LUKAS 11:1-12

LUKAS 11:1-12 BM

Pada suatu hari, Yesus berdoa di suatu tempat. Setelah Dia berdoa, salah seorang pengikut-Nya berkata kepada-Nya, “Ya Tuhan, ajarlah kami berdoa sebagaimana Yohanes mengajar pengikutnya berdoa.” Yesus berkata kepada mereka, “Berdoalah demikian, ‘Ya Bapa, Engkaulah Allah yang Esa. Semoga Engkau disembah dan dihormati. Engkaulah Raja kami. Semoga Engkau memerintah di bumi. Berilah kami makanan yang kami perlukan setiap hari. Ampunkanlah dosa kami, kerana kami pun mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kami. Dan janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai.’ ” Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Seandainya seorang daripada kamu pergi ke rumah kawannya pada tengah malam, lalu berkata, ‘Hai kawan, pinjami aku tiga ketul roti, kerana sahabatku yang sedang dalam perjalanan singgah di rumah, dan aku tidak mempunyai makanan untuk dia!’ Seandainya kawanmu itu menjawab dari dalam, ‘Janganlah susahkan aku! Pintu sudah dikunci dan aku dengan anak-anak sudah tidur. Aku tidak dapat bangun dan memberikan apa-apa kepada kamu.’ ” Yesus berkata, “Lalu bagaimana? Ketahuilah, meskipun kamu kawannya, dia tidak mahu bangun dan memberikan roti kepada kamu. Tetapi kerana kamu tidak segan untuk terus-menerus meminta, dia akan bangun lalu memberikan apa sahaja yang kamu perlukan. Oleh itu Aku berkata kepada kamu: Mintalah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan menerimanya. Carilah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan mendapatnya. Ketuklah pintu, maka Allah akan membukanya bagi kamu. Hal itu demikian kerana setiap orang yang meminta sesuatu daripada Allah akan menerimanya; setiap orang yang mencari sesuatu daripada Allah akan mendapatnya, dan Allah akan membuka pintu bagi setiap orang yang mengetuknya. Siapakah antara kamu selaku bapa akan memberikan ular kepada anaknya ketika dia meminta ikan? Atau adakah kamu akan memberikan kala jengking ketika dia meminta telur?

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan LUKAS 11:1-12

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami