MAZMUR 73
73
BUKU KETIGA
(Mazmur 73—89)
Keadilan Allah
1Mazmur Asaf.
Allah sungguh baik kepada umat Israel,
kepada mereka yang berhati murni.
2Tetapi hatiku bimbang,
imanku hampir hilang,
3kerana aku cemburu terhadap orang sombong,
ketika aku melihat orang jahat menjadi makmur.
4Mereka tidak sakit;
mereka kuat dan sihat.
5Mereka tidak menanggung penderitaan,
tidak ditimpa kesusahan seperti orang lain.
6Oleh itu mereka bersikap sombong,
dan selalu bertindak dengan ganas;
7hati mereka penuh dengan kejahatan,
dan fikiran mereka sibuk dengan rancangan kejam.
8Mereka mentertawakan orang lain dan mengatakan yang jahat,
mereka sombong dan merancang untuk menindas orang.
9Mereka mengeji Allah yang di syurga,
dan bercakap dengan sombong kepada manusia di bumi,
10sehingga umat Allah pun mendengarkan mereka
dan yakin akan segala yang diucapkan mereka.
11Mereka berkata, “Pasti Allah tidak tahu akan apa yang berlaku;
Yang Maha Tinggi tidak akan mengetahui perbuatan kita.”
12Begitulah keadaan orang jahat;
hidup mereka senang dan harta mereka terus bertambah.
13Sia-sia sahaja aku menjaga hatiku supaya suci,
tiada gunanya aku menjauhi dosa.
14Ya Allah, sepanjang hari aku menderita;
setiap pagi aku diseksa.
15Sekiranya aku berkata begitu,
aku mengkhianati umat-Mu.
16Aku cuba memahami hal itu,
tetapi terlalu sukar bagiku,
17sehingga aku masuk ke dalam Rumah-Mu,
barulah aku memahami kesudahan semua orang jahat itu.
18Engkau pasti meletakkan mereka di tempat-tempat yang licin
dan menyebabkan mereka jatuh dan binasa.
19Mereka dibinasakan dengan serta-merta;
sungguh dahsyat kesudahan mereka.
20Mereka umpama mimpi yang menghilang pada waktu pagi,
ketika Engkau bangkit,
ya Tuhan, mereka pun lenyap.
21Ketika aku sakit hati,
dan perasaanku dilukai,
22aku bodoh seperti binatang;
aku tidak faham akan kehendak-Mu.
23Namun aku tetap di samping-Mu,
dan Engkau memegang tangan kananku.
24Engkau membimbing aku dengan nasihat,
dan kelak Engkau menyambut aku dengan kehormatan.
25Siapa lagi yang aku miliki di syurga kecuali Engkau?
Tiada lagi yang aku ingini di bumi ini selain Engkau.
26Sekalipun jiwa ragaku menjadi lemah,
Engkaulah kekuatanku, ya Allah;
hanya Engkau yang aku perlukan selama-lamanya.
27Orang yang meninggalkan Engkau pasti musnah,
Engkau akan membinasakan mereka yang tidak setia kepada-Mu.
28Tetapi bagiku, sungguh baik berada di samping Allah.
Aku mendapat perlindungan daripada TUHAN Raja,
dan aku akan memberitakan segala perbuatan-Nya.
Terpilih Sekarang Ini:
MAZMUR 73: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

:
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.