MAZMUR 144
144
Raja Bersyukur kepada TUHAN
1Mazmur Daud.
Pujilah TUHAN, pelindungku!
Dia melatih aku untuk bertempur,
dan mempersiapkan aku untuk berperang.
2Dialah pelindungku dan pembelaku,
tempat aku bernaung dan penyelamatku;
aku bergantung kepada-Nya supaya aku selamat.
Dia menaklukkan bangsa-bangsa ke bawah kuasaku.
3 Ya TUHAN,
apakah manusia sehingga Engkau memperhatikan dia?
Dia manusia biasa, namun Engkau mengendahkan dia!
4Manusia bagaikan hembusan nafas,
dan hidupnya berlalu seperti bayangan.
5Ya TUHAN, bukalah langit dan turunlah;
sentuhlah gunung-gunung supaya berasap.
6Pancarkanlah kilat dan cerai-beraikanlah musuh-Mu;
lepaskanlah anak panah-Mu supaya musuh lari.
7Hulurkanlah tangan-Mu dari syurga,
dan selamatkanlah aku dari air yang dalam;
selamatkanlah aku daripada kuasa orang asing,
8yang selalu berdusta dan menipu,
dan mengangkat sumpah palsu.
9Aku akan menyanyikan lagu baru untuk-Mu, ya Allah;
aku akan memainkan kecapi dan menyanyi untuk-Mu.
10Engkau memberikan kemenangan kepada raja-raja,
dan menyelamatkan hamba-Mu, Daud.
11Selamatkanlah aku daripada pedang orang kejam,
dan lepaskanlah aku daripada kuasa orang asing,
yang selalu berdusta dan menipu,
dan mengangkat sumpah palsu.
12Semoga anak-anak lelaki kita yang masih muda
menjadi seperti tumbuh-tumbuhan yang membesar.
Semoga anak-anak perempuan kita menjadi seperti tiang cantik
yang menyangga sudut-sudut istana.
13Semoga gudang kita dipenuhi
pelbagai hasil bumi.
Semoga domba di ladang kita
beranak sampai berpuluh-puluh ribu banyaknya.
14Semoga lembu kita pun membiak,
tanpa ada yang hilang ataupun keguguran.
Semoga tiada tangisan kesengsaraan
yang kedengaran di jalan-jalan kota kita.
15Berbahagialah bangsa yang sedemikian,
berbahagialah umat yang Allah mereka TUHAN!
Terpilih Sekarang Ini:
MAZMUR 144: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.