MAZMUR 34

34
Pujian bagi Kebaikan TUHAN
1 Mazmur Daud, ketika dia berpura-pura tidak waras fikiran di hadapan Abimelekh. Kemudian Daud pergi setelah diusir oleh Abimelekh.
2Aku akan sentiasa bersyukur kepada TUHAN;
aku tidak akan berhenti memuji Dia.
3Aku akan memuji Dia kerana segala perbuatan-Nya;
semoga semua orang yang tertindas mendengar dan bergembira.
4Agungkanlah TUHAN bersama dengan aku,
marilah bersama-sama memuji nama-Nya.
5Aku berdoa kepada TUHAN dan Dia mengabulkan doaku,
Dia membebaskan aku daripada segala ketakutan.
6Orang yang tertindas memandang Dia lalu bergembira;
mereka tidak sekali-kali akan kecewa.
7Orang malang berseru dan TUHAN menjawab,
Dia membebaskan mereka daripada segala kesusahan.
8Malaikat TUHAN mengawal orang yang menghormati-Nya,
dan menyelamatkan mereka daripada bahaya.
9 Rasakanlah sendiri betapa baiknya TUHAN!
Berbahagialah orang yang berlindung kepada-Nya!
10Hormatilah TUHAN, hai semua umat-Nya,
kerana orang yang mentaati-Nya tidak akan berkekurangan.
11Singa juga lapar kerana kekurangan makanan,
tetapi orang yang mentaati TUHAN tidak kekurangan apa-apa yang baik.
12Marilah, hai anak-anak semua dan dengarlah nasihatku,
aku akan mengajar kamu menghormati TUHAN.
13Mahukah kamu menikmati hidup?
Mahukah kamu berumur panjang dan berbahagia?
14Jangan keluarkan kata-kata jahat,
dan jangan suka berdusta.
15Tinggalkanlah yang jahat dan lakukanlah yang baik;
usahakanlah kedamaian dengan tekun.
16TUHAN memperhatikan orang salih,
dan mendengar tangisan mereka;
17 tetapi Dia menentang orang yang berbuat jahat;
apabila mereka mati, mereka cepat dilupakan.
18Apabila orang salih berseru, TUHAN mendengar
dan menyelamatkan mereka daripada segala kesusahan.
19TUHAN dekat kepada orang yang tawar hati;
Dia menyelamatkan mereka yang putus asa.
20Orang baik mengalami banyak kesusahan,
tetapi TUHAN menyelamatkan mereka daripada semuanya;
21 TUHAN memelihara mereka dengan sempurna,
tulang mereka tidak satu pun patah.
22Orang jahat akan mati kerana kejahatan mereka;
mereka yang membenci orang salih akan dihukum.
23TUHAN akan menyelamatkan umat-Nya,
mereka yang berlindung kepada-Nya akan diselamatkan.

Terpilih Sekarang Ini:

MAZMUR 34: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk