Matius 17
17
Yesus dimuliakan di atas gunung
1Enam hari kemudian, Yesus membawa Petrus, Yakobus dan Yohanes, saudara Yakobus, pergi bersunyi di atas sebuah gunung yang tinggi. 2Di situ Yesus berubah rupa di hadapan mata mereka. Wajah-Nya bersinar seperti matahari dan pakaian-Nya putih berkilau-kilauan. 3Elia dan Musa muncul pula di hadapan mereka lalu bercakap dengan Yesus.
4Petrus berkata kepada Yesus, “Tuhan, baik sekali kami ada di sini. Kalau Engkau mahu, biar kudirikan tiga buah khemah; satu untuk Engkau, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Elia.”
5 # Kej 22:2; Mzm 2:7; Yes 42:1; Mat 3:17; 12:18; Mrk 1:11; Luk 3:22. Ul 18:15. # 2Ptr 1:17,18. Sedang Petrus berkata-kata, segumpal awan yang bersinar-sinar meliputi mereka. Dari awan itu kedengaran suara berkata, “Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan. Dengarlah kata-kata-Nya!”
6Mendengar suara itu, para murid Yesus ketakutan lalu meniarap di tanah. 7Yesus datang menyentuh mereka sambil berkata, “Bangunlah. Jangan takut.” 8Apabila mereka menengadah ke atas, mereka tidak melihat sesiapa pun selain Yesus.
9Mereka turun dari atas gunung itu. Yesus mengeluarkan perintah, “Jangan beritahu sesiapa pun apa yang telah kamu lihat, selagi Anak Manusia belum dibangkitkan daripada kematian.”
10 # Mal 4:5. Para murid Yesus bertanya kepada-Nya, “Mengapa ahli Taurat berkata Elia mesti datang dahulu?”
11 # Sir 48:10. Yesus menjawab, “Memang benar Elia mesti datang dahulu untuk memulihkan segala sesuatu. 12#Mat 11:14.Tetapi sesungguhnya Aku berkata kepadamu, Elia sudah pun datang tetapi orang tidak mengenalnya. Mereka berbuat sesuka hati kepadanya. Begitulah mereka akan lakukan kepada Anak Manusia.” 13Ketika itu barulah para murid Yesus faham bahawa yang dimaksudkan-Nya ialah Yohanes Pembaptis.
Anak lelaki yang kerasukan roh iblis disembuhkan
14Setelah Yesus dan ketiga-tiga orang murid-Nya itu kembali kepada orang ramai, seorang lelaki datang berlutut di hadapan-Nya. 15Lelaki itu berkata, “Tuhan, kasihanilah anakku! Dia menghidap sakit gila babi dan penyakitnya sungguh teruk. Sering kali dia terjatuh ke dalam air atau api. 16Aku sudah pun membawanya kepada murid-murid-Mu, tetapi mereka tidak dapat menyembuhkannya.”
17Yesus menjawab, “Hai angkatan yang tidak percaya dan sesat ini. Berapa lama lagikah Aku mesti ada bersamamu? Berapa lama lagikah Aku mesti bersabar denganmu? Bawa anak itu ke sini!” 18Yesus mengherdik roh iblis itu. Roh iblis itu pun keluar daripada anak itu lalu dia sembuh serta-merta.
19Para murid Yesus mendapatkan-Nya dan bertanya ketika tiada orang lain di situ, “Mengapa kami tidak dapat menghalau roh iblis itu?”
20 # Mat 21:21; Mrk 11:23; 1Kor 13:2. Yesus menjawab, “Ini kerana kepercayaanmu tipis. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada gunung, ‘Beralihlah ke situ!’ maka bukit itu akan beralih. Tidak ada satu pun yang mustahil bagi kamu.#17:20 Atau: Kamu dapat melakukan apa sahaja. 21Jenis ini hanya dapat dihalau dengan berdoa dan berpuasa.”
22Ketika semua murid Yesus berhimpun di Galilea, Yesus berkata kepada mereka, “Anak Manusia akan diserahkan kepada manusia. 23Mereka akan membunuh-Nya, tetapi Dia akan dibangkitkan semula pada hari ketiga.” Mendengar kata-kata itu, para murid Yesus berdukacita.
Membayar cukai
24 # Kel 30:13; 38:26. Apabila Yesus dan murid-murid-Nya sampai di Kapernaum, pemungut-pemungut cukai dua dirham datang kepada Petrus lalu bertanya, “Adakah gurumu membayar cukai Bait Suci?”
25Petrus menjawab, “Tentu sekali.”
Sebaik-baik Petrus masuk ke rumah, sebelum dia dapat berkata apa-apa, Yesus bertanya, “Simon, bagaimana pandanganmu, daripada siapakah raja-raja dunia ini memungut cukai, daripada anak-anak mereka atau orang lain?”
26“Orang lain,” jawab Petrus.
“Kalau begitu,” kata Yesus, “anak-anak tidak perlu membayar. 27Tetapi usahlah kita singgung perasaan orang. Pergilah memancing di laut. Ambillah ikan pertama yang kautangkap, dan bukalah mulutnya. Engkau akan mendapati sekeping duit syiling sebesar empat dirham. Ambillah duit itu dan berikan kepada mereka, untuk-Ku dan untukmu.”
Terpilih Sekarang Ini:
Matius 17: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited