YUNUS 3

3
Yunus Mentaati TUHAN
1TUHAN berfirman kepada Yunus untuk kali yang kedua. 2TUHAN berfirman, “Pergilah ke Niniwe, kota besar itu. Beritahulah penduduk kota itu perkhabaran yang Aku berikan kepadamu ini.” 3Oleh itu Yunus mentaati TUHAN dan pergi ke Niniwe. Niniwe sebuah kota yang sangat besar, sehingga memakan masa tiga hari untuk melintasinya dengan berjalan kaki. 4Yunus memasuki kota itu, dan setelah berjalan sepanjang hari, dia mula mengumumkan perkhabaran ini, “Empat puluh hari lagi, Niniwe akan dihancurkan!”
5 Penduduk Niniwe percaya kepada perkhabaran Allah itu. Segenap rakyat mengambil keputusan untuk berpuasa, dan semua orang, baik yang kaya mahupun yang miskin, memakai kain guni untuk menunjukkan bahawa mereka menyesali dosa mereka.
6Ketika raja Niniwe mendengar berita itu, raja segera turun dari takhtanya. Raja menanggalkan jubahnya dan memakai kain guni, lalu duduk di atas abu. 7Raja juga mengisytiharkan perintah ini kepada penduduk kota Niniwe, “Inilah titah daripada raja dan para menteri: Semua orang, lembu, domba, dan binatang ternakan yang lain dilarang makan dan minum. 8Manusia dan binatang mesti memakai kain guni. Setiap orang mesti berdoa dengan sungguh-sungguh kepada Allah, dan berhenti melakukan perbuatan yang jahat dan kejam. 9Mungkin Allah akan mengubah fikiran-Nya dan tidak murka lagi, maka kita tidak akan dibinasakan!”
10Allah melihat perbuatan mereka; Dia nampak bahawa mereka tidak lagi berbuat jahat. Oleh itu Dia mengubah fikiran-Nya dan tidak melaksanakan hukuman yang dirancangkan-Nya terhadap mereka.

Terpilih Sekarang Ini:

YUNUS 3: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk