Mazmur 138

138
Mazmur Daud.
1Aku akan memuji-Mu dengan seluruh hatiku, ya TUHAN;
di hadapan “tuhan-tuhan” aku akan menyanyikan pujian untuk-Mu.
2Aku akan menyembah ke arah Bait Suci-Mu
dan memuji nama-Mu kerana kasih dan kesetiaan,
kerana Engkau telah meninggikan firman-Mu
dan nama-Mu di atas segala sesuatu.
3Pada hari aku berseru, Engkau telah menjawab aku;
dan menjadikan aku berani dengan kekuatan dalam jiwaku.
4Semua raja di bumi akan memuji-Mu, ya TUHAN,
apabila mereka mendengar kata-kata daripada mulut-Mu.
5Ya, mereka akan menyanyi tentang cara-cara TUHAN,
kerana sungguh besar kemuliaan TUHAN.
6Meski TUHAN Maha Tinggi, namun Dia mengambil berat tentang orang yang dihinakan,
tetapi orang angkuh dikenal-Nya dari jauh.
7Meski aku berjalan di tengah-tengah kesusahan,
Engkau akan memulihkan aku;
Engkau akan menghulurkan tangan-Mu menentang kemarahan musuhku,
dan tangan kanan-Mu akan menyelamatkan aku.
8TUHAN akan menyempurnakan hal ehwalku;
kasih-Mu, ya TUHAN, kekal selama-lamanya — janganlah tinggalkan hasil kerja tangan-Mu.

Terpilih Sekarang Ini:

Mazmur 138: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk