke rumahnya 42kerana anak perempuan tunggalnya yang berumur dua belas tahun hampir mati.
Semasa Yesus berjalan, orang ramai itu mengasak-Nya dari semua pihak. 43Di situ ada seorang wanita yang menghidap penyakit pendarahan selama dua belas tahun dan walaupun dia telah menghabiskan segala harta bendanya untuk mendapatkan rawatan daripada beberapa orang tabib, dia tidak dapat disembuhkan oleh sesiapa pun. 44Wanita itu mendekati Yesus dari belakang lalu menyentuh hujung jubah-Nya. Seketika itu juga, penyakit pendarahannya sembuh. 45Yesus berkata, “Siapakah yang menyentuh Aku?”
Apabila semua orang menafikannya, Petrus berkata, “Tuan, orang ramai ini menghimpit dan mengasak Tuan.”
46Tetapi Yesus berkata, “Ada orang menyentuh Aku kerana Aku tahu bahawa kuasa telah keluar daripada-Ku.” 47Apabila perempuan itu mengetahui perbuatannya tidak dapat disembunyikan, dia datang dengan gementar lalu sujud di hadapan Yesus dan menceritakan kepada-Nya di hadapan orang ramai itu sebabnya dia menyentuh Yesus serta bagaimana dia sembuh seketika itu juga. 48Yesus berkata kepadanya, “Anak-Ku, imanmu telah menyembuhkanmu. Pergilah dengan sejahtera.”
49Sementara Yesus masih berkata-kata, seorang utusan datang dari rumah ketua saumaah dan berkata kepada ketua itu, “Anak perempuan tuan telah mati. Tidak usah menyusahkan Guru lagi.”
50Yesus mendengar ini dan berkata kepada ketua itu, “Jangan takut, percaya sahaja dan anakmu akan dipulihkan.”
51Apabila tiba ke rumah itu, Yesus tidak membenarkan sesiapa pun masuk bersama-sama selain Petrus, Yohanes dan Yakobus serta ibu bapa budak itu. 52Semua orang menangis dan meratapi kematian budak itu. Yesus berkata, “Janganlah menangis. Dia bukan mati, dia cuma tidur.”
53Mereka mentertawakan Yesus kerana mereka mengetahui anak itu telah mati. 54Tetapi Yesus memegang tangan budak itu dan berseru, “Anak-Ku, bangunlah!” 55Roh budak itu kembali dan dia bangun seketika itu juga. Lalu Yesus menyuruh mereka memberi budak itu makanan. 56Ibu bapanya kagum tetapi Yesus melarang mereka mengatakan apa-apa tentang kejadian itu kepada sesiapa pun.

Terpilih Sekarang Ini:

Lukas 8: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk