HABAKUK Kata Pengantar
Kata Pengantar
Nabi Habakuk menyampaikan perkhabarannya menjelang akhir abad ketujuh Sebelum Masihi, ketika negerinya dikuasai oleh kerajaan Babilonia. Habakuk sangat gelisah melihat keganasan yang dilakukan oleh bangsa yang kejam itu. Oleh sebab itu dia bertanya kepada Tuhan, “Tetapi mengapakah Engkau berdiam diri apabila orang Babilonia membinasakan orang yang tidak sejahat mereka?” (1.13). Tuhan menjawab bahawa Dia akan bertindak pada waktu yang ditetapkan-Nya. Sementara itu, “orang yang melakukan kehendak Allah akan hidup kerana mereka setia kepada Allah” (2.4).
Bahagian lain kitab ini mengandungi nubuat tentang kebinasaan orang yang tidak mentaati perintah Allah. Pada bahagian akhir kitab ini terdapat suatu nyanyian yang memuji kebesaran Allah dan yang menyatakan keteguhan iman Nabi Habakuk.
Kandungan
Habakuk Bertanya dan Tuhan Menjawab 1.1—2.4
Kebinasaan Orang yang Tidak Mentaati Perintah Allah 2.5-20
Doa Habakuk 3.1-19
Terpilih Sekarang Ini:
HABAKUK Kata Pengantar: BM
Highlight
Kongsi
Salin
![None](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapistaging.com%2F58%2Fhttps%3A%2F%2Fweb-assets.youversion.com%2Fapp-icons%2Fms.png&w=128&q=75)
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.