2 RAJA-RAJA Kata Pengantar

Kata Pengantar
Kitab 2 Raja-Raja ini melanjutkan sejarah kedua-dua kerajaan Israel yang terputus kisahnya pada akhir kitab 1 Raja-Raja. Kitab ini terdiri daripada dua bahagian: (1) Sejarah kedua-dua kerajaan itu bermula pada pertengahan abad kesembilan Sebelum Masihi sampai kejatuhan kota Samaria, dan berakhirnya kerajaan utara pada tahun 722 Sebelum Masihi. (2) Sejarah kerajaan Yehuda bermula sejak kejatuhan kerajaan Israel sampai pengepungan dan penghancuran Yerusalem oleh Raja Nebukadnezar, raja Babilonia, pada tahun 586 Sebelum Masihi. Kitab ini diakhiri dengan kisah tentang Gedalya, yang menjadi gabenor Yehuda di bawah kekuasaan Babilonia, dan tentang pembebasan Raja Yoyakhin, raja Yehuda, dari penjara di Babel.
Semua bencana itu terjadi kepada kedua-dua kerajaan kerana raja-raja serta rakyat Israel dan Yehuda tidak setia kepada TUHAN. Kehancuran Yerusalem dan pembuangan banyak orang Yehuda ke Babilonia merupakan salah satu titik perubahan yang penting dalam sejarah Israel.
Nabi yang menonjol dalam kitab 2 Raja-Raja ini ialah Elisa, pengganti Elia.
Kandungan
Kerajaan yang Terbahagi 1.1—17.41
a. Nabi Elisa 1.1—8.15
b. Raja-Raja Yehuda dan Israel 8.16—17.4
c. Kejatuhan Kota Samaria 17.5-41
Kerajaan Yehuda 18.1—25.30
a. Daripada Raja Hizkia sampai Raja Yosia 18.1—24.20
b. Pemerintahan Raja Yosia 22.1—23.30
c. Raja-Raja Yehuda yang Terakhir 23.31—24.20
d. Kejatuhan Kota Yerusalem 25.1-30

Terpilih Sekarang Ini:

2 RAJA-RAJA Kata Pengantar: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk