Roma 4
4
Abraham diperbenar melalui iman
1Oleh yang demikian, apakah yang akan kita katakan tentang Abraham, nenek moyang jasmaniah kita? 2Jika Abraham telah diperbenar kerana kerja amalnya dapatlah dia berbangga tetapi bukan di mata Allah. 3#Kej 15:6; Gal 3:6.Apakah yang tersurat dalam Kitab Suci? “Abraham percaya kepada Allah, dan hal itu diperhitungkan baginya sebagai perbenaran.#4:3,5,9,13,22 Perbenaran: Abram diiktiraf sebagai seorang yang benar, hidup selaras dengan kehendak Allah serta melaksanakan tuntutan-tuntutan-Nya. ” 4Bagi seseorang yang membuat kerja, gajinya tidak dikira sebagai anugerah tetapi sebagai haknya. 5Sebaliknya, bagi seseorang yang tidak membuat kerja amal tetapi percaya kepada Allah yang telah memperbenar orang yang mungkar, imannya diperhitungkan sebagai perbenaran. 6Demikianlah Daud berkata tentang berkat ke atas orang yang diperbenar Allah tanpa mengira kerja amalnya. Kata Daud:
7 # Mzm 32:1,2. “Diberkatilah orang
yang diampuni kemungkarannya
dan yang dihapuskan dosa-dosanya.
8Diberkatilah orang yang dosanya
tidak diperhitungkan Tuhan.”
9Maka adakah berkat ini untuk orang yang bersunat, atau untuk orang yang tidak bersunat juga? Kerana kita berkata, “Iman Abraham diperhitungkan baginya sebagai perbenaran.” 10Jadi, bagaimana iman itu diterima? Semasa dia sudah bersunat, atau sebelum bersunat? Bukan semasa dia sudah bersunat, tetapi ketika dia belum bersunat; 11#Kej 17:10.lalu dia menerima tanda persunatan, materai perbenaran yang didapatinya melalui iman semasa dia masih belum bersunat. Dengan demikian, dia menjadi bapa kepada semua orang yang beriman tanpa bersunat, supaya perbenaran juga diperhitungkan kepada mereka 12dan dia juga menjadi bapa kepada orang bersunat yang bukan sahaja bersunat tetapi juga mengikut jejak langkah moyang bangsa kita, Abraham yang beriman sebelum dia bersunat.
13 # Kej 17:4-6; 22:17,18; Gal 3:29. Kerana janji kepada Abraham dan keturunannya bahawa mereka akan menjadi waris dunia ini bukanlah melalui hukum Taurat tetapi melalui perbenaran yang diperoleh dengan iman. 14#Gal 3:18.Kerana jika orang yang mengamalkan hukum Taurat menjadi waris, maka iman tidak bernilai dan janji itu mansuh. 15Kerana hukum Taurat membawa kemurkaan Allah dan tanpa hukum Taurat, tiadalah kemungkaran.
16 # Gal 3:7. Oleh yang demikian, janji itu melalui iman, supaya datangnya melalui kasih kurnia dan dapat dipastikan bagi semua keturunan Abraham; bukan hanya yang mengamalkan hukum Taurat tetapi juga yang mempunyai iman Abraham, bapa kepada kita semua. 17#Kej 17:5.Sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, “Aku telah menjadikanmu bapa kepada beberapa banyak bangsa.” Abraham bapa kita di mata Allah. Dia beriman kepada Allah yang memberikan nyawa kepada yang mati dan menyeru yang tidak wujud menjadi wujud. 18#Kej 15:5.Meski bagaikan tiada harapan, Abraham berharap dan beriman, maka dia menjadi bapa kepada beberapa banyak bangsa, sebagaimana yang telah dikatakan kepadanya, “Demikian jugalah keturunanmu kelak.” 19#Kej 17:17.Tanpa terjejas imannya, dia menghadapi kenyataan bahawa tubuhnya samalah seperti sudah mati — kerana dia sudah berusia kira-kira seratus tahun — dan rahim Sarah juga sudah mati. 20Namun demikian, Abraham tidak digugat kesangsian terhadap janji Allah, tetapi telah diteguhkan lagi dalam imannya lalu memuliakan Allah. 21Dia yakin sepenuhnya bahawa Allah berkuasa melakukan apa yang telah dijanjikan-Nya. 22Maka “imannya itu diperhitungkan baginya sebagai perbenaran.” 23Kata-kata “diperhitungkan baginya” telah tersurat bukan untuknya sahaja, 24tetapi juga untuk kita: Allah akan menerima kita sebagai orang yang benar, kita yang beriman terhadap Dia yang telah membangkitkan Tuhan Yesus daripada kematian. 25#Yes 53:4,5.Dia telah diserahkan kepada kematian kerana dosa kita dan dibangkitkan semula kepada kehidupan untuk pembenaran kita.
Terpilih Sekarang Ini:
Roma 4: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited