MAZMUR 74
74
Doa untuk Kebebasan Bangsa
1Sajak Asaf.
Mengapakah Engkau meninggalkan kami begini,
ya Allah?
Murkakah Engkau kepada umat-Mu selama-lamanya?
2Ingatlah umat yang Engkau pilih sejak dahulu,
bangsa yang Engkau bebaskan daripada perhambaan untuk menjadi umat-Mu.
Ingatlah akan Bukit Sion, tempat kediaman-Mu dahulu.
3Datanglah ke tempat yang sudah habis binasa ini;
segala yang ada di dalam Rumah-Mu telah dimusnahkan musuh kami.
4Musuh-Mu bersorak-sorak di Rumah-Mu;
mereka mengibarkan panji-panji kemenangan di situ.
5Mereka kelihatan seperti penebang kayu
yang menebang pokok dengan kapak.
6Mereka menghancurkan segala tembok kayu
dengan kapak dan palu.
7Mereka membakar Rumah-Mu sampai musnah;
mereka menajiskan tempat Engkau disembah.
8Mereka berniat menghancurkan kami sama sekali;
mereka membakar segala tempat ibadat di negeri ini.
9Nabi-nabi dan tanda-tanda ajaib tidak kelihatan lagi,
dan tiada seorang pun yang tahu sampai bila keadaan terus begini.
10Sampai bilakah, ya Allah, musuh kami mengejek Engkau?
Adakah sampai selamanya mereka menghina Engkau?
11Mengapakah Engkau enggan menolong kami?
Mengapakah Engkau tidak melakukan apa-apa untuk membantu kami?
12Tetapi ya Allah, sejak dahulu kala Engkaulah raja kami;
Engkau selalu memberi kami kemenangan di negeri ini.
13 #
Kel 14.21
Dengan kekuatan yang hebat Engkau membelah laut
dan meremukkan kepala makhluk-makhluk laut.
14 #
Ayb 41.1; Mzm 104.26; Yes 27.1 Engkau menghancurkan kepala-kepala Lewiatan,#Lewiatan: Lihat Kamus.
dan memberikan bangkainya kepada haiwan#haiwan; atau orang. gurun sebagai makanan.
15Engkau membuat mata air dan sungai mengalir;
Engkau mengeringkan sungai-sungai yang besar.
16Engkau mencipta siang dan malam;
Engkau menentukan tempat matahari dan bulan;
17Engkau menentukan batas-batas bumi;
Engkau mencipta musim panas dan musim sejuk.
18Tetapi ingatlah, ya TUHAN, bagaimana musuh-Mu mentertawakan Engkau;
mereka tidak mengenal Engkau dan mereka menghina Engkau.
19Jangan serahkan umat-Mu yang tidak berdaya kepada musuh yang kejam;
jangan lupa akan umat-Mu yang dianiaya!
20Ingatlah perjanjian yang telah Engkau buat dengan kami,
kerana terdapat keganasan di segala tempat gelap di negeri ini.
21Jangan biarkan orang yang tertindas dipermalukan,
semoga orang yang miskin dan melarat memberi Engkau pujian.
22Bangkitlah, ya Allah, dan belalah perkara-Mu
kerana sepanjang hari Engkau dihina oleh bangsa yang tidak mengenal Engkau.
23Jangan lupakan teriakan musuh-Mu yang marah,
keriuhan mereka yang tidak sudah-sudah.
Terpilih Sekarang Ini:
MAZMUR 74: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.

: