IMAMAT 3
3
Korban untuk Memohon Berkat TUHAN
1Apabila seseorang mempersembahkan salah seekor lembunya sebagai korban untuk memohon berkat TUHAN,#Korban untuk memohon berkat TUHAN; Harfiah: Korban perdamaian. Lihat Kamus. lembu itu boleh jantan atau betina, tetapi tidak boleh ada kecacatan. 2Orang itu harus meletakkan tangannya di atas kepala lembu itu, lalu menyembelihnya di hadapan pintu Khemah TUHAN. Imam-imam keturunan Harun akan menyiramkan darah lembu itu pada keempat-empat sisi mazbah, 3lalu mempersembahkan bahagian berikut daripada lembu itu sebagai persembahan makanan kepada TUHAN: semua lemak yang membungkus isi perut, 4buah pinggang dan lemaknya, serta bahagian yang terbaik daripada hati lembu itu. 5Imam-imam harus membakar semuanya di atas mazbah bersama-sama korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Bau persembahan makanan itu menyenangkan hati TUHAN.
6Jika yang dipersembahkan bagi korban untuk memohon berkat TUHAN itu, domba atau kambing, bolehlah binatang itu jantan atau betina, tetapi tidak boleh ada kecacatan. 7Jika seseorang mempersembahkan seekor domba, dia harus membawa domba itu ke Khemah TUHAN. 8Dia harus meletakkan tangannya di atas kepala domba itu lalu menyembelihnya di hadapan Khemah TUHAN. Imam-imam akan menyiramkan darah domba itu pada keempat-empat sisi mazbah, 9lalu mempersembahkan bahagian berikut daripada domba itu sebagai persembahan makanan kepada TUHAN: lemak, seluruh ekor yang berlemak dan dipotong dekat tulang belakang, lemak yang membungkus isi perut, 10buah pinggang serta lemaknya, dan bahagian yang terbaik daripada hati domba itu. 11Imam yang bertugas akan membakar semuanya di atas mazbah sebagai persembahan makanan kepada TUHAN.
12Jika seseorang mempersembahkan seekor kambing, dia harus membawa kambing itu ke Khemah TUHAN. 13Dia harus meletakkan tangannya di atas kepala kambing itu, lalu menyembelihnya di hadapan Khemah TUHAN. Imam-imam akan menyiramkan darah kambing itu pada keempat-empat sisi mazbah, 14lalu mempersembahkan bahagian berikut daripada kambing itu sebagai persembahan makanan kepada TUHAN: semua lemak yang membungkus isi perut, 15buah pinggang serta lemaknya, dan bahagian yang terbaik daripada hati kambing itu. 16Imam yang bertugas akan membakar semuanya di atas mazbah. Bau persembahan makanan itu menyenangkan hati TUHAN. Semua lemak binatang adalah untuk TUHAN. 17Orang Israel sekali-kali tidak boleh makan lemak atau darah. Peraturan ini mesti dipatuhi oleh semua orang Israel sampai selama-lamanya, di mana sahaja mereka tinggal.
Terpilih Sekarang Ini:
IMAMAT 3: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.