MAZMUR 56
56
Kepercayaan kepada Allah pada Waktu Kesusahan
1 #
1 Sam 21.13-15
Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Merpati dari Daerah Jauh, yang Membisu. Mazmur Daud, pada masa orang Filistin menangkap dia di Gat.
2Kasihanilah aku, ya Allah, kerana aku diserang;
musuh-musuhku menganiaya aku sepanjang masa.
3Sepanjang hari lawanku menyerang aku;
banyak orang yang melawan aku.
4Ketika aku takut, ya Allah Yang Maha Kuasa,
aku berharap kepada-Mu.
5Aku percaya kepada Allah dan aku tidak takut;
aku memuji Dia kerana janji-Nya.
Apakah yang dapat dilakukan manusia terhadapku?
6Sepanjang hari musuhku menyusahkan aku;
mereka sentiasa berusaha untuk mencelakakan aku.
7Mereka berkumpul di tempat persembunyian,
dan mengawasi segala gerak-geriku,
sambil mencari kesempatan untuk membunuh aku.
8Hukumlah#Dapat bermakna: Hukumlah; Naskhah Ibrani: Selamatkanlah. mereka, ya Allah kerana kejahatan mereka,
dengan kemurkaan-Mu, binasakanlah mereka!
9Engkau tahu betapa cemasnya hatiku;
Engkau tahu betapa banyaknya air mataku.
Bukankah semuanya itu tercatat di dalam kitab-Mu?
10Pada hari aku berseru kepada-Mu,
mundurlah musuh-musuhku.
Aku tahu bahawa Allah memihak aku.
11Aku memuji TUHAN Allah kerana janji-Nya.
12Aku percaya kepada-Nya dan aku tidak takut.
Apakah yang dapat dilakukan manusia kepadaku?
13Ya Allah, aku akan menepati janjiku kepada-Mu,
aku akan mempersembahkan korban kesyukuran kepada-Mu.
14Engkau telah menyelamatkan aku daripada kematian,
dan menjauhkan aku daripada kekalahan.
Oleh itu, aku dapat hidup dalam perlindungan Allah,
dalam cahaya yang menerangi semua yang hidup.
Terpilih Sekarang Ini:
MAZMUR 56: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.