MAZMUR 78
78
Allah dengan Umat-Nya
1Sajak Asaf.
Dengarlah ajaranku, hai umatku,
dan perhatikanlah kata-kataku.
2 #
Mat 13.35
Aku akan menggunakan kata-kata hikmat,
dan menjelaskan rahsia zaman dahulu,
3perkara yang telah kita dengar dan ketahui,
yang telah diberitahu oleh nenek moyang kita.
4Kita tidak akan merahsiakannya daripada anak-anak kita,
kita akan memberitahu keturunan yang akan datang
tentang kuasa TUHAN dan tindakan-Nya yang hebat,
serta perbuatan ajaib yang telah dilakukan-Nya.
5Dia memberikan hukum kepada umat-Nya, Israel,
dan perintah kepada keturunan Yakub.
Dia memberikan amanah kepada nenek moyang kita
supaya mengajarkan hukum-Nya kepada anak-anak mereka,
6supaya keturunan selanjutnya dapat mempelajarinya,
dan kemudian memberitahunya kepada anak-anak mereka.
7Dengan demikian mereka juga akan berharap kepada Allah,
dan tidak melupakan perbuatan-Nya,
tetapi selalu taat kepada perintah-Nya.
8Mereka tidak akan menjadi seperti nenek moyang mereka,
umat yang sentiasa memberontak dan tidak taat;
iman mereka tidak pernah kukuh,
dan mereka tidak setia kepada Allah.
9Orang Efraim yang bersenjatakan busur dan panah,
melarikan diri pada masa pertempuran.
10Mereka tidak menepati perjanjian dengan Allah;
mereka enggan taat kepada hukum-Nya.
11Mereka lupa akan segala perbuatan-Nya,
mukjizat yang telah ditunjukkan-Nya kepada mereka.
12 #
Kel 7.8—12.32
Di hadapan nenek moyang mereka, Allah melakukan mukjizat
di dataran Zoan di negeri Mesir.
13 #
Kel 14.21-22
Dia membelah laut dan memimpin mereka menyeberanginya;
Dia membuat air tegak seperti tembok.
14 #
Kel 13.21-22
Pada waktu siang Dia memimpin mereka dengan awan,
dan pada waktu malam dengan cahaya api.
15Dia membelah bukit batu di gurun,
dan memberi mereka air minum dari dasar bumi.
16 #
Kel 17.1-7; Bil 20.2-13 Dia membuat air memancar dari batu,
dan airnya mengalir seperti sungai.
17Tetapi mereka terus berdosa terhadap Allah,
serta memberontak terhadap Yang Maha Tinggi di padang gurun.
18Mereka sengaja menguji Allah,
mereka meminta makanan yang diinginkan.
19Mereka melawan Allah dengan berkata,
“Dapatkah Allah menyediakan makanan di gurun?
20Memang benar Dia telah membelah bukit batu,
dan air sederas sungai mengalir daripadanya;
tetapi dapatkah Dia menyediakan roti bagi kita,
dan memberikan daging bagi umat-Nya?”
21Itulah sebabnya, TUHAN murka ketika mendengar permintaan mereka;
Dia menyerang umat-Nya dengan api,
dan menjadi semakin murka terhadap mereka,
22kerana mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap-Nya,
dan tidak percaya bahawa Dia dapat menyelamatkan mereka.
23Tetapi Allah berfirman kepada langit di atas,
dan memberikan perintah supaya pintunya dibuka.
24 #
Yoh 6.31
Dia memberi mereka biji-bijian dari syurga,
dengan menurunkan manna#manna: Lihat Kamus dan juga Kel 16.14-21 serta Bil 11.7-9. untuk makanan mereka.
25Demikianlah mereka makan makanan malaikat.
Allah memberi mereka makanan berlimpah-limpah.
26Dia menyebabkan angin timur bertiup,
dan dengan kuasa-Nya angin selatan berhembus.
27Untuk umat-Nya,
Dia menurunkan burung,
burung sebanyak pasir di pantai;
28burung jatuh di tempat perkhemahan mereka,
di sekeliling tempat kediaman mereka.
29Lalu mereka makan hingga kenyang;
Allah memberikan apa yang dikehendaki mereka.
30Tetapi nafsu mereka belum dipuaskan,
dan sementara mereka makan,
31 #
Kel 16.2-15; Bil 11.4-23,31-35 Allah naik murka terhadap mereka,
dan membunuh orang Israel yang muda dan perkasa.
32Meskipun begitu, mereka masih terus berdosa,
meskipun Allah melakukan mukjizat,
mereka tidak percaya kepada-Nya.
33Oleh itu Allah mencabut nyawa mereka,
dan memutuskan nafas mereka dengan tiba-tiba.
34Setiap kali Allah membunuh sebilangan daripada mereka,
yang lain kembali kepada-Nya;
mereka bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh kepada-Nya.
35Mereka ingat bahawa Allah pelindung mereka,
bahawa Yang Maha Kuasa penyelamat mereka.
36Tetapi segala perkataan mereka itu dusta belaka,
dan segala ucapan mereka bohong semata-mata.
37 #
Kis 8.21
Mereka tidak setia kepada-Nya;
mereka tidak berpegang kepada perjanjian dengan Allah.
38Tetapi Allah mengasihani umat-Nya.
Dia mengampunkan dosa mereka
dan tidak membinasakan mereka.
Kerap kali Dia menahan kemarahan-Nya,
dan tidak melepaskan kemurkaan-Nya.
39Dia ingat bahawa mereka hanya manusia fana,
seperti angin yang bertiup lalu tiada.
40Betapa seringnya mereka memberontak terhadap-Nya di gurun;
betapa kerapnya mereka menyedihkan hati-Nya!
41Berkali-kali mereka menguji Allah,
dan menyakiti hati Yang Maha Suci, Allah umat Israel.
42Mereka lupa akan kuasa-Nya yang besar;
dan waktu Allah menyelamatkan mereka daripada musuh,
43ketika Dia melakukan keajaiban-keajaiban di Mesir,
dan mukjizat-mukjizat di dataran Zoan.
44 #
Kel 7.17-21
Dia mengubah air sungai menjadi darah,
sehingga orang Mesir tidak dapat minum airnya.
45 #
Kel 8.1-6, 8.20-24 Dia menghantar lalat untuk menyeksa orang Mesir,
dan katak untuk merosakkan ladang mereka.
46 #
Kel 10.12-15
Dia menghantar belalang untuk makan tanaman mereka,
dan untuk memusnahkan ladang mereka.
47Dia memusnahkan pokok anggur mereka dengan hujan batu,
dan pokok ara mereka dengan embun yang beku.
48 #
Kel 9.22-25
Dia membunuh ternakan mereka dengan hujan batu,
dan binatang mereka dengan kilat.#hujan batu…kilat; atau penyakit yang menakutkan …wabak yang mematikan.
49Dia mencemaskan mereka,
dengan melepaskan kemurkaan-Nya yang menyala-nyala,
bagaikan utusan yang mendatangkan maut.
50Dia tidak menahan kemurkaan-Nya atau membiarkan mereka hidup,
tetapi Dia membunuh mereka dengan wabak.
51 #
Kel 12.29
Dia membunuh anak lelaki sulung
daripada semua keluarga orang Mesir.
52 #
Kel 13.17-22
Kemudian seperti gembala, Allah memimpin umat-Nya
dan membimbing mereka melalui gurun.
53 #
Kel 14.26-28
Dia membimbing mereka dengan aman sehingga mereka tidak takut,
tetapi musuh mereka mati lemas di dalam laut.
54 #
Kel 15.17; Yos 3.14-17 Dia membawa umat-Nya ke tanah-Nya yang suci,
ke gunung yang telah ditaklukkan-Nya sendiri.
55 #
Yos 11.16-23
Dia mengusir penduduk di situ sedang umat-Nya mara,
lalu membahagikan negeri itu kepada semua suku Israel,
dan memberi mereka tempat kediaman musuh.
56 #
Hak 2.11-15
Tetapi umat-Nya memberontak dan menguji Allah Yang Maha Kuasa;
mereka tidak taat kepada perintah-perintah-Nya.
57Mereka memberontak dan berkhianat seperti nenek moyang mereka;
seperti anak panah yang bengkok, mereka tidak boleh diharap.
58Mereka membuat Allah murka dengan tempat penyembahan berhala,
dan menjadikan Dia marah dengan patung-patung berhala.
59Allah murka ketika melihat hal ini,
lalu menolak umat-Nya sama sekali.
60 #
Yos 18.1; Yer 7.12-14, 26.6 Dia meninggalkan khemah-Nya di Silo,#Silo: Pusat penyembahan Allah bagi orang Israel sebelum masa Raja Daud.
tempat kediaman-Nya di kalangan umat-Nya.
61 #
1 Sam 4.4-22
Dia membiarkan musuh merebut Tabut Perjanjian,
lambang kuasa dan kemuliaan-Nya.
62Dia murka terhadap umat-Nya sendiri,
dan membiarkan mereka dibunuh oleh musuh mereka.
63Teruna terbunuh dalam peperangan,
dan anak dara tidak mendapat pasangan.
64Imam dibunuh dengan pedang,
dan balu mereka tidak dibenarkan meratap.
65Akhirnya Tuhan bangun seolah-olah daripada tidur;
Dia bersemangat seperti orang kuat yang sudah minum wain.
66Dia memukul mundur musuh-musuh-Nya,
dan mempermalukan mereka selama-lamanya;
67tetapi Dia menolak keturunan Yusuf;
Dia tidak memilih suku Efraim.
68Sebaliknya Dia memilih suku Yehuda
dan Bukit Sion yang sangat dikasihi-Nya.
69Di sana Dia mendirikan Rumah-Nya
seperti kediaman-Nya di syurga,
dan seperti bumi, kukuh selama-lamanya.
70Dia memilih hamba-Nya, Daud,
dan mengambil dia dari padang rumput,
71 #
1 Sam 16.11-12; 2 Sam 7.8; 1 Taw 17.7 dari tempat dia menjaga ternakan,
dan menjadikan dia raja Israel
untuk menggembalakan umat Allah.
72Daud menjaga mereka dengan penuh perhatian,
dan membimbing mereka dengan kecekapan.
Terpilih Sekarang Ini:
MAZMUR 78: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.