PENGKHUTBAH 6
6
1Aku melihat ketidakadilan yang sangat menekan manusia di dunia ini. 2Allah memberi orang harta, kekayaan dan kehormatan - apa-apa sahaja yang diingini mereka, tetapi Allah tidak membenarkan mereka menikmati semua pemberian itu. Sebaliknya, orang yang tidak dikenal akan menikmati kekayaan itu. Semua itu sia-sia dan tidak adil. 3Seorang mungkin mempunyai seratus orang anak, dan umurnya mungkin panjang. Walaupun umurnya panjang, tetapi jika dia tidak bahagia, dan tidak diberikan penguburan yang sepatutnya, keadaannya lebih malang daripada seorang bayi yang meninggal ketika dilahirkan. 4Sia-sialah bayi itu dilahirkan; dia lenyap dalam kegelapan dan dilupakan orang. 5Bayi itu tidak melihat cahaya matahari atau merasai kehidupan. Tetapi setidak-tidaknya dia telah mendapat rehat. 6Hal itu lebih baik daripada orang yang hidup dua ribu tahun tetapi tidak pernah menikmati hidup, kerana kedua-duanya menuju ke tempat yang sama.
7Orang bekerja keras semata-mata untuk mencari makan, namun mereka tidak berkecukupan. 8Apakah kelebihan orang bijak jika dibandingkan dengan orang bodoh? Apakah gunanya orang miskin berkelakuan baik di tengah-tengah masyarakat? 9Sia-sia sahaja. Semua itu seperti usaha mengejar angin. Lebih baik kamu puas hati dengan apa yang ada pada kamu daripada sentiasa mengingini apa yang tidak kamu punyai.
10Segala yang berlaku telah ditentukan sejak dahulu, dan kita tahu bahawa semua orang tidak dapat membantah orang yang lebih kuat. 11Semakin mereka membantah, semakin tidak berguna, malahan mereka tidak mendapat keuntungan apa-apa. 12Bagaimana orang dapat mengetahui apa yang terbaik bagi hidup manusia yang pendek dan sia-sia ini - hidup yang segera lenyap seperti bayang-bayang? Bagaimanakah orang dapat mengetahui apa yang akan berlaku di dunia ini setelah mereka meninggal?
Terpilih Sekarang Ini:
PENGKHUTBAH 6: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

: