Mengapakah bangsa-bangsa membuat huru-hara dan rakyat merancangkan yang sia-sia? Raja-raja dunia memberontak, para pemerintah berkomplot menentang TUHAN dan raja pilihan-Nya. Mereka berkata, “Marilah kita bebaskan diri daripada kekuasaan mereka, marilah kita gulingkan pemerintahan mereka.” Dari takhta-Nya di syurga TUHAN tertawa dan mencemuh rancangan mereka. Dia menegur mereka dengan marah, dan menakutkan mereka dengan kemurkaan-Nya. Dia berfirman, “Di Sion, bukit-Ku yang suci, Aku telah menabalkan raja-Ku.” Raja bertitah, “Aku akan mengumumkan apa yang dinyatakan oleh TUHAN. Dia berfirman kepadaku, ‘Engkaulah anak-Ku; pada hari ini Aku menjadi Bapamu. Mintalah, maka semua bangsa akan Kuberi kepadamu, dan seluruh bumi akan Kujadikan milikmu. Engkau akan menghancurkan mereka dengan pemerintahan tangan besi; engkau akan menghancurkan mereka seperti periuk tanah.’ ” Bertindaklah dengan bijak, hai raja-raja; dengarlah amaran ini, hai pemerintah dunia! Berbaktilah kepada TUHAN dengan hormat; bersujudlah di hadapan-Nya dengan gementar; jangan sampai TUHAN murka lalu kamu dibinasakan dengan tiba-tiba kerana cepat sekali kemurkaan-Nya menyala. Berbahagialah semua orang yang berlindung kepada-Nya!
Baca MAZMUR 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 2:1-12
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video