MAZMUR 88:1-5
MAZMUR 88:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Sebuah lagu. Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Mahalat Leanot. Sajak Heman, orang Ezrahi. Ya TUHAN, Allah yang menyelamatkan aku, pada waktu siang aku berseru kepada-Mu, pada waktu malam aku datang ke hadapan-Mu. Dengarkanlah doaku; dengarkanlah seruanku minta tolong. Begitu banyak kesusahan menimpa aku; maut sudah di ambang pintu. Aku seperti orang yang menemui maut; segala kekuatanku sudah hilang.
MAZMUR 88:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ya TUHAN, Allah yang menyelamatkanku, aku telah berseru siang malam di hadapan-Mu. Biarlah doaku datang ke hadirat-Mu; condongkan telinga-Mu kepada seruanku. Kerana jiwaku dipenuhi kesusahan dan hidupku semakin hampir ke kubur. Aku dikira serupa dengan mereka yang masuk ke kubur; aku seperti orang yang tidak bermaya. Hanyut di antara orang mati, seperti orang terbunuh yang terbaring di dalam kubur, yang tidak Kauingati lagi, dan telah tersingkir daripada tangan-Mu.