Amsal 29
29
1Orang yang kerap kali ditegur tetapi tetap berdegil
akan tiba-tiba binasa dan tidak dapat dipulihkan lagi.
2Ketika orang benar bertambah ramai, bersukacitalah rakyat,
tetapi ketika orang durjana memerintah, mengeluhlah rakyat.
3Sesiapa menyukai hikmah, menyukakan ayahnya,
tetapi orang yang bergaul dengan pelacur memboroskan hartanya.
4Raja menegakkan negeri dengan keadilan,
tetapi orang yang menerima rasuah meruntuhkannya.
5Orang yang mengampu jirannya
membentangkan jaring bagi kakinya.
6Orang yang jahat terjerat oleh pelanggarannya,
tetapi orang benar bersorak-sorai dan bersukacita.
7Orang benar prihatin fasal hak orang miskin,
tetapi orang durjana tidak memahami hal sedemikian.
8Para pencemuh membuat kota bergejolak,
tetapi orang bijak menyurutkan amarah.
9Jika orang bijaksana berperkara dengan orang bodoh,
orang bodoh itu marah dan mencemuh, akibatnya tidak ada ketenangan.
10Kalangan yang suka menumpahkan darah membenci orang yang tidak bersalah,
dan mereka menginginkan nyawa orang yang tulus.
11Orang bodoh melampiaskan segala kemarahannya,
tetapi orang bijaksana menahan diri.
12Jika seorang penguasa mendengar kata-kata dusta,
maka semua pegawainya menjadi durjana.
13Si miskin dan si penindas mempunyai persamaan:
TUHAN yang membuat mata kedua-duanya bersinar.
14Jika raja mengadili orang miskin dengan adil,
maka takhta kerajaannya akan sentiasa kukuh.
15Rotan dan teguran memberikan hikmah,
tetapi anak yang dibiarkan sahaja mendatangkan malu bagi ibunya.
16Ketika orang durjana bertambah ramai, bertambah pulalah pelanggaran,
tetapi orang benar akan melihat kejatuhan mereka.
17Didiklah anakmu, maka dia akan memberikan ketenteraman kepadamu,
dan menyukakan hatimu.
18Tanpa hidayah, rakyat tidak terkendali,
tetapi berbahagialah orang yang berpegang teguh pada Hukum Taurat.
19 # Sir 33:25-30. Seorang hamba tidak dapat diajar dengan kata-kata sahaja,
kerana sekalipun dia mengerti, dia tidak mengendahkannya.
20Adakah engkau memperhatikan orang yang bercakap dengan terburu-buru?
Orang yang bodoh ada lebih banyak harapan daripada dia.
21Hamba yang dimanjakan sejak kecil
pada akhirnya tidak tahu berterima kasih.
22Orang yang pemarah membangkitkan pertengkaran,
dan orang yang panas baran banyak pelanggarannya.
23Keangkuhan seseorang akan merendahkannya,
tetapi orang yang rendah diri akan memperoleh kehormatan.
24Sesiapa bersekutu dengan pencuri, membenci jiwanya sendiri;
dia mendengar sumpah, tetapi tidak mahu menyatakan apa-apa.
25Rasa takut terhadap manusia mendatangkan jerat,
tetapi sesiapa percaya kepada TUHAN akan terselamat.
26Ramai orang mencari muka pada penguasa,
tetapi orang mendapat keadilan daripada TUHAN.
27Orang yang tidak adil adalah kekejian bagi orang benar,
dan orang yang lurus jalannya dipandang keji oleh orang durjana.
Terpilih Sekarang Ini:
Amsal 29: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited