Amsal 26

26
1Seperti salji pada musim kemarau dan hujan pada musim menuai,
demikianlah kehormatan tidak patut bagi orang bodoh.
2Seperti tangkasnya terbang burung pipit dan mengapungnya burung layang-layang,
demikianlah kutukan tanpa alasan tidak akan hinggap pada sasarannya.
3Cemeti bagi kuda, kekang bagi keldai,
dan rotan bagi belakang si orang bodoh.
4Jangan menjawab orang bodoh menurut kebodohannya,
supaya jangan engkau sendiri menjadi sama dengannya.
5Jawablah orang bodoh sepadan dengan kebodohannya,
supaya jangan dia menganggap dirinya bijaksana.
6Seperti memotong kaki sendiri dan menghirup kekerasan,
demikianlah orang yang mengirim pesan melalui tangan si bodoh.
7Seperti kaki orang tempang yang terkulai,
demikianlah pepatah di mulut orang bodoh.
8Seperti orang mengikat batu pada tarbil,
demikianlah orang yang memberi hormat kepada orang bodoh.
9Seperti duri menusuk tangan pemabuk,
demikianlah pepatah di mulut orang bodoh.
10Seperti pemanah yang melukai setiap orang,
demikianlah orang yang mengupah si bodoh atau sesiapa sahaja yang lalu-lalang.
11 # 2Ptr 2:22. Seperti anjing menjilat muntahnya kembali,
demikianlah orang bodoh yang mengulangi kebodohannya.
12Adakah engkau memperhatikan orang yang menganggap dirinya arif?
Orang yang bodoh ada lebih banyak harapan daripada dia.
13Kata si pemalas, “Ada singa di jalan!
Ada singa berkeliaran di tengah-tengah jalan!”
14Seperti pintu berputar pada engselnya,
demikianlah si pemalas di tempat tidurnya.
15Si pemalas mencelup tangannya ke dalam pinggan,
tetapi dia terlalu penat untuk membawanya semula ke mulutnya.
16Si pemalas menganggap dirinya lebih bijak
daripada tujuh orang yang dapat menjawab dengan bijaksana.
17Seperti orang yang menangkap telinga anjing yang sedang lalu,
demikianlah orang yang masuk campur perbalahan yang bukan urusannya.
18Seperti orang gila menembakkan panah api, anak panah, dan maut,
19demikianlah orang yang menipu jirannya
lalu berkata, “Bukankah aku hanya bersenda gurau?”
20Kerana kayu habis, padamlah api,
dan jika tidak ada pemfitnah, redalah pertengkaran.
21Sebagaimana arang untuk bara dan kayu untuk api,
demikianlah orang yang suka bertengkar mengapi-apikan pertikaian.
22Kata-kata pemfitnah seperti makanan lazat,
semuanya turun jauh ke dalam lubuk hati orang.
23Seperti tembikar bersalut keladak perak,
demikianlah bibir yang manis dengan hati yang jahat.
24Si pembenci berpura-pura dengan bibirnya,
tetapi dalam hatinya ia menyimpan tipu daya.
25Meskipun bicaranya ramah, jangan percaya kepadanya,
kerana tujuh kekejian ada dalam hatinya.
26Sekalipun kebenciannya ditutupi tipu daya,
kejahatannya akan nyata dalam jemaah.
27 # Sir 27:25-27. Sesiapa menggali lubang akan terperosok ke dalamnya,
dan batu yang digulingkan orang akan kembali menimpa dirinya.
28Lidah dusta membenci orang yang disakitinya,
dan mulut yang penuh pujuk rayu membawa kehancuran.

Terpilih Sekarang Ini:

Amsal 26: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk