1 PETRUS Kata Pengantar
Kata Pengantar
Surat Petrus yang Pertama ditujukan kepada orang Kristian yang tercerai-cerai di seluruh bahagian utara Asia Kecil. Mereka disebut “umat pilihan Allah”. Surat ini bertujuan untuk menggalakkan para pembacanya yang sedang mengalami penganiayaan dan penderitaan kerana percaya kepada Kristus. Petrus mengingatkan para pembacanya akan Berita Baik tentang Yesus. Kematian, kebangkitan, dan janji Kristus akan datang kembali memberikan harapan kepada mereka. Oleh itu mereka mesti tabah menanggung penderitaan, dan sedar bahawa penderitaan itu suatu ujian bagi ketulusan kepercayaan mereka kepada Kristus. Mereka pun harus yakin bahawa mereka akan menerima pahala pada hari Yesus Kristus datang kembali.
Di samping menggalakkan para pembacanya yang sedang mengalami kesusahan, Petrus juga meminta supaya mereka hidup sebagai pengikut Kristus.
Kandungan
Pendahuluan 1.1-2
Peringatan tentang Allah Menyelamatkan Manusia 1.3-12
Nasihat supaya Hidup Suci 1.13—2.10
Kewajipan Orang Kristian pada Masa Penderitaan 2.11—4.19
Kerendahan Hati dan Pelayanan Orang Kristian 5.1-11
Penutup 5.12-14
Terpilih Sekarang Ini:
1 PETRUS Kata Pengantar: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.