Markus 10
10
Perceraian
1Setelah itu, Yesus beredar dari situ lalu pergi ke daerah Yudea dan daerah di seberang Sungai Yordan. Ramai sekali orang yang datang kepada-Nya, dan seperti biasa, Dia pun mengajar mereka.
2Beberapa orang Farisi datang kepada Yesus dan menduga-Nya. Mereka bertanya, “Menurut hukum, bolehkah seseorang menceraikan isterinya?”
3Dia menjawab, “Apa yang diperintahkan oleh Musa kepadamu?”
4 # Ul 24:1-4; Mat 5:31. Mereka berkata, “Musa membenarkan seseorang lelaki menulis surat cerai dan menyuruh isterinya pergi.”
5Yesus menjawab mereka, “Disebabkan hati kamu begitu tegar, Musa menuliskan peraturan itu. 6#Kej 1:27; 5:2.Tetapi sejak alam dicipta, Allah ‘telah menjadikan lelaki dan perempuan.’ 7#Kej 2:24.‘Itulah maka seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, 8lalu mereka berdua menjadi satu.’ Maka mereka bukan lagi dua tetapi satu. 9Apa yang telah disatukan oleh Allah, janganlah manusia pisahkan.”
10Di dalam rumah, murid-murid-Nya bertanya lagi kepada-Nya tentang hal ini. 11#Mat 5:32; 1Kor 7:10,11.Dia menjawab, “Sesiapa yang menceraikan isterinya dan berkahwin dengan perempuan lain, berzina. 12Begitu juga, jika seseorang wanita menceraikan suaminya dan berkahwin dengan lelaki lain, dia berzina.”
Yesus memberkati kanak-kanak
13Selepas itu, orang membawa kanak-kanak kecil kepada-Nya supaya Dia menyentuh mereka, tetapi murid-murid-Nya memarahi mereka. 14Tetapi apabila Yesus melihat hal itu, Dia sungguh tidak menyenanginya, lalu berkata, “Biarkan kanak-kanak kecil itu datang kepada-Ku; jangan larang mereka, kerana orang yang seperti itulah yang empunya Kerajaan Allah. 15#Mat 18:3.Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang tidak menerima kerajaan Allah seperti seorang anak kecil, tidak akan masuk ke dalamnya.” 16Yesus mendukung dan mendakap kanak-kanak kecil itu, meletakkan tangan-Nya ke atas mereka, dan memberkati mereka.
Orang yang kaya itu
17Ketika Dia sedang melangkah ke jalan, seorang datang berlari-lari, berlutut kepada-Nya dan bertanya, “Wahai Guru yang baik, apakah yang harus aku buat untuk mewarisi hidup yang kekal?”
18Yesus berkata kepadanya, “Mengapa kamu mengatakan Aku baik? Tiada siapa yang baik kecuali Allah. 19#Kel 20:13; Ul 5:17. Kel 20:14; Ul 5:18. Kel 20:15; Ul 5:19. Kel 20:16; Ul 5:20. Kel 20:12; Ul 5:16.Engkau mengetahui perintah-perintah Allah: ‘Jangan berzina, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan memberi kesaksian palsu, jangan mungkir, hormatilah ibu bapamu.’ ”
20Orang itu menjawab, “Guru, semua ini telah kutaati dari usia muda lagi.”
21Yesus memandangnya dengan penuh kasih lalu berkata, “Ada satu kekuranganmu. Pergilah, jual segala yang ada padamu dan sedekahkan kepada orang miskin, maka kamu akan mendapat harta di syurga. Sesudah itu datanglah dan ikut Aku.” 22Tetapi orang itu sedih mendengar kata-kata ini lalu pergi dengan dukacita, kerana dia mempunyai banyak harta.
23Kemudian Yesus memandang sekeliling dan berkata kepada murid-murid-Nya, “Betapa susahnya bagi orang kaya memasuki kerajaan Allah!”
24Para murid-Nya kehairanan mendengar kata-kata-Nya. Tetapi Yesus berkata lagi, “Anak-anak-Ku, betapa susahnya untuk memasuki kerajaan Allah! 25Lebih mudah bagi seekor unta memasuki lubang jarum daripada seorang kaya memasuki kerajaan Allah.”
26Para murid-Nya berasa sungguh hairan, lalu berkata sama sendiri, “Kalau begitu, siapakah yang dapat diselamatkan?”
27Sambil memandang mereka Yesus menjawab, “Bagi manusia hal itu mustahil, tetapi tidak bagi Allah; tidak ada satu pun yang mustahil bagi Allah.”
28Kemudian Petrus berkata kepada-Nya, “Kami telah meninggalkan segala-galanya untuk mengikut-Mu!”
29Yesus menjawab, “Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, setiap orang yang telah meninggalkan rumah, saudara lelaki, saudara perempuan, ibu bapa, anak-anak, atau ladang untuk-Ku dan untuk Injil 30pasti akan menerima seratus kali ganda dalam dunia ini (rumah, saudara lelaki, saudara perempuan, ibu, anak-anak dan ladang, serta penganiayaan) dan pada kemudian hari, hidup kekal. 31#Mat 20:16; Luk 13:30.Tetapi ramai orang yang terdahulu akan menjadi terakhir, dan yang terakhir akan menjadi yang terdahulu.”
Yesus memberitahu lagi tentang kematian-Nya
32Ketika mereka dalam perjalanan, menuju ke Yerusalem, dan Yesus mendahului mereka, maka mereka sungguh takjub. Sambil mengikut-Nya, mereka berasa takut. Kemudian Dia membawa murid-Nya yang dua belas itu ke samping lalu memberitahu mereka apa yang akan terjadi kepada-Nya. 33Kata-Nya, “Dengarlah, kita sekarang pergi ke Yerusalem. Anak Manusia akan dikhianati dan diserahkan kepada ketua-ketua imam dan ahli-ahli Taurat. Mereka akan menjatuhkan hukuman mati kepada-Nya dan menyerahkan-Nya ke tangan bangsa asing. 34Mereka akan mengejek-Nya, menyebat-Nya, meludahi-Nya, dan membunuh-Nya. Pada hari ketiga Dia akan bangkit semula.”
Permintaan Yakobus dan Yohanes
35Kemudian Yakobus dan Yohanes, anak-anak Zebedeus, datang kepada-Nya lalu berkata, “Guru, kami mahu Engkau membuat apa-apa yang kami minta untuk diri kami.”
36Yesus bertanya kepada mereka, “Apa yang kamu mahu Aku buat untukmu?”
37Mereka berkata kepada-Nya, “Kurniailah kami duduk di kiri dan kanan-Mu dalam kemuliaan-Mu.”
38 # Luk 12:50. Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Kamu tidak tahu apa yang kamu minta itu. Sanggupkah kamu minum dari cawan yang Kuminum, dan dibaptiskan dengan baptisan yang Kuterima?”
39“Sanggup,” jawab mereka.
Yesus berkata kepada mereka, “Memang kamu akan minum dari cawan yang Kuminum dan dibaptiskan dengan baptisan yang Kuterima. 40Tetapi untuk duduk di kiri dan kanan-Ku bukanlah Aku memberikannya, tetapi tempat itu milik mereka yang telah disediakan bagi mereka.”
41Apabila sepuluh murid Yesus yang lain mendengar perkara itu, mereka marah kepada Yakobus dan Yohanes. 42#Luk 22:25,26.Tetapi Yesus memanggil mereka kepada-Nya lalu berkata, “Kamu tahu bahawa orang yang dianggap sebagai pemerintah bangsa asing memerintah rakyat dengan kuku besi, dan orang besar melaksanakan kekuasaan ke atas mereka. 43#Mat 23:11; Mrk 9:35; Luk 22:26.Ini tidak harus berlaku dalam kalanganmu. Sesiapa yang ingin menjadi orang besar dalam kalanganmu mestilah melayan kamu. 44Sesiapa yang ingin menjadi orang yang pertama haruslah menjadi hamba kepada semua. 45Demikianlah Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayan tetapi untuk melayan, dan untuk menyerahkan nyawa-Nya sebagai tebusan bagi ramai orang.”
Yesus menyembuhkan Bartimeus
46Setelah itu, mereka tiba di Yerikho. Kemudian, ketika Dia keluar dari situ dengan murid-murid-Nya dan orang ramai itu, seorang buta bernama Bartimeus anak Timeus, sedang duduk mengemis di tepi jalan. 47Ketika dia mendengar bahawa yang lalu itu Yesus orang Nazaret, dia berseru, “Yesus, Anak Daud, kasihanilah aku!”
48Ramai orang memarahinya dan menyuruhnya diam, tetapi dia semakin kuat berseru, “Anak Daud, kasihanilah aku!”
49Oleh itu, Yesus berhenti dan memberikan perintah supaya dia dipanggil.
Mereka pun memanggil orang buta itu sambil berkata, “Bergembiralah! Dan bangkitlah! Dia memanggilmu.” 50Orang buta itu mencampakkan jubahnya ke tepi lalu bangkit dan pergi kepada Yesus.
51Kata Yesus kepadanya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?”
Jawab orang itu, “Rabbi, aku ingin melihat.”
52Yesus menjawab, “Pergilah, imanmu telah menyembuhkanmu.” Serta-merta orang itu dapat melihat, lalu mengikut Yesus dalam perjalanan-Nya.
Terpilih Sekarang Ini:
Markus 10: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited