PENGKHUTBAH 11

11
Tindakan Orang Bijak
1Tanamlah modal di luar negeri; pasti kamu mendapat keuntungan pada kemudian hari. 2Tanamlah modalmu dalam berbagai-bagai usaha niaga, bahkan dalam banyak usaha; oleh sebab orang perlu berwaspada sebelum bencana menimpa.
3Ke arah mana pun sebatang pokok tumbang, di situlah pokok itu akan terlintang. Apabila awan sudah mendung, hari pun hujan. 4Sesiapa yang menunggu hingga angin dan cuaca baik, tidak akan menabur ataupun menuai apa-apa. 5Allah membuat segala-segalanya, dan manusia tidak dapat memahami tindakan-Nya sebagaimana manusia tidak memahami tumbuhnya kehidupan baru di dalam rahim ibu. 6Taburlah benih pada waktu pagi dan waktu petang juga, kerana kamu tidak tahu sama ada semuanya akan tumbuh, ataupun yang mana satu akan tumbuh dengan lebih subur.
7Memang cahaya matahari itu baik dinikmati. 8Bersyukurlah untuk setiap tahun kamu hidup. Betapa lama pun kamu hidup, masamu di alam maut lebih lama lagi. Tiada apa-apa pun yang dapat diharapkan.
Nasihat bagi Orang Muda
9Hai orang muda, nikmatilah masa muda kamu. Bergembiralah ketika kamu masih muda. Lakukanlah kehendak kamu, dan ikutilah keinginan hati kamu. Tetapi ingatlah bahawa Allah akan mengadili segala perbuatan kamu.
10Jangan biarkan apa-apa mengkhuatirkan kamu, ataupun menyakitkan kamu. Kamu tidak selamanya muda.

Terpilih Sekarang Ini:

PENGKHUTBAH 11: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk