Ya TUHAN, Allah yang menyelamatkanku, aku telah berseru siang malam di hadapan-Mu. Biarlah doaku datang ke hadirat-Mu; condongkan telinga-Mu kepada seruanku. Kerana jiwaku dipenuhi kesusahan dan hidupku semakin hampir ke kubur. Aku dikira serupa dengan mereka yang masuk ke kubur; aku seperti orang yang tidak bermaya. Hanyut di antara orang mati, seperti orang terbunuh yang terbaring di dalam kubur, yang tidak Kauingati lagi, dan telah tersingkir daripada tangan-Mu.
Baca Mazmur 88
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 88:1-5
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video